teman-teman

Friday, December 30, 2011

Temuduga; "Syafiq cuba selesaikan masaalah seorang makcik ini"

Assalamualaikum..


Saya cuba update entry seringkas mungkin.
Saya nak cerita bagaimana pengalaman saya interview disatu syarikat travel Umrah dan Haji


Bermulanya begini.


Abah : Syafiq, abah nak tanya, selama 3 bulan ni, Syafiq suka dengan tempat kerja syafiq sekarang?
Saya : Alhamdulillah, suka, Syafiq seronok dengan tempat kerja Syafiq sekarang.


Untuk makluman, sebelum ni saya menganggur dalam jangka masa yang agak lama. Dan saya baru bekerja disatu syarikat permotoran bermula dari bulan 10-2011.


Abah : Abah ada hajat, umi pun berhajat, kelmarin Abah ada baca satu iklan, Syarikat umrah haji ni nak pakai mutawwif, Abah dengan umi suka kalau Syafiq cuba. Lagipun benda ni ada kena mengena dengan bidang Syafiq.. abah tak paksa Syafiq berhenti tempat kerja lama, tapi apa salahnya kalau Syafiq mencuba. Dapat tak dapat belakang kira.


Mutawwif = Tugas membimbing jemaah-jemaah umrah atau haji untuk melunaskan rukun-rukun umrah dan haji, disamping menguruskan segala urusan perjalanan.


Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghampir kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”. (Bukhari-Muslim)




Abah : Kalau Syafiq rasa abah macam memaksa, Abah minta maaf, terpulang pada Syafiq, Abah tak paksa pun, Syafiq boleh terus kerja kat tempat syafiq, yang penting kerja halal, tapi mutawwif ni kerjanya mulia, sebab tugas mutawwif ni ibarat kita membawa Tetamu Allah kerumah Allah (Makkah).


Saya : Tak la Abah, Syafiq tak rasa terpaksa pun, Kalau Umi dengan Abah rasa itu yang terbaik, Syafiq cuba, lagipun setiap orang ada keinginan nak ke Makkah, Syafiq pun teringin nak tengok Madinah. Tapi Syafiq rasa macam tak layak jadi mutawwif, Syafiq pun tak tau macam mana nak buat keputusan.


Abah : Kalau Syafiq tak nak pun takpa, jangan anggap tu sebagai bebanan, dan jangan main rasa-rasa, itu perkara yang akan datang, yang penting cuba.. kalau ada rasa nak mencuba, Alhamdulillah, Abah dengan umi redha sangat, itu yang paling kami suka, sebab keinginan mencuba tu ada, tapi apa-apa pun Syafiq apa yang kita buat, paling utama betulkan niat. 


Saya : Baik Abah.


Abah : Ini no telefon Haji. Sulaiman, Kalo rasa nak mencuba, telefon no ni, kalau taknak pun takpa terpulang.. Syafiq berhak buat keputusan, sebab Syafiq dah besar.


Selang 2 hari selepas tu..


Saya : Assalamualaikum.. ini Haji Sulaiman ke?


28 haribulan, iaitu semalam, saya dah pergi tempat temuduga, ramai jugak disana, kebanyakan semuanya yang hebat-hebat terasa macam pergi audition Imam Muda, ada yang pangkat pakcik-pakcik, abang-abang, ada antara mereka yang berjubah, berkopiah, berbaju melayu, saya? pakai jeans dengan kemeja soda rambut pacak je.. rasa diri ni kerdil sangat, dengan bayangan muka umi dan abah saya bawak bekal sebagai kekuatan, sempat jugak berkenalan dengan beberapa orang disana, rata-ratanya semuanya Ustaz-ustaz dari sekolah agama, paling ramai lulusan dari Al-Azhar Mesir.


Sebelum temuduga semua yang hadir diberi sedikit taklimat.


Bermula jam 11 pagi, setiap nama dipanggil, waktu tu agak gemuruh la jugak, tipu laa kalau kata tak takut kan, memang agak lama jugak perjalanan temuduga tu, sampai masuk waktu zohor, kami solat berjemaah diruang pejabat paling atas, agak besar jugak pejabat ni, siap tersedia ruangan solat seperti surau..


Diringkas kan cerita, pada jam 3.40petang nama Saya dipanggil. Saya istighfar 3 kali baca doa sikit-sikit dan melangkah masuk sambil membawak beg converse yang saya beli dari danau, yang  sememangnya sentiasa dalam dakapan, maklumlah dokumentari banyak dalam tu.. :P


Ada 3 wajah disitu. Dan salah seorangnya Haji Sulaiman. Haji Sulaiman memulakan perbualan dengan berbahasa arab, jadi barulah saya faham interview berbentuk dalam bahasa arab.


Setelah selesai perbualan, saya berasa lega, jangkaan saya sudah selesai, rupanya belum habis lagi, kata Haji ada satu permasaalahan yang dia mintak saya selesaikan mengenai hukum fiqh dalam mengerjakan umrah.


Dalam hati saya " ahh sudahh.. apa pun tak study ni "


Haji Sulaiman : Syafiq cuba selesaikan masaalah ni "Seorang makcik, yang sedang tawaf, seperti sedia maklum tawaf yang sah adalah 7 pusingan, tetapi didalam pusingan yang ke5 makcik itu terkeluar darah haid" jadi apa pandangan Syafiq dan bagaimana nak selesaikan masaalah ni.


(terdiam sekejap)


sebenarnya saya cuba untuk mengingati balik bab umrah dan haji yang pernah saya belajar dulu..


Syafiq : Jika saya salah, saya harap tuan sila betulkan ya, pandangan saya mengenai masaalah tadi mengingatkan saya tentang kisah Saidatuna Aisyah yang menangis ketika ingin menunaikan ibadah Haji, Sepertimana Rasulullah memujuk Saidatuna Aisyah yang sedang menangis, kata Rasulullah sesungguhnya haid ini sudah ditentukan oleh Allah untuk kaum Hawa, maka tunaikanlah segala rukun haji yang boleh, seperti biasa kecuali tawaf. 

Berbalik pada masaalah makcik tadi, jika darah haidnya keluar ketika dipusingan ke5 maka pengerjaan tawaf makcik itu tidak sah tawafnya, tetapi tidak batal umrahnya. Jadi umrah makcik itu tergantung di rukun umrah yang ketiga, iaitu tawaf, penyelesaian masaalah makcik itu, makcik tu perlu tunggu sehingga haidnya kering dan mengangkat hadas besar seperti biasa dan terus sambung semula, bermula dari tawaf dengan dimulakan dengan pusingan yang pertama balik. Menurut tuan bagaimana?

Haji Sulaiman : Okey Syafiq, nanti selepas selesai temuduga nanti kita akan adakan kursus disini selama 15 hari, Bermula dari 2 January jadi Syafiq tunggu je, jika ada panggilan dari kami maknanya Syafiq akan terpilih jadi mutawwif. Di dalam kursus itu segala permasaalahan akan kami ajar lebih terperinci.

Akhirnya selesai temuduga, tapi agak tergantung jugak keputusannya, saya pun kurang pasti adakah itu jawapan yang mereka harapkan atau mungkin tidak. Yang pasti tunggu sahaja panggilan telefon dari pihak mereka.. Saya harap kawan-kawan dan pembaca-pembaca semua dapat doakan saya semoga berjaya.. 

Apa pun Alhamdulillah, sekurang-sekurangnya apa yang Abah harapkan dari saya terlaksana jugak.. iaitu MENCUBA.. :)

sekian..

Tuesday, December 27, 2011

THE BEST REPLY TO A NON MUSLIM REGARDING CHRISTMAS WISHES !!!

David: Morning.. what a great day..
Muslim: Morning.. so, hows ur Christmas?
David: Great.. will be enjoying very soon...
Muslim: Good..
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
David: But why?
Muslim: Seems like we can't stop u to drink liquor, but we can't drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: Can you confess our confession of faith? (shahadah)?
David: No!..Cannot!.. It will effect my faith..
Muslim: But why? just a word..:) say it.. :)
David: Now i understand :)

Wednesday, December 14, 2011

jariku digigit buaya

Dilarang baca jika lemah semangat
Pada suatu petang, sedang aku menjahit diatas meja, bukan aku duduk diatas meja, aku ditepi meja tangan yang menjahit saja diatas meja.. tiba-tiba.. Ngap!!
Terkejut aku bila melihat seekor denosor sedang mengigit tanganku, eh denosor ke? mustahil dizaman moden begini ada denosor. Denosor kan dah pupus? mana wujud.


Setelah aku amati dan kuhayati, sebenarnya bukan denosor, tetapi yang sebenarnya adalah seekor buaya..


Dalam keadaan yang agak panik aku meminta pertolongan Spiderman, tidak lama kemudian spiderman yang baru pulang dari kelas belajar menyelam di Pusat Penyelam Kemas (PPK) datang cuba selamatkan aku. Buaya yang berang memanggil gengnya.


Indah khabar dari rupa, sebenarnya Spiderman tidaklah sehebat mana, buaya-buaya itu berhasil menewaskan Spiderman, akhirnya spiderman dikunyah ditempat kejadian..


Tidak lama selepas itu Smurf datang tepat pada waktunya, dalam sekelip mata Smurf berjaya mengalahkan kedua-dua ekor buaya itu dengan menggunakan jurus maut yang dipelajari dari Pendekar laut iaitu "jentikan maut pipi naga tanpa henti."


Tetapi malangnya, Smurf yang hanya sempat berbangga selama 2 minit itu menemui ajalnya setelah berlaku kemalangan jiwa didapati sebuah helikopter yang kehabisan minyak terhempas tepat kearah Smurf, dan mangsa mati serta merta ditempat kejadian.


Ultraman dan Mr bean yang menunggang rusa.. rusa ke tu? baru pulang dari picnic datang ditempat kejadian mereka datang untuk siasat perkara apa yang sebenarnya berlaku..


Setelah selesai siasat dan akhirnya mereka dah tau tentang akan perkara yang sebenar mereka pun terus berlalu pergi tanpa banyak kata.




by the way thanks Danish (anak buah aku) sebab bagi uncle pinjam mainan Danish.. eemmuuahh! 


sekian.. :P

Sunday, December 11, 2011

Perempuan disakiti kenapa?

Assalamualaikum..


Sebelum ni rasanya pernah saya update entry pasal kejadian yang sebegini apa yang berlaku betul-betul didepan mata saya. Kali ini saya rasa terpanggil lagi bila saya terbaca pulak dari artikel mana entah, yang saya jumpa dari facebook seorang hamba Allah yang jadi mangsa culik sekumpulan lelaki, ini bukan berlaku di Malaysia, tetapi di Jepun, apa yang berlaku keatas dirinya yang amat dahsyat dan saya tak mampu nak terima. Saya sendiri rasa macam nak mengalir airmata bila terbaca pengalaman dia dari mula sampai habis.


Sebenarnya sampai sekarang saya masih kurang jelas kenapa masih berlaku perkara-perkara seperti ini, adakah disebabkan masa? Apa putaran masa menghakis sifat-sifat nilai murni manusia? jadi adakah kita akan terus salahkan masa? sedangkan bagi orang yang beriman mereka sangat menghargai masa? atau mungkin ini salah nafsu? syaitan atau akal?


Biarlah kesekian kalinya saya memperingati perkara yang sama yang saya dah taip pada 10 bulan yang lalu, bagi memperingati diri sendiri dan sekaumku, ingatlah, jangan kita lupa.. 



-Orang yang mengandung dan mengusung beban kita selama 9bln itu, ibu kita..
-Orang yang pertaruhkan nyawa untuk melahirkan kita itu, ibu kita..
-Orang yang mengasuh kita dari kecil hingga besar itu, ibu kita..
-Orang yang menjaga makan dan minum kita itu, ibu kita..
-Orang yang menitiskan airmata tentang kesusahan kita tu ibu kita..
-Orang yang gembira dengan kebahgian kita itu ibu kita..
-Orang yang mendidik kita itu adalah ibu kita..
-Orang yang sanggup bekorban apasaja untuk kita itu adalah ibu kita..


Jadi janganlah atas sebab nafsu amarah kita, kita sanggup menyakiti orang yang sekaum dengan ibu kita, iaitu kaum perempuan. 


Entry ini bukan diskriminasi antara lelaki dan perempuan, tetapi tentang kemanusian dan kesedaran terutama untuk diri saya sendiri. Kita manusia memang mudah terbabas dan terdorong dengan tindakan gila bila di control oleh nafsu.



kaum perempuan dijadikan dari rusuk kaum lelaki memerlukan kaum lelaki untuk memperkukuhkan mereka, jadi perlindungan dan penjagaan yang baik patut kita(kaum lelaki) beri. Dan biarkan  mereka berasa didalam keaadaan selamat dan bukannya kesakitan atau ketakutan.


Fahri and Aisha scene ayat-ayat cinta
Dunia ini rotate, mungkin kita ada adik beradik perempuan, dan mungkin suatu hari nanti kita bakal ada anak perempuan. Dan semestinya kita tidak mahu tuhan balas pada kita,dan kena pada mereka kan. So control diri dan jangan buat dekat orang ya.. 


Semoga Allah sentiasa lembutkan hati kita. Amin..


sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...