teman-teman

Sunday, May 29, 2011

Tak sangka sabar pun ada Limited Editon

Teringin nak tanya survey.. setakat ni berapa ramaikah yang masih memegang kata2 "sabar tu ada limit"? entry kali ni nak share pendapat dengan korang je..nak tengok ade yang setuju atau tidak.. :)

pernah lihat atau alami kejadian seperti ini.?.
"Si Bezita cuba tenangkan kawannya Goku yang sedang marah..
 
Bezita : Goku.. ko jangan terase sangat dengan Majin Buu tu.. die memang macamtu suke menyakat..
 
Goku : Agak2 la bai.. ade ke die kate aku begini dan begitu..boleh kate hari2 dia buat macam tu kat aku.. kalo sekali dua ok lagi..tapi kalo hari2.. sape leh tahan.. sabar tu ada limit..kalo ko(bezita) jadi aku? ko
leh sabar? hari-hari kene ngumpat? boleh tahan?

Bezita : betul jugak cakap ko,sabar tu ade limit..aku pun xboleh sabar.. jom kite bergabung belasah die..dan lenyapkan dia dari muka bumi ini.. harharhar (gelak jahat ala citer hindustan)

[cerite diatas hanya CONTOH]

nampak? "sabar itu ada limit".. barapa ramaikah yang memegang kata-kata itu? bezita yang asalnya nak jadi peacemaker pun terpengaruh dengan kata2 sabar itu ada limit.. seolah-olah sabar itu ibarat satu kotak yg ketandusan ruang? begitu? adakah sabar itu ada kadar had yang telah ditetapkan? atau "sabar ada limit" itu hanya spekulasi dari pengaruh mentality emosi kita..?
 
Jika nak sentuh bab sabar ni tersangatlah complicated kalo dikaji..sebab itulah dalam bab tasawuf sabar adalah tajuk pertama yang tertulis..sabar adalah mainan hati dan akal.. As-sobaru minal iman..
As-sobaru = sabar , minal = dari , iman = iman = Sabar itu separuh dari iman..

dua contoh.. antara "sabar itu ada limit" dengan "sabar dan terus bersabar"..yang mana sering kita dengar? jawapannya kita sendiri dah tau kan.. sabar itu bukan satu pekara yang mudah..betul kata ulama' dan para alim terdahulu....sabar itu adalah syahid yang paling besar..

pernah aku tanya seorang sahabat aku tentang ini..betul katanya, fikiran aku, dia, korang dan kita semua sama, mentality kita sama..jadi apa yang sering kita fikir dan pegangkan ia akan terus kita pegang..kata-kata akan terus memperangaruhi kita.. tidak kira sama ada baik atau buruk..

Jika kita sering rasa diri kita betul..itu yang tak betul.. dengan cara ini melalui entry ini dijadikan sebagai satu anjakan paradigma untuk beranjak dari kata-kata "sabar itu ada limit".. selebihnya? bergantung atas diri kita sendiri..rasa-rasanya mampu tak korang terima?   

biar hidup menang mati syurga.. :)

Life is too short to be vengeful or malicious.

Cuba sabarkan denosor yang mengamuk
 
 

Saturday, May 14, 2011

Hidup Tak Setanding Mimpi

Assalamualaikum..

1stly nak wish thanks kat blogger2 best yang ajak lepak kat mid sekali haritu..
Jejaka Terhangat, Suffer8zine, SYAF, BeautyfulLover & Ilyiasyafira
best lepak borak2 dengan u all..

back to me.
Perghh!! tajuk...hahaha
Dah lama xupdate entri..busynya.. xde masa sgt, ni pun aku update entri dalam keadaan lesu je ni..
baru balik keje..macam ni la keje kat tempat baru..nak merungut pun xbaik..periuk nasik sendiri, lain prefer lain yg dapat..My Home My House Hotel, nie la tempat keje baru aku dekat sri petaling,aku keje 12 jam, bahagian receptionist..12 jam wo..dah 3 hari aku keje aku dah boleh cerita balik bagaimana perjalanan masa kisah baru yang aku tempuh sekarang..

6.00am bangun solat..then sambung tido..
7.30am bangun mandi iron baju,makan biskut lemak cicah kopi/milo..
8.00am siapkan bekal untuk break hari kat tempat keje..
8.30 turun jalan kaki dalam lebih kurang 300 meter ke tempat tunggu bas..
8.40 naik bas ke st.train taman tasik selatan kemudian betolak ke bukit jalil
8.50 dari st. bukit jalil jalil jalan kaki ke tempat keje aku ade la dalam 1km..(depan the store sri petaling)
9.20 sampai tempat keje...(dalam keadaan cungap2)
(perjalanan pulang, bace dari bawah keatas)

Haa macam ni la 3 hari ni yg aku tempuh..susah betul xde transport, moto pulak kat kampung..dapat gaji aku kene pos gak moto aku ke sini.. padahal kalo naik moto,tampat keje aku adela dalam 15-20minit
yg jadi lame ni sebab pusing2 banyak transit,jalan kaki bagai..tu pun bergantung pade bas dengan train..kalo awal ade tu awal la..sib baik bos aku ok,die dah paham dah..ye la patutnye kene masuk keje kul 9.00am..

Baru harini aku dapat nak wat entri sebab xbape penat sgt..nak ikutkan malas jugak, dengan line broadband xbape nak ade ni..kawasan ni celcom xbape laju sgt,banyak keje on9 aku ni terbatas..kat opis pulak

susah betul nak on9..kang bos nampak xmanis pulak..aku gagahkan diri gak update ni..orang lain sebok menternak lemak.. yang aku ni sebok menternak eyebeg

Tapi sekarang ni aku dalam dilema la..xtau nak pilih yg mana, sebab hari pertama aku start keje, ustaz khairul ariff yg jaga rumah anak yatim tu call aku pujuk suh aku jadi tenaga pengajar kat tempat dia (ade
aku cerita dalam entri ni)..aduh..aku baru je start keje, aritu lama aku kat rumah xcall pun..pastu umi pulak call kate ade sorang pakcik ni xtaula nak panggil pakcik ke abang dalam umo lingkungan 40tahun,
mintak tolong aku ajarkan die ngaji quran, sebab dia belum reti mengaji..Alhamdulillah..hati dia terbukak untuk mengaji quran..

Yang jadi probs nye, nape sume ni datang time aku dah mula keje?? time aku lame
kat taiping haritu xde pun ade panggilan2 begini..betul2 buat aku dalam dilema..hukhukhuk..akhirnya bila dah bincang dengan umi aku,dia suh aku keje dulu dalam sebulan,tengok macam mane dulu..tempat keje aku sekarang ni seronok,dengan staff2 yg baik2,bos pun sporting..gaji pun alhamdulillah,insyaAllah boleh hidup senang skit..tapi dalam masa yg sama, aku nak sangat jaga rumah anak yatim, dan nak bantu pakcik tu...aduh..macam mana nak pilih nie..sungguh2 aku dalam dilema.

sekian

gambar xde kene mengena..

Friday, May 6, 2011

Hari Ibu?? Tak adil langsung!

sebenarnya dari mana datangnya yang kononnya kita ada tarikh untuk menyambut hari ibu? sekolah? surat khabar?kalendar?radio? tv?? atau internet?? hari ibu tu xpernah wujud sama sekali. JIKA KITA BENAR-BENAR SAYANG IBU KITA XPERLU TUNGGU HARI ATAU TARIKH..di Yaman tempat aku belajar xpernah aku jumpa masyarakat sana menyambut hari ibu..

pernah aku bagitau ustaz aku disana (yaman),dan dia kata dia pernah dengar akan hal ini (hari ibu) apa yg dia kata kat aku, "bukan hari ini ke hari ibu? semalam pun hari ibu,sebelum-sebelum ini pun hari ibu, esok, lusa dan sampai kita mati pun hari ibu.." pada dia hari-hari adalah hari ibu, setiap hari ok..sebab katanya ibu kita menyayangi atau menjaga  kita bukan bergantung pada hari dan tarikh..tetapi setiap masa..Adilkah bagi pengorbanan seorang ibu itu disambut hanya setahun sekali?? (terdiam aku)

sebagai anak yang baik kita kena sentiasa ingat segala pengorbanan ibu, mintak halal susu badannya yang menjadi makanan dan minuman kita tika kita masih kecil,menyayangi dan sentiasa mendoakan kebahagian ibu..xperlu tunggu tarikh yang "hanya setahun sekali" tu..beri tau ibu kita yg KITA MENYAYANGI IBU SETIAP HARI..

pengorbanan besar ibu yg perlu diingat
-Orang yang mengandung dan mengusung beban kita selama 9bulan 
-Orang yang pertaruhkan nyawa untuk melahirkan kita
-Orang yang mengasuh kita dari kecil.. besar tapak tangan hingga dewasa..
-Orang yang menjaga makan dan minum serta kebersihan kita..
-Orang yang menitiskan airmata tentang kesusahan kita..
-Orang yang gembira dengan kebahgian kita.
-Orang yang mendidik kita
-Orang yang sanggup memenuhi kehendak kita tidak kira masa
-Orang yang sanggup bekorban apa saja untuk kita..

berbaloikah hanya dengan ucapan selamat hari ibu hanya pada satu tarikh??

kat bawah ni ada cerita asal usul hari ibu..agak panjang tapi terpulang nak baca atau tidak..bergantung atas kerajinan..

1stly feedback org yang selalu menjadi penentang mereka akan kata apa yang aku nak share ni mesti "surat berantai"..jika benar surat berantai dari mana pula kita mendapati yang hari ibu ini disambut oleh orang islam??So siapa yg berantai sebenarnya? 

HARI IBU <--- Klik Ini jawapan untuk hari ibu..

Wednesday, May 4, 2011

Asal Usul Lollipop!

haa korang mesti tau lollipop kan? especially gegurl..mmg suke sangat la ngan lollipop ni kan? disamping boleh wat makan, lollipop ni juga boleh wat alat sebagai pose2 depan lensa, orang lelaki jarang la..gegurl kebiasaan..(banyak kali aku pernah terjumpe kat myspace, fesbook, etc. ) tapi aku tak kate la korang tau..yang aku kate gegurl kat negeri omputih tu.. kononnye kalo bergambar ngan lollipop tu tampak lebih comel? ye ke? camne plak kalo lelaki?? cube tgk gambar aku kat bawah ni? comel tak? serius aku pun terase mcm comel pulak... muahahaha tak lawak pun sila abaikan tett!~


entri ni aku bukan nak cite pasal kegunaan lollipop, atau ajar bagaimana cara berposing dengan lollipop, tapi aku nak citer asal usul lollipop, dan bagaimana nama lollipop tu dinamakan.. nak tau tak? bak singgit! hehe ok tak lawak jugak.. begini al-kisahnya...


-Orang yang mencipta lollipop adalah George Smith iaitu pemilik syarikat Bradley Smith. Dia telah memilih nama Lollipop untuk gula-gula ciptaannya itu dari kuda lumba kesayangannya yang bernama Lolly Pop, diulangi..dari nama kuda ok..Kei Yu KU, Di Ey DA.. K.U.D.A.. haa pandai adik-adik..(tepok tangan)


-George Smith kemudiannya telah mendaftarkan nama lollipop pada tahun kuda 1931. Semenjak itu, ia menjadi nama rasmi bagi gula-gula lidi.


-Pada tahun 1908, Wisconsin dari syarikat Confectioners Machinery telah mencipta mesin lollipop yang boleh mengeluarkan sebanyak 40 biji lollipop dalam masa seminit.


-Kemudiannya mesin lollipop yang lebih canggih telah dicipta oleh Samurai Samuel Born iaitu seorang pendatang asing Rusia.


-Pada tahun 1916, San Francisco telah menyerahkan kunci kepada Samuel untuk mencipta mesin Born Sucker. Mesin cipta Samuel ini juga telah mencipta lollipop dengan percikkan coklat dan jem untuk kon aiskrim.


begitu la kisahnya..


sekian.. :)

Tuesday, May 3, 2011

6 bunyi yang tidak manis sering keluar dari mulut

seringkali kita selalu akan mendengar hasil bunyi yang sengaja atau tidak sengaja yg selalu keluar dari mulut kita, malah bukan sahaja kita yang mendengar, tapi kita sendiri juga yg menghasilkan bunyi itu tanpa kita perlu menunding jari kearah-arah individu lain..sebenarnya ada banyak, bergantung pada common sense,keadaan dan situasi yg perlu kita nilai..


AHhh..
selalunya bunyi ini kita guna bila dalam keadaan malas,marah atau mengabaikan sesuatu, dan bunyi ini tidak manis dan tidak baik jika digunakan pada ibu bapa, orang yg lebih tua, guru-guru dan semua la..xkirala sama ada yg kita kenal atau tidak..

barbie..
setelah ditapis bunyi nya lebih kurang macam ni la..perkataan barbie ni mmg xdinafikan..boleh dikatakan hari-hari kita akan dengar..selalu digunakan bila dalam keadaan memaki hamun atau marah, bila bergurau pun mesti selit perkataan ini, inilah haiwan yg paling femes dan sering orang ingat hari-hari,kalo xingat orang xsebutla kan? kan?

shuitt..(bunyi tikus)
bunyi ni paling susah kalo nak digambarkan dengan ejaan, sebab jika nak menghasilkan bunyi ini kena muncungkan mulut dan sedut, maka bunyi itu akan terhasil, bergantung la pada bibir individu,kalo bibir orang tu lagi seksi, lagi kuatla bunyi dia..haha..selalu bunyi ini sering kita dengar di kedai makan atau warung, kegunaannya untuk memanggil pelayan..

hoi! & woi!..
dua bunyi ini kira adik beradik, bunyi ini selalu digunakan untuk memanggil atau menyeru seseorang, tidak manis jika kita menggunakan bunyi hoi dan wei ni, sebab botol kicap pun ada nama..kalo xtau nama pun seeloknya beri la salam,panggil la die encik ke cik, makcik pakcik dan sebagainya...

mencarut..
ini pun kategori bunyi yg selalu jugak kita dengar,selalunya bunyi ini dapat didengar dari seseorang yg tengah excited lebih, marah dan sebagainya..ntahla apa yg seronok sgt, sampai keluar macam-macam, contoh mother nerder! what the nerd!, nerd you! *"nerd" adalah kata ganti*

pegi mampos..
ayat ini kalo di translate dalam sebutan lidah omputih adalah "whatever" tapi..tapi..tapi.. macam lain je kan? kan? kan? padahal semua orang tau yang cakap itu kan doa... :)




sekian..

Monday, May 2, 2011

Sandiwara Mereka..

osama dah mati ke? korang rase korang percaye x?
kononnya osama mati kat pakistan..dan kononnya pakistan pusat 
pengganas..tu sume alasan diorang nak serang pakistan 
pulak..sandiwara sial omputih..jahanam betul..

gambar itu photoshop






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...