teman-teman

Thursday, April 28, 2011

VLOG dari aku : Tutorial Penutup Kepala

Assalamualaikum..

[sesuai untuk muslim dan yg tertarik pada muslim sahaja dan entri  ini untuk kanak-kanak yg menumpang baca di blog abang dan kakaknya sahaja, orang besar xpe dah pandai pakai kopiah]

selepas aku bercadang nak wat Vlog tutor cara permakaian shawl tempoh hari tu xberjaya, aku berubah bidang lain pulak kali ni lebih sesuai untuk orang lelaki..

Haaa.. kepada korang yg ada adik-adik lelaki, bawak datang sini.. aritu abang (abang? haha xleh blah ) ade citer-citer pasal kartun kan?? okeh arini abang nak citer-citer lagi, tapi movie citer "berbentuk video" nak ajar cara-cara pakai kopiah, meh sini tengok video abang kat bawah ni meh! sila bawak gula, garam, tepung ,bawang putih kofiah sekali!

dah-dah jangan kutuk, aku ajar kanak-kanak wat bende elok..hahaha

oh ya! ade lagi pesanan untuk adik-adik,
-sebarang penutup kepala atau lebih mudah dikenali sebagai kopiah diiktraf sebagai uruf
(budaya Islam sebagai simbol kemuliaan) jika dibawa ke solat, maka ia lebih terpuji kerana berhias menghadap Allah swt. jika kesekolah adik-adik boleh berpakaian kemas dan bertali leher, dan juga kalo jumpa girlfriend tidak susah untuk bergaya dan berfesyen smart-smart, apa salahnya jika menghadap Allah yang maha tinggi ini kita sama-sama dapat berhias dan berfesyen dengan fesyen yang terpuji ini? kalo xpakai hari2, pakaila time solat je, ala solat 5minit je pun, kalo 5waktu? 25 minit kan? alaa ape la sangat 25 minit dalam 24jam  (sehari)


rumusan matematik mudah untuk adik-adik


5minit x 5 waktu = 25 minit
satu hari = 24 jam


24 jam - 25 minit ? kan banyak masa terluang tu?? :)

p/s : orang perempuan boleh buat tutor pakai shawl, laki pun boleh
wat tutor pakai kopiah.. hahaha

* terjumpa satu lagi backlink blog TheSyafiqMokhtar dari page ini.. terima kasih ye support :)
psstt2.. empunya blog tu macho gi la follow die..

Wednesday, April 27, 2011

TUTORIAL lilit shawl (aku lelaki pertama DALAM DUNIA yg buat)

selalu kalo aku tengok tutorial permakaian lilitan shawl mahu pun hijab.. mesti terdiri dari golongan prempuan..xpernah tengok lagi Vlog yang orang lelaki buat,mesti korang pun same kan? xpernah tengok orang lelaki buat kan? jadi lepas difikir dirombak dan ditimbang berat balik ape yg bersarang dihotak aku ni..aku bercadang nak jadi lelaki pertama yg wat tutor permakaian shawl kali ini.. tapi biase la.. kadang-kadang jiwa kita yg digelar manusia ni susah nak tetap, termasuk aku..bukan ape, aku dah jadi macam putus asa je nak wat vlog bile aku dok lilit-lilit shawl, last-last jadi mcm nie..

kensel wat vlog! huhh!
Kesimpulannye lelaki memang xboleh ajar pakai shawl!
edit post* ok ahirnya aku berjaya dah :D ini dia
[terkejut dapat backlink dari blogger yg listkan blog aku, thankiyu kat budak ni]

soundtrack sinetron

Kejora dan Bintang sinetron yang menjadi tontonan harian sudah hampir ke penghujung,
kemuncak sinetron ini dijangka habis pada 4 may ni, sebenarnya aku xtengok sangat citer ni,
lepas ramai orang kate muka aku macam erlangga, terus la aku tengok skit-skit..hahaha
sinetron yg bakal menyusul selepas Kejora dan Bintang ini bertajuk "Cinta Melody"
mungkin aku dah xtengok kot, aku xlayan sinetron2 nih..haha
jom layan soundtrack sinetron terbaru ni, lepas ni jarang lah layan lagu rindu setengah mati..
layan lagu ni pulak..  Aishiteru Zivilia



Tuesday, April 26, 2011

senarai kartun yang sangat merbahaya!!

"sebelum ape-ape nak ucap thanks dekat seorang follower yg  menghargai blog ini dan siap buat entri khas tu, nak tau sape? ini dia"

Assalamualaikum..
Tajuk entri kali ini tentang kartun, sebut je kartun sume orang tau..semua orang tau yang kartun ni selalunya ditonton oleh kanak-kanak, dan kartun ini sangat sinonim untuk life kanak-kanak.. tanpa kartun sape lah kanak-kanak? takkan kartun hilang didunia. bagai kartun dengan tebing.. 
hahaha ape? tak lawak?? ok fine! skip! 


bagi pada sesiapa yg dah ada anak, atau pada u'all yang ada adik-adik, boleh la bawak diorang dok sini baca sama-sama.. 
ni abang TheSyafiqMokhtar ada nasihat sikit nak bagitau bahawa yang kartun ni ada jugak perkara-perkara yg tak senonoh dan juga perlu diambil tahu.. haha dan-dan je abang! 
sila ambik tahu ye sebelum terpengaruh..

CINDERELLA
Mesti ramai kan yang tau kartun ni? adik-adik jangan ikut tau perangai kakak cinderella ni, sebab die ni balik rumah lewat malam,anak dara tak elok balik tengah-tengah malam buta, pastu bila dah lambat nak balik baru la kelam kabut nak lari sampai tertanggal kasut..nampak sangat gelojoh dan tak senonoh kan?


TARZAN
Ni sekor sorang lagi, Tarzan ni memang banyak sangat masaalah dia ni..selain dari selalu dok panjat ngan bergayut kat pokok,si Tarzan ni dari dulu sampai sekarang asyik dok separuh bogel je, tak reti-reti nak pakai baju, abis nampak aurat semua, dah tu dalam hutan tak pakai seliper,kang terpijak paku, kaca or objek-objek tajam mula la nak salahkan orang lain, adik-adik sume jangan jadi macam Tarzan tau, kena rajin pakai seliper kalo keluar rumah,takut masuk dek cacing kang susah nak tido, dan yang paling buruk perangai Tarzan ni suke sangat menjerit melalak kat dalam hutan..pastu bersembang dengan gajah, semut, beruk, kuda,tapir, itik, tenuk dan juga penguin, nampak sangat la dia ni takde keje.


PINOCCHIO
Keje dok menipu je, kononnye kalo menipu hidung boleh mancung, kepala hotak die.. sori ye adik-adik abang ter'emo pulak,haha.. yela menipu ni tak baik, orang paling pantang dalam dunia sekarang ni adalah menipu,so jadi orang yg jujur tau macam abang


ALADDIN
Ha dia ni dengan robin hood lebih kurang la, dok jadi penyamun, huduh betul perangai, harap muka je hensem, Aladddin ni memang tak boleh harap, sebab dia ni cuma pandai gosok teko je,tapi kalo suruh basuh pinggan mangkuk gelas semua dia tak reti, paling teruk dia ni dok berkawan dengan jin, dah takde kawan gamaknye..


                                                                                    BATMAN

Ni mangkuk sorang ni bawak keter laju-laju, tak pikir keselamatan diri,kalo eksiden patah sana sini kang susah kene simen, pastu suke sangat lepak atas bangunan tinggi-tinggi..adik-adik jangan tiru gaya mamat hitam bertanduk ni tau..xde faedah!


SLEEPING BEAUTY
Ni anak dara paling mengade-ngade, malas nak mampos, keje die dok bedengkor, pastu nak kene tunggu putera raja datang cium baru la terhegeh-hegeh nak bangun..banyak cantik muke die.


SNOW WHITE
Adik-adik kenal akak snow white tak?? cantik tak die? ptuii! cantik tapi perangai tak elok wat ape.. akak snow white ni la paling tak senonoh kalo adik-adik nak tau, sebab dia ni pompuan yg tak tau malu, ade ke patut anak dara macam dia ni boleh duduk serumah dengan 7 orang lelaki bukan muhrim..tak kira la walopun orang lelaki tu orang kerdil.. kalo jadi ape-ape mule la nak salahkan orang lelaki.. heish tak kuase!~


GOKU "DRAGONBALL"
Haa ni adik-adik yg suke tgk tv2 mesti kenal, ala selalu kalo iklan je keluar iklan apollo tu..goku ni takde la teruk mane, tapi cume dari segi penampilan die tu tak berape elok sangat..cube tengok rambut die, dah macam budak-budak nakal,atau budak punk, adik-adik jangan dok gatal wat rambut macam die, pergi sikat elok-elok rambut tu jangan lupe pakai tencho sekali biar berkilat dan berkilau,baru la kalo pergi sekolah pun cikgu sayang.


HULK
Adik-adik jangan ikut perangai mangkuk ni tau, dia ni panas baran, tak de sifat sabar langsung dalam diri die, die tak tau ke sabar itu separuh dari iman? bile naik marah sikit je terus hijau, kene kacau sikit hijau, kene gigit nyamuk pun hijau! sampai koyak rabak baju die,kalo baju dia murah takpe, baju dia semua jenama mahal-mahal kot, soda, topman, KEY ng, Zara, kiko, kiki lala etc.. kalo asyik koyak je hari-hari..lama-kama tak sejuta helai?? heish tak paham betoi! adik-adik jangan jadi macam dia k,jangan panas baran macam si Hulk ni, kang kalo adik-adik pergi kedai runcit dengan mak ayah pastu mintak mak or ayah suh beli choki-choki then diorang tak nak beli, jangan jadi hijau pulak, kang tak pasal-pasal habis kedai runcit tu jahanam. biar muka legend tapi hati kiut



SUPERMAN
Ni ayat yg paling sesuai untuk dia "takde sivik punye orang! budaya kita wajah kita tau" abang tak tau la nak cite camne..adik-adik tengok je la seluar kecik warne merah tu, dia pakai kat mane..nasib baikla superman ni lelaki..kalo pompuan?? tak ke bra pun die pakai kat lua? name je gempak.. superman tapi stupid


LITTLE MERMAID
Ni pun abang rasa tak payah citer.. tengok je kat gambar tu, nampak? tak payah uji akal, tengok muke pun tau..bodoh.. akak duyung ni memang sangat selenge sebab kulit kerang pun jadi..ape ke bangangnye awak ni..


BEAUTY AND THESYAFIQ BEAST
Akak baju kuning atas ni dah kemaruk sangat nak bercinta, kalo nak cari jodoh tu biar lah yang berjenis sikit,carilah yang ada rupa orang, ni nak kate rupa orang ke tenuk? wahai adik-adikku yang manis kalo nak cari jodoh, cari yang elok-elok tau..maksud abang cari manusia wat pasangan hidup, ape?? yang atas ni?? ini bukan manusia ini raksasa..dah jangan ikut perangai akak baju kuning tu.


MASKED RIDER

Ni tak payah citer la..bawak motor macam pelesit..diorang ni wat group geng-geng bermotor atau lebih dikenali sebagai masked rider atau dalam sebutan lidah melayu mat rempit.. eewwww!  (bahasew wrempit) pergh macam anwar hadi pulak raseW nyewW..ahh apeW-apew jewW larhH


DORAEMON
Dia ni abang tak reti nak cakap apa, nak kata bodoh, takdela bodoh sangat, yang jadi masaalahnye, doremon ni tak reti simpan barang-barang.. semua benda dia nak sumbat dalam poket dia..pintu pun dia simpan dalam poket! harap kepala je besar otak pun besar, besar biskut..

sekian.

sebenarnya banyak lagi, tapi abang dah tak larat dah nak letak banyak-banyak..kepada adik-adik comel semua jangan dok tengok kartun sangat tau..rajin-rajin baca buku sama ye.. nanti abang citer-citer lagi tau.. tata!~

ini laa kartun yang terbaik pernah ada!!
TheSyafiqMokhtar

Sunday, April 24, 2011

Tips untuk mengelak jadi mangsa rogol

Tahukah kamu bahawa terdapat perbezaan antara tindakan perogol yg dikenali dengan yg tidak dikenali. Lazimnya, perogol yg tidak dikenali sering bertindak lebih ganas berbanding perogol yg dikenali oleh mangsa. Perogol yg tidak dikenali mangsa ini lebih lebih ganas serta lebih bertenaga jika mangsanya itu bertindak balas seperti meronta-ronta ingin membebaskan diri,tindak balas sebegini lah yg memberi keseronokan kepada si perogol itu kerana mereka memiliki sakit jiwa yg kronik.

Ini adalah langkah-langkah yg wajar untuk mengelak menjadi mangsa

Langkah 1 
Tendang di bahagian sulit  si perogol itu, tampar dan cakar mukanya. tarik rambutnya atau cuba tolak@kepak jari kelengkeng si perogol seolah olah ingin mematahkannya. Kemudian beri tendangan yg padu pada bahagian sulitnya sekali lagi. bahagian tersebut memang sangat sensitif bagi lelaki. kaedah ini sangat berkesan bagi wanita untuk menumpaskan lelaki, (haram jika dilakukan pada suami dan merbahaya untuk tujuan berseronok)

Langkah 2
Berlakon seolah-olah ingin pengsan, kencing atau cuba untuk muntah pada pergol itu. Kaedah ini juga boleh membantu bagi melepaskan diri dari perogol. Si perogol juga adalah manusia biasa yang memang "geli" dengan kotoran.apabila ada peluang, perlu cuba lari sekuat hati untuk melepaskan diri.

Langkah 3
Jerit "Tolong! Tolong!" "Polis! Polis!" "Perogol! Perogol!" atau "Api! Api!" dengan sekuat hati. Para pakar percaya bahawa orang disekeliling akan memberi respon yg lebih pantas sekiranya menjerit dengan menggunakan perkataan API!

Langkah 4
Cuba untuk membuat bunyi bising yang kuat, jika memiliki alat tertentu yg boleh membantu untuk mengeluarkan bunyi yg agak kuat bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai, sila lakukannya. Malah wanita juga boleh memijak kaki si perogol itu. Pijak bahagian depan kakinya itu menggunakan belakang kasut( bahagian tumit ) kasut tumit tinggi atau tumit keras sgt sesuai.

Langkah 5
Cuba menggunakan ibu jari tangan untuk menolak bola mata si perogol. Si perogol pasti akan menundukkan wajahnya dan ambil kesempatan itu dengan meletakkan kedua-dua belah tangan disisi muka kiri dan kanan si perogol itu. Cuba gunakan jari jemari itu untuk mencucuk mata si perogol dengan sekuat hati. Ibu jari tangan kiri dan kanan  perlu mengcungkil bahagian hujung mata kiri dan kanan si perogol, si perogol akan terkejut dengan tindakan itu. matanya akan berasa sakit, dan wanita yg menjadi mangsa akan mempunyai peluang yg besar untuk melepaskan diri.

Langkah 6
Jika masih tidak boleh melepaskan diri dari si perogol itu, hanya tinggal satu cara sahaja lagi yg boleh kamu (mangsa) cuba. Mungkin tindakan ini agak kurang waras bunyinya, namun kamu perlu mencubanya bertujuan mencari jalan untuk melepaskan diri. kamu perlu berlakon seolah-seolah kamu ingin melayani si perogol itu dengan baik. Si perogol akan bertindak sedikit baik dengan kamu jika kamu bertindak sedemikian, Apabila ada peluang terus ulangi langkah 1 dan terus melarikan diri.

Langkah 7
Jika kesemua langkah-langkah itu tidak berkesan, mungkin kamu boleh berlakon seolah-olah ingin memberi kerjasama dengan si perogol itu. Si perogol pasti tidak menyangka bahawa mangsanya itu akan bertindak sedemikian. Tindakan ini secara tidak langsung  boleh mengurangkan tenaga atau menjatuhkan salah satu "senjata" si perogol, jadi mudahlah usaha untuk melepaskan diri. Dan yg paling penting ialah BERTENANG, jangan panik, betindak dengan tenang. Tarik nafas dalam-dalam kerana teknik penafasan ini boleh membantu mengurangkan peratusan kejutan yg sedang di alami dan menyalurkan oksigen kepada otak, dengan ini boleh bertindak dan berfikir dengan secara lebih jelas. Fokuskan pada usaha untuk menghilangkan tumpuan si penjahat, agar boleh meloloskan diri darinya.

Awas, kerana adakalanya sesetengah tindakan itu boleh menjadi kan penjahat itu marah dan bertindak lebih ganas, hanya kamu (mangsa) sahaja yg mampu mengawal keganasan si penjahat itu. Sentiasa berpegang dengan matlamat sebenar iaitu menyelamatkan diri dan meneruskan kehidupan dengan baik di masa-masa mendatang.

   Langkah-langkah pengcegahan:
" mencegah lebih baik dari merawat"

1. Pepper spray, sediakan satu di dalam beg, dan kalau boleh rahsiakan tentang kewujudan pepper spray dari kawan-kawan,even bf atau sesiapa saja. biarkan rahsia.

2. Paling penting penampilan, tidak kira dari segi pemakaian dan dari segi sikap.

3. Elakkan berseorangan.

4. kunci rumah

5. Doa banyak2

p/s: Apa-apa pun ini hanya sekadar ikhtiar, moga Allah melindungi hamba-hambanya yg teraniaya.. amin..

mungkin entri ini boleh dikaitkan dengan cerita ini

Saturday, April 23, 2011

SEGMEN : AWOK BLOGGER BARU YER ?

A'ah awok blogger baru."
Oleh sebab harini xde entri, aku ingat nak join segmen Bro Ben..
tapi InsyaAllah Malam ni aku nak wat entri khas untuk orang perempuan..
orang lelaki pun boleh amik tau jugak,buat kepentingan bersama..
nak tau entri ape,tunggu malam ni aku post..ok berbalik pada segmen.. 
Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog


> Dari segi mempengaruhi atau dipengaruh memang takde,kalo ade pun selepas aku tengok citer semerah cinta stiletto,lakonan lisa surihani.. tu yg buat aku rasa nak berblog, sebab dalam citer tu die banyak bercerita kisah seharian dia..macam entri aku sebelum ni aku pernah kate tujuan aku berblog adalah aku terlalu "menghargai" kisah kehidupan seharian aku, dan aku xnak ia lenyap dalam ingatan.


Siapakah sumber inspirasi anda


sumber inspirasi aku pun takde jugak, xramai..sebab  aku newbie,xramai yg aku kenal,mula2 aku wat blog,bro Ben pun aku xkenal (dulu)..sampaikan aritu seorang dari kawan aku ade ucap tahniah kat aku dia kata "tahniah fiq Yuyu Zulaikha follow fiq lah.." tau aku cakap ape? "sape die tu??" serius mmg aku xkenal dia (dulu) bila blog walking baru aku tau..ada blogger-blogger yg hebat, walopun aku tau diorang femes, tapi dengan cara diorang merendah diri amat dikagumi..salute! pada aku xkesah la siapa kita..kita semua dari asal yg sama (tanah) dan akan balik pada bentuk asal yg sama (tanah)..
selepas aku berblog setiap entri yg aku update, dan setiap komen dan teguran yg aku dapat dari pembaca, aku tau sumber inspirasi aku adalah pembaca-pembaca dan followers aku sendiri..korang memang terbaek! moga murah rezeki.. ;)


Thanks bro Ben!


edit post* di atas entri ini ada 
Tips cara menangani dari menjadi mangsa-mangsa rogol BACA INI

Friday, April 22, 2011

Santau??

santau ni bukan sahaja dari kalangan melayu..santau ini juga amat kuat di negara lain, di belah sepanyol paling kuat..banyak sumber boleh dapat dari petikan cerita (The Exorcism of Emily Rose) dan juga cerita ideology (Drag me to hell) santau xkan hadir jika manusia sendiri yg lakukan,atas sebab hasad hawa nafsu setan..

aku seorang yg hina dina,yg rendah darjatnya
dan serendah-rendah  makhluk Allah
terasa nak buat entri ni bile terbace kisah ....

seperti nyamuk, musuh kepada nyamuk adalah ubat nyamuk, jika letak ubat nyamuk dalam rumah lama kelamaan dia akan mati atau tidak lagi berani mendekati rumah kita..begitu juga jika.. kita  sering memperbanyakkan memasang ayat suci al-quran didalam rumah..dan sentiasa membaca al-quran..

paling kurang amalkan al-fatihah, bermula dengan membaca al-Fatihah  dan hendaklah "berhenti" lebih lama di setiap ayat yang kelima untuk berdoa kepada Allah supaya menyembuhkan penyakit.  Selepas berdoa pada ayat ke lima hendaklah disambungkan bacaan sehingga selesai pada ayat keenam dan ketujuh.

Ayat kelima bermaksud: “Akan Dikau kami menyembah dan akan Dikaulah juga kami memohon perlindungan/pertolongan (sembuh)”





Ini kategori antara santau, penunggu/ makhluk halus

Pendakwah, Hassan Mahmud Al-Hafiz (ustaz aku waktu aku belajar tahfiz dibangsar
dan juga mudir program imam muda ),
berkata apabila hasad dengki atau iri hati menguasai diri seseorang itu sanggup bertindak di luar batasan termasuk menggunakan ilmu hitam untuk mengenakan mangsa.

Bagaimanapun, katanya jika berpunca daripada makhluk halus, beberapa cara boleh dilakukan dan paling penting mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam yang arif mengenai kejadian seperti itu.

jika berpunca daripada manusia, cara terbaik menghalang ialah membuat pendinding untuk mematahkan serangan itu tetapi jika makhluk halus, dapatkan bantuan mereka yang arif mengenai keadaan ini.


mereka juga boleh lakukan cara sendiri seperti membaca surah disertai air Yasin. Air berkenaan dipercikkan di dinding, pintu dan sekitar rumah. Selain itu, baca atau perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran setiap masa selama sebulan sama ada melalui kaset, cakera padat atau bacaan sendiri,katanya.

Satu lagi cara kata beliau ialah dengan menaburkan campuran garam dan lada hitam disertai cuka di kawasan barang berkenaan terjatuh serta di halaman rumah.

Ambil segenggam garam dan campur bersama lada hitam. Selepas itu taburkan bersama air cuka di kawasan berkenaan dan luar rumah. Bahan ini seperti satu sumpahan kepada makhluk halus, katanya.

Selain itu, Hassan Mahmud berkata, gambar yang tidak elok(poster) patung-patung, tanduk rusa dan sebagainya, sama ada digantung atau diletakkan dalam rumah perlu dibuang kerana ia antara kesukaan makhluk halus.

yang penting, penghuni rumah terbabit banyakkan amalan seperti membaca surah Yasin, melakukan sembahyang hajat selain kuatkan semangat atau berani. Jika mereka lakukan amalan ini, insya-Allah masalah ini dapat dihadapi dengan baik, katanya.

Tambahan : Ada dengar di Malaysia ada kumpulan pengamal perubatan islam yg dikenali sebagai Darul Syifa' (rumah penawar) yg diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Harun Din, khabarnya Asyraf Muslim menimba ilmu disana juga.. Wallah Hu A'lam



Perjalanan ke konsert maher zain

Pagi ni aku nak cerita macam mana kisah suka duka aku dan rakan-rakan ke konsert maher zain..

sukar dipercaya..sebenarnya pada awalnya aku prefer nak ke konsert bruno mars..tapi tiket yg agak mahal akhirnya aku setuju dengan member aku untuk ke konsert maher zain..

dalam perjalanan macam-macam pengalaman perit yg terpaksa kami lalui, sebab perjalanan kami mengambil masa 2 hari untuk sampai kesana..sudah lama berjalan kami singgah disuatu gua..
disitu tiada apa yg menarik melainkan kanak-kanak yg busy bermain bunga api diwaktu petang..

setibanya didalam gua, aku dan rakan-rakan mendapati line henpon aku dan rakan-rakan tiada signal..alangkah risaunya..akhirnya aku mengambil keputusan untuk on9 FB kerana line WIFI disitu sangat laju..xseperti broadband aku yg kat rumah tu..lembab nak kojol..adatla kalo pakai broadband line dia memang berat dosa..

tiba-tiba..aku terdengar suatu jeritan yg amat kuat..alangkah terkejutnya aku apabila seekor naga yg amat besar sedang menyerang kawan aku,kawan aku tu asyraf nama dia..atau lebih dikenali sebagai acab..akhirnya acab dimakan oleh naga itu..aku hanya mampu melihat acab dikunyah naga itu seakan-akan naga itu sedang mengunyah kuih raya yg dijamah pada hari raya..

baru aku sedar..gua yg kami duduk itu adalah sarang naga..aku yg tak terlupa untuk sedih atas apa yg naga tu dah buat keatas acab..terus aku mengamuk tanpa disoal..aku capai hanger di almari rumah aku,dan sebat pipi naga tu sebanyak 13 kali..akhirnya naga tu sedih dan meminta maaf kepada aku dan acab..

selepas kejadian itu aku terus digelar sebagai juara akademi fantasia..dan sedang aku tengah menjulang trofi..henpon aku berbunyi..aku menjawab panggilan tu..tiba-tiba aku terdengar suara yg amat aku kenali.. "bila nak bangun?" jom bawak umi pi market..

laaa mimpi rupanya..

hai all selamat pagi!

Baham dek harimau..

Sadis betul tajuk entri aku kali ni..


Jam kul 4 pagi, aku xboleh tido..xtau nak wat pe..
jadi aku ingat nak wat lawak, 
walopun aku tau kemungkinan besar xlawak..  (=.=")
ahh xkesah la.. at least effort aku nak wat lawak tu ade..


Suatu hari Kadir ke balai polis..


Kadir : Selamat pagi tuan
Polis : Selamat hari raya pagi. Ya apa yg boleh saya bantu?
Kadir : Saya nak buat karipap report tuan
Polis : Pasal apa tu?
Kadir : Kawan saya dibaham shrek harimau dekat kawasan air masak terjun, tak jauh dari sini
Polis : Pukul berapa kejadian berlaku?
Kadir : Hishhh dia (harimau) tak pukul tuan, beliau dia terkam!
Polis : Habis?
Kadir : Tak habis tuan! tinggal kepala!
Polis : mencarut @*&#@#&

Amaran : Kanak-kanak sila jangan tiru gaya ini jika tanpa pengawasan ibu bapa, guru-guru atau pengawas sekolah

Thursday, April 21, 2011

bila jari mula menekan huruf..

saya seorang yg hina dina,yg rendah darjatnya dan serendah-rendah  makhluk Allah nak ajak berkongsi..dan mencurah kan pandangan.. bila kita bermuamalat@berurusan@berkomunikasi dengan orang ramai..tidak kira melalui alam maya atau realiti, amalkan perkara dibawah..

a.Ikhlas sebab ikhlas mengatasi segala-galanya.

b.nawaitu yg utama,dan sentiasa ingat akan nawaitu dan tujuan sebenar kita.. contoh..sebab apa kita berblog? sudah tentu untuk menghargai kisah seharian kita..

c.tidak menceritakan prihal orang lain atau mengaibkan orang, haram alaik ya akhi!

d.tidak menggalakkan orang menceritakan prihal orang,atau bahasa comelnya batu api,atau dalam bahasa arabnya ghibah

e.menegur orang dengan cara yg baik..tidak berunsurkan "hantam"..menegur ini ibarat dakwah,dakwah ini adalah ibadat.. perkara ini perlu dititik beratkan..kerana walopun niat kita ikhlas tapi ketegasan kita terlaluan or melampau..ia boleh menyebabkan kerosakan pada ibadat..kerana jika orang yg ditegur sedih atau terasa itu telah menjejaskan silaturrahim,silaturrahim itu muamalat..kerana muamalat itu juga ibadat.. got my point? rosak atas rosak..
(panjang skit sebab complicated)

f.muhasabah,perbaiki dimana silap kita..kerana "silap" umpama tompokan dakwat pada kulit..selagi kita xpadam selagi tu dia akan ikut kemana je kita pergi..

g.ini DatoDr. Mohd. Fadzilah Kamsah selalu ingatkan, maafkan semua orang sebelum tidur..semoga hari esok lebih baik dari hari ini..

h.sentiasa berkongsi ilmu,pandangan dan nasihat..sharing is caring plus concern..
so jika ada apa-apa yg ingin ditambah atau ada kesilapan yg perlu ditegur secara membina,sila tinggalkan komen, coz sharing is caring plus concern..
wallah hu a'lam.. :)

Wednesday, April 20, 2011

Bersyukur

actually think about kotak.. 
ape yg kite nak tu anggap sebagai penutup kepada kotak tersebut. 
kalu tak ada penutup, tak lengkap, kita geram, marah, sedih, kecewa ble penutup tu x ada. 
tapi kita tak sedar, dalam masa yang sama, kite ada dinding-dinding kotak tu. 
dinding-dinding inilah merupakan perkara-perkara kecil yg kite dapat tapi kite tak sedar. 
think back. 
walaupun tak seberapa, ...

Pengarang

Cuba fikir wanita hamil, pesakit jantung dan kanak-kanak

Assalamualaikum wbt

entri ni aku rasa terpanggil dan bertanggung jawab untuk mengepost dan memberi tau kepada kaum wanita hamil, pesakit jantung dan kanak2..

seperti suatu trend baru link yg memeranjatkan orang, hati2 dengan link yg berunsurkan game dan video, mebi ia satu perangkap untuk mengenakan orang..

serius aku pun pernah terkena,mungkin pada sesetengah orang ia dianggap gurauan atau sekadar menyakat, tetapi terus terang aku cakap benda ini merbahaya..

jangan kita fikirkan tentang diri kita yg sehat walfiat ini..tetapi kita fikir tentang diri orang lain sama..percaya tak link sebegini boleh membunuh orang yg mengalami sakit jantung? dan memberi kesan yg sangat buruk kepada wanita hamil dan kanak-kanak?

tipu laa kalo kata link sebegitu tidak memeranjatkan, dengan bermodal muka yg ngeri dan satu jeritan yg kuat dan paparan imej yg mengejut ini sungguh memeranjatkan.. even orang tu body builder muke bengis badan besar macam hulk pun boleh terperanjat..

dah semakin berleluasa link sebegini..contohnya ada link yg kononnya lisa surihani jatuh tersungkur (ABPBH), link2 game dan sebagainya.. sila berhati2 dengan link yg orang beri,kecilkan volume atau alihkan sedikit screen untuk klik apa2 link..paling terbaik xyah klik lagi bagus..jangan kate link terperanjat..virus pun boleh jadi...

pada orang yg suka amalkan memberi link2 sebegitu sila jangan amalkan..xyahla buat..sumpah xcool..jangan jadi golongan immature..

I.M.M.A.T.U.R.E

sekian.

Tuesday, April 19, 2011

salah ke kalo update personal entri??

menulis mesti kerana ikhlas, bukan menulis kerana traffic..kadang2 pernah terpikir..nak update personal blog takut juga dengan bermacam-macam tanggapan orang pada kita..ye la..xsemua personel entri tu sesuai untuk bacaan umum..tapi kalo orang dah terbaca tu kita dah xboleh kata apa2..bukan kita citer pasal orang kan..yg kita cerita adalah kisah kehidupan sendiri..dan aku sendiri bukannya wartawan nak cerita isu semasa,dan aku bukan pakar motivasi nak bagi motivasi hari2..dalam blog ni apa-apa pun kita boleh cerita,xkesahla entri berunsur nasihat,keagamaan,kejiwangan, serious blogger yg update tentang personal blog ni aku sangat respek..coz pada pandangan pribadi aku,
blogger seperti itu adalah orang yang menghargai setiap kisah kehidupan sehariannya..
mulut orang kita xboleh tutup jari orang kita xboleh serkup..yg boleh terima tu ahlan wasahlan to
my blog, yg tak boleh terima tu..biasela..lain padang lain belalang kan.. dedic8 for u golongan anony.. :)


"HOME ALONE"

Lepas aku tengok balik movie lame,movie waktu zaman aku kanak2 dulu aku rase macam muda
balik je..hehe..aku tengok citer home alone part one ngan part two..best dan mmg funny..dulu boleh kate hari2 aku tengok cite ni.. tengok berulang2 kali..

walopun aku dah tau ape yg akan jadi,lawak ape yg akan berlaku..aku still gelak lagi..baru je tadi aku tengok lagi cite home alone ni..sebab aku dapat movie nie dari member aku..cume kali ni berbeza
ngan zaman aku tengok time kecik2 dulu.. kali ni aku tengok dalam keadaan rangka
tubuh badan orang dewasa..haha..

untuk mengelakkan boring,aku ajakla anak buah aku tengok sekali..Tifla name die..yg lecehnya bile tengok dengan kanak2 ni ialah "soalan tanpa henti" haha..asyik soalan je..aku pun naik pelik dah, ni nak layan movie ke nak tuisyen?? aku dah jadi macam seorang guru untuk menerangi segala kemusykilan anak murid..

"kenape orang jahat tu buat tu?? kenape orang jahat tu macam ni?? kenape mak die itu ini??kenape abg die itu ini?? "

jawapan aku paling tepat ialah

"tengok je la sampai habis"

hahaha boleh pulak macam tu kan??
by the way xdinafikan.. aku pun macam tu jugak dulu..lalala

Antara part2 paling kelakar dalam citer

home alone ni..

-bila seorang budak yg bernama kevin ni cube gerak kan patung2 dalam rumah
dia,kononnya rumah dia ada ramai orang dan sedang berparty..

-perangkap yang gila2,ni pun salah satu
part paling xboleh nak gelak control  dah..haha

-gunakan suara orang jahat dari satu
video tape pembunuhan..untuk berinteraksi dengan
penghantar pizza dan orang jahat..haha

kalo ade sape2 nak movie ni sila la
datang bawak pendrive.. :D

Monday, April 18, 2011

Persinggahan Aku ke Rumah Anak Yatim..

Assalamualaikum wbt ..

Petang tadi aku dapat panggilan dari ustaz Khairul Arif,

Ustz Arif : AsSalamuAlaikum Syafiq, Syafiq ada dimana ya?

Aku : Saya ada dirumah, ustaz, kenapa ya?

Ustz Arif : Boleh datang ke Maahad Al-Rahimiyyah (rumah & pusat Tahfiz anak-anak yatim)  x? saya nak jumpa Syafiq la, saya  dengar Syafiq boleh mengajar dengan memasak ya?

Aku : Oh.. bolehla skit-skit ustaz..bila nak jumpa tu?

Ustz Arif : sekarang boleh??

Aku : InsyaAllah..sy datang sekarang..


Aku pun bertolak laa ke Maahad AL-RAhimiyyah..aku disambut baik oleh ustaz arif dengan budak2 disitu..seronok aku sampai disitu, rasa tenang je bila tengok anak2 yatim ni..serius aku xpernah rasa releks mcm ni..diorang cepat mesra..mungkin diorang xde mak ayah..ntahla terdetik dalam hati ni nak sangat bersama2 dengan diorang..harap2 aku dapat jadi tenaga pengajar situ..doa2 kan aku ye..

aku ade berbincang dengan ustaz arif ni..die macam berminat nak suruh aku jadi tenaga pengajar situ..die kate nanti lepas berbincang dengan pihak pengurusan die akan kontek aku balik..harap2 jadi la..

if kalo xdapat pun, aku ingat aku pun nak bukak la pusat pengajian macam ni..demi mencari keredhaan Allah Taala.. :)

rugi xbawak camera..kalo tidak boleh tangkap gambar dengan budak2..boleh rakam diorang mengaji Al-Quran.. sedap betul suara diorang berbanding dari peserta-peserta AF, Mentor, OIAM mahupun dari idola-idola kecil..ingat nak record..tapi kalo nak harapkan henpon CSL aku punye camera.."hmm harapan la"



::Maahad Al-Rahimiyyah ini adalah pusat untuk penjagaan rumah anak-anak yatim, yatim piatu,dan anak-anak kurang upaya (OKU)

jika ada sesiapa yg nak mendaftar atau nak ziarah or keluarkan zakat,boleh la ke Maahad Al-Rahimiyyah di Taiping Perak.::

Sekian.



akhirnya aku pun nak buat jugak..

           Tadi aku blogwalking..saje jalan2..
       tgk blogger2 punye page..
       fuiyoo.. smart kot..

       rase macam kerdil je aku ni
        bile nak dibandingkan ngan blogger-blogger lain
xpela mungkin aku baru lagi..
sebulan lebih baru..
tengok diorang punye page..
sume ade header tersendiri..
wah style-style..

last-last aku pun buatla..
main bedal..
akhirnya jadi jugak..
kecik je pun! (nada matluthfi)
ahh lantaklah kecik pun comel pe..
haha

TADAA!



Saturday, April 16, 2011

Lagi filem terbaru sentuhan mamat khalid.. "Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit"

xtau langsung cite kali nie bekisar tentang apa pulak ,nampak macam misteri..masih bertemakan komedi siram.. still menggunakan konsep zombie kg.pisang, hantu kak limah, yg melibatkan warung pak jabet sebagai bilik mesyuarat..ahaha dari promo di bawah nampak seakan2 hebat.. tarikh keluar belum tau lagi,best atau tak pun belum tau lagi,

usop wilca masih belum tau lagi ade ke tak watak die dalam citer ni..if kalo ade mesti impak die sangat besar akan berulang lagi seperti yg kita nampak sekarang ni..awOk dah kabor..AwOk TaK bOlEh CoNtRoL bUaH PiNgGaNg AwOk NiH,LuMpOh TaU~

Friday, April 15, 2011

Tanpa banyak kata -csl-

selame ni..sy jage awk dengan elok..sampai hati awk wat sy macam ni,banyak masa dan wang ringgit sy da habis kat awk..awk nak ape lagi? lepas satu,satu awk buat hal..jangan la dera mentality sy lagi..henpon oh henpon.. ko rosak lagi..
(T_T)

itu la yg mampu aku katekan setelah henpon aku ni sering sangat wat perangai....henpon ni sebenarnya penting sgt pada aku,ntahla pada aku penting,sebab apa penting? sebab pentingla.. sekarang banyak perkara atau apa2 saja aktiviti harian mesti memerlukan henpon,org nak berkomunikasi dengan kita senang..xmcm dulu org pakai pondok telepon jer..

ok sambung..aku yg terasa susah hati..dengan berbekalkan duit yg xberapa banyak terpaksa la kena cari henpon lain..dah fedap nak repair..so aku ingat nak beli henpon cokia2 je,cukup la boleh call boleh msj..then aku singgah la satu kedai henpon..

wah banyak henpon! sume mahal2..henpon nokia paling murah yg ade lampu suluh tu pun 80ringgit..macam bosan pulak..pastu aku tertarik dengan satu henpon tu..

untuk pengatahuan..aku ni selalu pakai henpon yg mmg ada nama xpernah pun rase nak pakai local phone.. rase mcm xde class.. tapi saje2 la aku tanye..
dan aku rase tertarik..harga phone ni rm180? so sebulat suara aku pun bersuara "haa boleh la.. kire jadi lah ye.. hahaha..

antara2 yg buat aku tertarik kat hp ni.

-harga murah
-bentuk fizikal kemas
-Wlan wifi
-telebisyen atau tv
-radio yg memekakkan
-memory card 2Gs
-touch button
-boleh sumbat 2 simcard
-yg paling best.. suara azan akan berkumandang time masuk waktu..wahh

sebelum ni pernah je aku dengar jenama local phone ni..tapi xpernah menarik minat aku pun..dan tanggapan aku tersasar..by the way barang tempatan ni ok what? disamping harga yg murah,reka bentuk yg elegant.. aku pakai pun puas hati je..haha :P
saya dah support barang tempatan..anda bila lagi? tettt!~ :P


BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT !



kali pertama join segmen ben ashaari..sebab segmen kali ni aku suka..
segmen ajak jadi budak2 dan pilih kartun2 kesukaan..haha nak tau aku suke kartun ape? tengok ni..



mr kacang..kartun ni la leh wat aku layan sampai abis depan tv..kelaka..haha
kat bawah ni kartun yg aku xsuke..


ni la kartun paling tah hape2 dan membosankan..dah la suare bingit..sakit jiwa tgk kartun ni..

kalo nak jadi hero pulak.. mesti la aku pilih hero jepun.. tamao serizawa dari crow zero..cool gile..dulu aku punye sanggup beli baju bunge2 sebab kemaruk sgt ngan karekter die..haha


gambar kecik tu baru serizawa..gambar besar tu gambar aku..haha

Sayyidul Ayyam(jummat) pada hari ini..

Lepas selesai potong kuku aku pun ke masjid..masjid dengan rumah aku sgt dekat..hanya lebih kurang 20-30 langkah jer dari rumah aku..kalo yang kaki panjang dan yg jenis jalan langkah besar-besar tu 15 langkah pun dah sampai..hahaha.. ape? xlawak? ok.. pastu..

sesampai je masjid terus niat "nawaitu i'tikaf lillahitaala" dengar khutbah,dan solat berjemaah, setelah selesai dan berdoa, aku pun nak siap2 untuk keluar masjid..xjadi kelua, ramai sgt orang berpusu-pusu nak keluar..kanak-kanak riang lagi la riuh rendah..macam shopping complex pulak diorang ni wat bising..

baru je nak keluar, ada orang tepuk bahu aku..aku pun menoleh la dengan ala-ala gaya slow motion yg selalu terjadi dalam sinetron kejora dan bintang tu..

ohh ustaz zaki.. sambil senyum..
+untuk pengatahuan ustaz zaki adalah sahabat aku time belajar diyemen dulu,dan sekarang dia jadi tenaga pengajar dirumah anak2 yatim..dekat je ngan rumah aku..

u.zaki : enta apakhabar?

aku : alhamdulillah ana sehat..keifa hal ya ustaz?

u.zaki : alhamdulillah wa ana kazalik..

u .zaki: petang ni watpe? sebok x?

aku : rasa nya tak.. nape? nak belanja ana cendol ke? hehe

u.zaki : jom la petang ni join ana ngan budak2(anak-anak yatim) main badminton..

aku : haa ok gak tu.. petang ni ana datang bawak reket elektrik yg wat bunuh lalat tu..hahaha

u.zaki : haha, haish enta ni..dari dulu loqlaq..

aku : hehe ok petang ni ana datang ye..

haa sape nak ikut aku petang ni main badminton kat rumah anak-anak yatim? angkat kening! haha :P

petengkaran berada dimana-mana

cerita ni xde unsur diskriminasi,( hanya untuk dibaca sambil beristirehat)
ok aku nak cite skit,tadi aku goreng nugget..pastu minyak merecik kene tangan aku..xsakit..aku cume melatah terkezut je..ok ni bukan citer yang aku nak citer.. next!

aku nak citer pasal kenape org laki ngan perempuan suke bertekak? haa? walopun cite ni dah lapuk..dan aku pun dah anggap ia adalah sebahagian dari fitrah kehidupan manusia..tapi aku rasa aku nak update gak sikt dalam blog aku..sebab2 aku nak update kerana..

ok tadi aku on9 fb, aku nampak lelaki dengan perempuan, dua2 kawan aku..xrapat sangat,bertekak sampai mencarut2.. mak aih.. nak print screen kang aku pulak yg diorang carut kan nanti..kategori ayat ganas la..sampai mak bapak diorang yg xtau ape (maybe tengah tengok sinetron kejora dan bintang, masak nasik, baca surat khabar, basuh kereta , lipat kain atau sebagainya) pun terlibat dalam edisi carut mencarut tu..yg jadi masaalahnya sekarang.. pertengkaran diorang tu ade dalam news feed aku, kat top news lagi..alaa..

releks la guys..gaduh2 wat pe..wat lengoh hati ngan sakit jari je (aku rase mcm ayat aku terbalik) dok gaduh2 dah macam burung merpati ngan penguin je korang ni.. (ayat paling comel aku guna)

ok citer seterusnya, aku keluar ngan mak aku tadi..bawak mak aku pergi the store,saja nak beli barang...aku drop mak aku depan pintu masuk,memang itu yg sering aku akan buat,sebab kesian kalo tengok mak aku jalan jauh2 dari tempat parking..ok sambung balik..then lepas dah dapat tempat parking yg sesuai,aku keluar2 kereta aku dengar macam riuh rendah kat selang 2 kereta dari kereta aku..ya Allah!! ada pertengkaran lagi..laki ngan perempuan jugak..yg perempuan sangat body builder, yg lelaki tu size man belon je.. alahai =.="

macam biase la..bila dah asyik bergaduh ni mcm2 la pendapat2 yg selalu akan timbul..baik lelaki,atau perempuan..yg lelaki akan sentiasa ingat perempuan ni membosankan dan yg perempuan akan sentiasa ingat lelaki ni menjengkilkan..sebenarnya xde sape jengkil xde sape bosan..kite sendiri yg yang tentukan..tanggapan -ve tu xsehat.. kawad dengan kawat tu bunyi je sama..tapi perbezaan sangat besar..

ps : kan elok kalo perempuan bersikap lemah lembut dan lelaki bersikap bertolak ansur.. baru la xde tanggapan2 buruk untuk kedua-dua pihak.. :D



Thursday, April 14, 2011

sumpahan عين ! thanks Irma Hasmie..

Assalamualaikum.. 
Tadi aku terbace satu notes yg dishare oleh Ukhti Irma Hasmie.. bagi sesiapa yg pernah pergi negara arab akan paham apa yg diceritakan oleh Ukhti Irma Hasmie ni.. iaitu  عين (mata + sumpahan) mari kita baca apa yg disampaikan..

Ok belum habis lagi..sabar2..hehe biar aku cerita sedikit sebanyak yang aku paham tentang ain ni.. ain ni seperti yg dinyatakan oleh Ukhti Irma ialah sumpahan mata..ain ini bukan dongeng..tetapi ia sememangnya wujud dikalangan orang arab, xsilap aku kalo di yaman yg paling banyak ain ni didaerah Syibam, dan ada hadis mengenai ain ini..mungkin ditempat kita lebih kenali sebagai daulat (hanya ada pada Sultan2 by the way still different dengan ain)..cuma yg anehnya pasal ain ni..sumpahan itu terjadi apabila timbulnya rasa teruja atau kagum..

contohnya: Abu (yg memiliki ain) kagum dengan kereta baru ali, terdetik dalam hati abu "cantiknya kereta ali" maka akan berlakunya perkara2 buruk pada kereta ali (rosak etc) 

ada satu kisah sirah dimana Rasulullah sendiri pernah jatuh pengsan gara2 terkena ain ini.. Wallah'Hu'alam.. jadi baik orang yg memiliki ain dan tidak memiliki ain jika teruja atau kagum dengan seuatu benda atau sebagainya..sila semaikan dihati dan sentiasa mengucapkan kalimat MasyaAllah TabarokAllah Wala haula wala khuwwata'illah billah hil aliyyul azim.. ini tips yg pernah diberi guru aku diYaman cara mengelak dari terkena ain..iaitu pendinding dari ain..aku dah print screen dari ape yg aku komen Ukhti Irma tadi.. *malas nak taip :P

didalam line merah itu adalah salah satu tips mengelak dari terkena ain..cuma sekada ikhtiar..Yg penting hati dan i'tiqad kita hanya Allah yg maha esa dan Nawaitu kita Lillahhita'ala..sekian :)


Tuesday, April 12, 2011

aku jumpa bulu dalam daging beger!

Ni bukan duri dalam daging dah ni..ni bulu dalam daging..

Awal bulan 3 haritu aku wat kerja harian aku macam biasa..
tukang masak..biasa la memang kena bangun awal pagi..kul 3 camtu ,
sebab nak bekalkan makanan pada waktu pagi,jadi kene bangun awal la..
macam biase, makanan pertama yg aku akan masak mesti beger..
sebab beger antara marging yg paling tinggi dalam jualan..then
tengah dok goreng beger aku nampak objek pelik kehitam hitaman..
aku ingatkan hangit ke ape..baru je letak kat kuali..
eh xkan lalat or ulat kot..aku baru cuci je kuali ni..
then aku cungkil la, cube nak keluarkan objek hitam tu..
sebab objek tu mmg tertanam dari dalam daging..
oh my god!
tengok ni aku jumpe ape..




kalo nak tau.. itu bulu..aku pelik macam mana boleh ada bulu..
sumpah aku geli makan beger lepas tu..trauma kejap..
dari bentuk objek tu nampaknye mungkin kening,
tapi aku yakin macam dalam hidung..
heish...

aku pelik macam mane label bersih dengan cop veterinar boleh ade..
kalo dalam akta permakanan 1983 peraturan 1985 pindaan 2005,
masaalah ni melibatkan bendasing..
lepas kes tu member aku pun tepon la pihak produk daging beger yg terkenal sangat di malaysia ni..2 kali diorang datang..
1st kat rumah,


2nd kat tesco ampang, kali ini plant manager yg datang sendiri..
gambar time tu ade kat dalam memory card aku yg patah aritu.. :(


Plant manager diorang suh claim insurance company dia..
susah la..panjang cite,nak kene report tu,report ini..
naik sane naik sini,pergi sane pergi sini..
so malas la..abaikan je la..
share kat blog gak best.. :P
by the way baru2 ni aku baru dapat tahu..dalam pakaging roti pihak produk yg sama ada lipas 2,3 ekor..masih hidup dan masih berlari2 dalam plastik roti beger yg dah di seal..kilang diorang xde bilik kawalan mutu ke?? ape cer weh!!??

Ganas sangat ke?

ganas sangat ke?

kenapa orang islam sering dikaitkan dengan pengganas?
ganas ke kita ni? atau gelaran pengganas ni rekaan semata2?

mungkin undang2 di sesetengah negara arab xberapa sistematik..penggunaan senjata xberleluasa..
memang xdinafikan..dulu sewaktu aku turun dari flight aku sgt terkejut dengan orang arab..leh kate rata2 sume bawak senjata api..

jangan heranla..budak kecik yg kategori besar dak sekolah rendah pun bawak senjata api..siap gantung kat leher..dalam kepala otak aku dok pikir kenapa aku datang sini? nak libatkan diri dalam peperangan ke?? ke flight aku salah landing??

seram sejuk je aku tgk..dah la time tu musim sejuk..hehe
lepas 2tahun kemudian baru ada perintah mengharamkan senjata api..

tapi xsemua yg ganas..jangan kata orang je.. yang lain xganas? selagi kte ni dah namenye manusia..ade je sifat ganas kalo xreti kontrol nafsu amarah.."manusia ni menjadi semakin ganas apabila didesak" jangan asyik tunding jari je kat orang, satu jari je straight,4 jari lagi bengkok..jangan yg satu tu kena kepak sampai bengkok sudah la..hehe

bawah ni ada satu video yang betul2 menyentuh hati dan sanubari aku.. tengok diorang wat lakonan dan letak camera tersembunyi..mungkin ade yg dah tengok.. xpe tengok je lagi sekali..anggap ni kire study balik la.. yg belum tgk sila hayati betul2..
sungguh touching..

wahh orang melaka la..

tadi aku tengah boring..saje la aku check older post fb aku..
saje jalan2..then aku terjumpe satu kuiz..
22 january 2010 dulu aku ada try satu kuiz..
aku mcm tertarik..aku try la klik dan jawab balik soalan2 dia..
aku dah lupa soalan2 dia..dan aku pun dah lupa ape aku jawab dulu..
aku pun jawab la balik..then jawapan die still same..
orang kate jgn percaye..bukan betul pun..
tapi if kalo betul pun ape salahnye.. hehe :P


sape orang melaka? angkat tangan! hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...