[sesuai untuk muslim dan yg tertarik pada muslim sahaja dan entri ini untuk kanak-kanak yg menumpang baca di blog abang dan kakaknya sahaja, orang besar xpe dah pandai pakai kopiah]
selepas aku bercadang nak wat Vlog tutor cara permakaian shawl tempoh hari tu xberjaya, aku berubah bidang lain pulak kali ni lebih sesuai untuk orang lelaki..
Haaa.. kepada korang yg ada adik-adik lelaki, bawak datang sini.. aritu abang (abang? haha xleh blah ) ade citer-citer pasal kartun kan?? okeh arini abang nak citer-citer lagi, tapi
dah-dah jangan kutuk, aku ajar kanak-kanak wat bende elok..hahaha
oh ya! ade lagi pesanan untuk adik-adik,
-sebarang penutup kepala atau lebih mudah dikenali sebagai kopiah diiktraf sebagai uruf
(budaya Islam sebagai simbol kemuliaan) jika dibawa ke solat, maka ia lebih terpuji kerana berhias menghadap Allah swt. jika kesekolah adik-adik boleh berpakaian kemas dan bertali leher, dan juga kalo jumpa girlfriend tidak susah untuk bergaya dan berfesyen smart-smart, apa salahnya jika menghadap Allah yang maha tinggi ini kita sama-sama dapat berhias dan berfesyen dengan fesyen yang terpuji ini? kalo xpakai hari2, pakaila time solat je, ala solat 5minit je pun, kalo 5waktu? 25 minit kan? alaa ape la sangat 25 minit dalam 24jam (sehari)
rumusan matematik mudah untuk adik-adik
5minit x 5 waktu = 25 minit
satu hari = 24 jam
24 jam - 25 minit ? kan banyak masa terluang tu?? :)
p/s : orang perempuan boleh buat tutor pakai shawl, laki pun boleh
wat tutor pakai kopiah.. hahaha
* terjumpa satu lagi backlink blog TheSyafiqMokhtar dari page ini.. terima kasih ye support :)
psstt2.. empunya blog tu macho gi la follow die..