teman-teman

Friday, April 22, 2011

Santau??

santau ni bukan sahaja dari kalangan melayu..santau ini juga amat kuat di negara lain, di belah sepanyol paling kuat..banyak sumber boleh dapat dari petikan cerita (The Exorcism of Emily Rose) dan juga cerita ideology (Drag me to hell) santau xkan hadir jika manusia sendiri yg lakukan,atas sebab hasad hawa nafsu setan..

aku seorang yg hina dina,yg rendah darjatnya
dan serendah-rendah  makhluk Allah
terasa nak buat entri ni bile terbace kisah ....

seperti nyamuk, musuh kepada nyamuk adalah ubat nyamuk, jika letak ubat nyamuk dalam rumah lama kelamaan dia akan mati atau tidak lagi berani mendekati rumah kita..begitu juga jika.. kita  sering memperbanyakkan memasang ayat suci al-quran didalam rumah..dan sentiasa membaca al-quran..

paling kurang amalkan al-fatihah, bermula dengan membaca al-Fatihah  dan hendaklah "berhenti" lebih lama di setiap ayat yang kelima untuk berdoa kepada Allah supaya menyembuhkan penyakit.  Selepas berdoa pada ayat ke lima hendaklah disambungkan bacaan sehingga selesai pada ayat keenam dan ketujuh.

Ayat kelima bermaksud: “Akan Dikau kami menyembah dan akan Dikaulah juga kami memohon perlindungan/pertolongan (sembuh)”





Ini kategori antara santau, penunggu/ makhluk halus

Pendakwah, Hassan Mahmud Al-Hafiz (ustaz aku waktu aku belajar tahfiz dibangsar
dan juga mudir program imam muda ),
berkata apabila hasad dengki atau iri hati menguasai diri seseorang itu sanggup bertindak di luar batasan termasuk menggunakan ilmu hitam untuk mengenakan mangsa.

Bagaimanapun, katanya jika berpunca daripada makhluk halus, beberapa cara boleh dilakukan dan paling penting mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam yang arif mengenai kejadian seperti itu.

jika berpunca daripada manusia, cara terbaik menghalang ialah membuat pendinding untuk mematahkan serangan itu tetapi jika makhluk halus, dapatkan bantuan mereka yang arif mengenai keadaan ini.


mereka juga boleh lakukan cara sendiri seperti membaca surah disertai air Yasin. Air berkenaan dipercikkan di dinding, pintu dan sekitar rumah. Selain itu, baca atau perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran setiap masa selama sebulan sama ada melalui kaset, cakera padat atau bacaan sendiri,katanya.

Satu lagi cara kata beliau ialah dengan menaburkan campuran garam dan lada hitam disertai cuka di kawasan barang berkenaan terjatuh serta di halaman rumah.

Ambil segenggam garam dan campur bersama lada hitam. Selepas itu taburkan bersama air cuka di kawasan berkenaan dan luar rumah. Bahan ini seperti satu sumpahan kepada makhluk halus, katanya.

Selain itu, Hassan Mahmud berkata, gambar yang tidak elok(poster) patung-patung, tanduk rusa dan sebagainya, sama ada digantung atau diletakkan dalam rumah perlu dibuang kerana ia antara kesukaan makhluk halus.

yang penting, penghuni rumah terbabit banyakkan amalan seperti membaca surah Yasin, melakukan sembahyang hajat selain kuatkan semangat atau berani. Jika mereka lakukan amalan ini, insya-Allah masalah ini dapat dihadapi dengan baik, katanya.

Tambahan : Ada dengar di Malaysia ada kumpulan pengamal perubatan islam yg dikenali sebagai Darul Syifa' (rumah penawar) yg diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Harun Din, khabarnya Asyraf Muslim menimba ilmu disana juga.. Wallah Hu A'lam



4 comments:

nik farina aishah.... :) said...

terima kasih ye bg info menarik ni.. :D

Syafiq Mokhtar said...

cuma dapat berkogsi ape yg mampu je.. terima kasih sudi baca :)

Fyezah Hasbullah said...

WAHHH .. thanks 4 the info .. psal santau menyantau nieh dah bnyk bebeno aku tgok skrg nieh .. wuwuwu .. thanks sekali lagi :)

Syafiq Mokhtar said...

small metter.. tu la dah banyak sgt..na'uzu billah min zalik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...