Bagaimana cuaca ditempat anda harini? Sekarang cuba kita lihat cuaca diluar, dan lihat suasana cuaca sekeliling kita.. jika ditempat aku.. MasyaAllah.. indahnya..
![]() |
sekadar hiasan, lukisan sendiri dengan hasil sokongan aplikasi paint. [1st time lukis] |
Jika diceritakan tentang cuaca, ada orang suka cuaca panas, kerana kerjanya memerlukan cuaca yang elok. Bagi jurubina, hujan dan ribut selalu mendatangkan masaalah kepadanya..kerana kerja-kerja di tapak binaan menjadi sukar apabila cuaca buruk.
Ada juga orang suka kepada hujan dan panas sekali gus. Bagi pekebun, panas dan hujan yang silih berganti diharap-harapkan. Panas terik tanpa hujan merosakkan tanaman..begitu juga apabila hujan turun tanpa henti.. Tanaman memerlukan cahaya dan air secara sederhana untuk hidup subur.
Namun, siapakah yang dapat menghalang hujan dan panas?
Walaupun jurubina tidak suka kepada hujan, dia tidak dapat menghalang hujan. Walaupun pekebun tidak suka kepada musim kemarau yang panjang, dia sendiri tidak dapat meredupkan awan ataupun menurunkan hujan. Jurubina dan pekebun hanya dapat meramal cuaca yang akan datang. Mereka bergantung harap sepenuhnya kepada Tuhan yang berkuasa menurun dan menghentikan hujan. Mereka tidak dapat mencari orang bijak pandai bagi menghenti kemarau ataupun menghentikan hujan lebat kerana hanya yang berkuasa dapat melakukannya
Sekarang cuba kita bayangkan suasana di tepi pantai pula. Semasa laut tenang tidak bergelora, kita berasa seronok bermain ditepi pantai. Pasirnya halus, langitnya cerah dan ombaknya lembut menyentuh kaki kita. Tetapi, apabila ombak besar melanda, kita tidak dapat berbuat apa-apa bagi menghalang ombak itu. Kita hanya mampu menyediakan siren amaran supaya orang ramai segera menyelamatkan diri mereka. Dalam peristiwa ombak tsunami, ramai orang mati kerana tidak sempat melarikan diri. Bukan api sahaja yang semasa besar menjadi lawan, tetapi air juga begitu. Air yang lembut dan sejuk dapat membunuh semasa ia dalam keadaan banyak dan menghempas kuat.
Apabila kita tidak mampu menghalang banyak perkara dalam hidup kita, maknanya di sebalik kehidupan kita ini ada kuasa yang maha hebat. Kuasa itu yang menjadikan air sebagai perkara yang kita perlukan setiap hari dan kuasa itu juga yang menjadikan sebagai perkara yang menakutkan apabila dia mahu. Kuasa itu yang mencipta, merancang dan menyusun segalanya mengikut kehendaknya sendiri. Kuasa itu adalah Tuhan kita, Allah.
Jadi tidak semua perkara yang kita harapkan dapat di-gapai..Itu sebab pentingnya redha dan percaya akan rukun iman yang ke6, kadang Allah sembunyikan matahari, dan memberikan kita hujan ribut dan petir, kita merintih takut, sebenarnya DIA nak hadiahkan pelangi yang indah pada kita.. Sesungguhnya DIA tau apa yang terbaik untuk kita..
Tidak semua mimpi dan harapan akan terwujud sesuai dengan keinginan kita
Sekiranya Allah cepat makbul doa kamu maka ketahulilah bahawa Allah menyayangimu, sekiranya Allah melambatkan makbul doa kamu sesungguhnya Allah ingin mengujimu dengan sesuatu DAN sekiranya Allah tidak langsung memakbulkan doa kamu sesungguhnya ketahuilah bahawa Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kamu.
sekian.
56 comments:
Peh! cantik ko decorate blog... tak jeles.. tak jeles...
assalamualaikum sapik :)
suka entry ni!!!betul2 setiap apa yg terjadi pasti ada sesuatu disebaliknya..semuanya ditentukan Allah :)
(^_^)v pelangi akan jd milik saya .kalau bukan sekarang mungkin esok
(^_~)v boleh tak bt entri cite pasal rasul ? maksudnye cerita yg ta banyak org tahu . fhm tak ? :apa
red ko baru perasan? cish..
waalaikumsalam lynn.. tq :ros
macho..mmg ingat nak wat entry pasal rasul2 jugak..insyaAllah suatu hari nanti..
ehem2..design baru nampak..haha..btw nice entry TSM.. :P
haha azizah alwi pun baru perasan jugak? design ni cukup la betepatan dengan usia umur yg meningkat dewasa.. haha XD btw thanks
redha dan percaya kpd Allah..yep..totally agree~^^~
soya :)
bagi pekebun..haha..kalau petani? pekebun dan petani tu sama ke eyh?
ramai daa ubah template blog baru..:)
kte meramal, allah yg tentukan...baik buruk, allah tahu segalanya..:)
cekodod : petani pun boleh..sama konsep.. :P
aisya : aah kan ramai ubah template.. :P
totally rite :)
memang betul..kadang2 ape yang kita mahu tak dapat tapi mungkin ape yang kita tak dapat tu menguntungkan orang lain..terimalah dengan redha seadanya..:)
:) saya nak jadi langit < tetibe
Dan apabila frasa "Allahu Akbar" itu digunakan.. Akbar itu melambangkan, tiada sesuatu jua yg mampu menandingi kebesaran Allah 'Azza wa Jalla...
Allahu A'lam.... maka, tiada sesuatu yang mampu menandingi pengetahuan Allah tentang milikNya..
Apakah milik Allah?? Kita semua... Kita adalah milik Allah....
yeeyy suka entri nie.
thanks. :)
Salam sapik. Komen pakai hp je ni. Nice entry. X smua ap y kita nk x akan tercapai. Tp melalui usaha n doa insyaAllah kan.. Tp kalau dh usaha n doa x pat gak, mesti ada hikmah Allah kan. :)
nice entry..:)
simply love this entry :)
Assalamualaikum...
mcm biasa..entry yg berilmu dan bermanfaat..tq sudi kongsi ilmu.. mmg terbaik =)
"Kadang kala Allah hilangkan sekejap matahri..kemudian Dia datangkan guruh dan kilat... puas kita menangis, mencari di mana matahari?? rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI yang cantik" quote from ILUV ISLAM.COM
uwa.. nice nice :D i like ^o^
Assalam...ehem2,template baru jugak...nice
Sedap karangan nie...buat sendiri?kagum...syukur dgn apa sahaja nikmat yg diberikan Nya...
entry yang cun!!
lepas ni kalau hujan atau panas ke kena terima je la...
blog TSM dah makin cun sekarang :D
Allah Maha Mengetahui.. :)
Tiap yang terjadi ada hikmahnya. Bersabar dan bersyukur. Pasti kamu lebih menghargai kehidupan. :)
yup.. betul3.. Allah sedang mengatur sesuatu yang baik untuk kita di kemuadian hari.. sekarang ni cuaca dalam hati aku musim bunga... hikhik.. *mendapat perkhabaran baik
ye betul. Allah knows the best for us :)
"mendung tak beerti hari nak hujan,dan mendengar guruh di langit air tempayan jgn dicurahkan,sbb belom tentu hujan akan turun..hehhe ada kaitan ker dgn n3 ni.....cuaca kt tmpat akk ni panass jer..pokok2 dah kering..apapun Alahamdulillah.."
allah dh aturkan yg terbaik dlm hidup kita kan.
salam...
bagus la entry kau..aku baru bace 1 ni.. ;-)
a'ah skunk panas sgt..dak2 umah pown ada y sakit...
jom meriahkan lagi
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Flalinklife.blogspot.com%2F2011%2F07%2Fpromosi-buat-politeknik-kota-bharu-yang.html&h=WAQCZWyRz
salam..nice entry bro!betol xsuma yg kita mnx allah mkbulkan krna Allah dh rancang sesuatu yg lebih baek untuk kita..myb apa yg kita mnx tuh akn mmbwa kburukn kpd kita.Allah lebih mengetahui apa yg trbaik dlm kehidupan hamba-Nya. :bagus :hei
hola..tul tu..nice entry
errr.. pandainya ko mengayat.. jelesss... Aku xpandai nak susun ayat indah camnie... **jeless
sgala yg di atur oleh Allah psti ada hikmahnya dan smestinya ia adalah yg trbaik :)
xsalahkn kita mengharap.. ^^ walaupon cuaca mendung kita berharap ianye akan cerah nt.. ^^
suke en3 nieh ..! :)
sangat tak suka perasaan resah...
penat!!
bila doa kita bnyak y termakbul rasa takut pulak pada dugaanNya, takut tak kuat nk hadapi sebab dh terbiasa ngan hidup tnpa ujian..betol tak syafiq??hehehhe..jd kena slalu beringt2 pasal dugaan jugak kan
suke lah entri nie
sangat sokong :)
entry menarik..
Allah rindukan rintihan hambanya..maka diberi ujian dn dugaan.. :)
nice entry :)
Allah lebih Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita ;)
yeahh . betul 2 .
kita siapa utk mngubahnya .
smua dtgn Allah SWT . :)
salam ramadhan :)
doa =)
insyallah apa yg kita harapkan akn terjadi sama ada lambat atau cepat..semuanya ada hikmah =)
subhanallah..kuasa allah..
kreativiti awak ni pun kuasa allah..
jadi saya tak boleh jeleees~ :)
Saya suka hujan......rahmat katanya.
alhamdulillah a'la kulli hal .perancangan Allah sentiasa lebih mengatasi :)
jazakallah ya akhi :)
nie semua ketentuan Allah . kita hanya perlu bersabar :)
boleh tahan kan ko falsafah? hebadd! hahaha:P
#selamat berbuka nanti :)
wow, entry ni menarik.
suke ayat last sekali :D
terbaikkk
lawa laa lukisan.
lagi2 jersi nama gerard tu.HAHA.
Post a Comment