teman-teman

Sunday, April 24, 2011

Tips untuk mengelak jadi mangsa rogol

Tahukah kamu bahawa terdapat perbezaan antara tindakan perogol yg dikenali dengan yg tidak dikenali. Lazimnya, perogol yg tidak dikenali sering bertindak lebih ganas berbanding perogol yg dikenali oleh mangsa. Perogol yg tidak dikenali mangsa ini lebih lebih ganas serta lebih bertenaga jika mangsanya itu bertindak balas seperti meronta-ronta ingin membebaskan diri,tindak balas sebegini lah yg memberi keseronokan kepada si perogol itu kerana mereka memiliki sakit jiwa yg kronik.

Ini adalah langkah-langkah yg wajar untuk mengelak menjadi mangsa

Langkah 1 
Tendang di bahagian sulit  si perogol itu, tampar dan cakar mukanya. tarik rambutnya atau cuba tolak@kepak jari kelengkeng si perogol seolah olah ingin mematahkannya. Kemudian beri tendangan yg padu pada bahagian sulitnya sekali lagi. bahagian tersebut memang sangat sensitif bagi lelaki. kaedah ini sangat berkesan bagi wanita untuk menumpaskan lelaki, (haram jika dilakukan pada suami dan merbahaya untuk tujuan berseronok)

Langkah 2
Berlakon seolah-olah ingin pengsan, kencing atau cuba untuk muntah pada pergol itu. Kaedah ini juga boleh membantu bagi melepaskan diri dari perogol. Si perogol juga adalah manusia biasa yang memang "geli" dengan kotoran.apabila ada peluang, perlu cuba lari sekuat hati untuk melepaskan diri.

Langkah 3
Jerit "Tolong! Tolong!" "Polis! Polis!" "Perogol! Perogol!" atau "Api! Api!" dengan sekuat hati. Para pakar percaya bahawa orang disekeliling akan memberi respon yg lebih pantas sekiranya menjerit dengan menggunakan perkataan API!

Langkah 4
Cuba untuk membuat bunyi bising yang kuat, jika memiliki alat tertentu yg boleh membantu untuk mengeluarkan bunyi yg agak kuat bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai, sila lakukannya. Malah wanita juga boleh memijak kaki si perogol itu. Pijak bahagian depan kakinya itu menggunakan belakang kasut( bahagian tumit ) kasut tumit tinggi atau tumit keras sgt sesuai.

Langkah 5
Cuba menggunakan ibu jari tangan untuk menolak bola mata si perogol. Si perogol pasti akan menundukkan wajahnya dan ambil kesempatan itu dengan meletakkan kedua-dua belah tangan disisi muka kiri dan kanan si perogol itu. Cuba gunakan jari jemari itu untuk mencucuk mata si perogol dengan sekuat hati. Ibu jari tangan kiri dan kanan  perlu mengcungkil bahagian hujung mata kiri dan kanan si perogol, si perogol akan terkejut dengan tindakan itu. matanya akan berasa sakit, dan wanita yg menjadi mangsa akan mempunyai peluang yg besar untuk melepaskan diri.

Langkah 6
Jika masih tidak boleh melepaskan diri dari si perogol itu, hanya tinggal satu cara sahaja lagi yg boleh kamu (mangsa) cuba. Mungkin tindakan ini agak kurang waras bunyinya, namun kamu perlu mencubanya bertujuan mencari jalan untuk melepaskan diri. kamu perlu berlakon seolah-seolah kamu ingin melayani si perogol itu dengan baik. Si perogol akan bertindak sedikit baik dengan kamu jika kamu bertindak sedemikian, Apabila ada peluang terus ulangi langkah 1 dan terus melarikan diri.

Langkah 7
Jika kesemua langkah-langkah itu tidak berkesan, mungkin kamu boleh berlakon seolah-olah ingin memberi kerjasama dengan si perogol itu. Si perogol pasti tidak menyangka bahawa mangsanya itu akan bertindak sedemikian. Tindakan ini secara tidak langsung  boleh mengurangkan tenaga atau menjatuhkan salah satu "senjata" si perogol, jadi mudahlah usaha untuk melepaskan diri. Dan yg paling penting ialah BERTENANG, jangan panik, betindak dengan tenang. Tarik nafas dalam-dalam kerana teknik penafasan ini boleh membantu mengurangkan peratusan kejutan yg sedang di alami dan menyalurkan oksigen kepada otak, dengan ini boleh bertindak dan berfikir dengan secara lebih jelas. Fokuskan pada usaha untuk menghilangkan tumpuan si penjahat, agar boleh meloloskan diri darinya.

Awas, kerana adakalanya sesetengah tindakan itu boleh menjadi kan penjahat itu marah dan bertindak lebih ganas, hanya kamu (mangsa) sahaja yg mampu mengawal keganasan si penjahat itu. Sentiasa berpegang dengan matlamat sebenar iaitu menyelamatkan diri dan meneruskan kehidupan dengan baik di masa-masa mendatang.

   Langkah-langkah pengcegahan:
" mencegah lebih baik dari merawat"

1. Pepper spray, sediakan satu di dalam beg, dan kalau boleh rahsiakan tentang kewujudan pepper spray dari kawan-kawan,even bf atau sesiapa saja. biarkan rahsia.

2. Paling penting penampilan, tidak kira dari segi pemakaian dan dari segi sikap.

3. Elakkan berseorangan.

4. kunci rumah

5. Doa banyak2

p/s: Apa-apa pun ini hanya sekadar ikhtiar, moga Allah melindungi hamba-hambanya yg teraniaya.. amin..

mungkin entri ini boleh dikaitkan dengan cerita ini

24 comments:

Jemari MonteL said...

hahahahahaha.... rahsia lelaki dah diketahui..... ermmm tingat kes hampir kena 'rape' dulu, sib baek ade chili spray... perghhh.. takottt....

fyezah hasbullah said...

fuhhh .. aku merasakan semua tips2 ini amat berguna ... langkah 6 paling betul sebb si perogol betul2 tak akan menyangkakannya .. nway yg langkah 4 tuh aku tak ada kasut tinggi .. HAHAHAHAHA .. papepon thanks 4 the info :)

Anis Syaheerah said...

A VERY USEFUL TIPS !!
thanks syafiq . xoxo ;-)

syuhadamdhassan said...

awesome ! such an informative entry. good job..hee :D

TheSyafiq Mokhtar said...

Jemari : Alhamdulillah nasib baik xde pe2.. chilli spray ngan pepper spray same la kot kan? hee

TheSyafiq Mokhtar said...

fyezah : if tumit rendah pun, kalo Allah tu kate jadik, jadik jugak.. tiada yg mustahil :)

TheSyafiq Mokhtar said...

anis : no thanks for wajib... ini perkongsian.. hehe may god blessing you.. :)

TheSyafiq Mokhtar said...

Syuhada : thanks sudi baca..apa2 pun Allah ada dengan kita, malaikat kiri dan kanan juga bersama kita :)

Sharifah Salmah said...

sgt helpful. thanks!

TheSyafiq Mokhtar said...

nevermind salmah.. small metter :)

amny said...

perhhh!!ade plak tips cmnii..

ehheh..thanx sharingg...

bersedia sebelum terkena...

Hidaya Sarbini said...

takutt..mintak dijauhkan, =(

l° ~❤Misz Nadea❤~°l said...

uwaaa :( tak sanggup berdepan..moga dijauhkan

TheSyafiq Mokhtar said...

na'uzubillah.. moga dijauhkan.. ini sekadar langkah beringat.. thanks sudi baca :)

Shaherah said...

hahahha.. shera mmg tak suka jalan sorang2.. alang bangla dok sbelah pun shera dh blah awal2.. macam tak suka.. (mentang2 tak ensem).. hahah >.<"

munirah said...

lagi satu.jangan panic.kalau panic ape pon x jadik..bce je ayat kursi kuat2

nana banaras said...

good info :)
i loikeee ! hehe

TheSyafiq Mokhtar said...

shahera : eh xbaik camtu.. bangla pun orang jugak.. ade pe bangla muke mcm shahrukh khan..haha

TheSyafiq Mokhtar said...

munirah : betul jangan panic..

TheSyafiq Mokhtar said...

nana banaras : thanks.. :)

fasya said...

thanks 4 the info.. sgt bergune =) i follow..

TheSyafiq Mokhtar said...

no thanks for wajib.. sharing is caring :)

hafiz hafizol said...

malas baca ... haha.. nak komen jek.. take care ae syafiq..

TheSyafiq Mokhtar said...

HH ko xpayah bace pun xpe! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...