teman-teman

Thursday, April 28, 2011

VLOG dari aku : Tutorial Penutup Kepala

Assalamualaikum..

[sesuai untuk muslim dan yg tertarik pada muslim sahaja dan entri  ini untuk kanak-kanak yg menumpang baca di blog abang dan kakaknya sahaja, orang besar xpe dah pandai pakai kopiah]

selepas aku bercadang nak wat Vlog tutor cara permakaian shawl tempoh hari tu xberjaya, aku berubah bidang lain pulak kali ni lebih sesuai untuk orang lelaki..

Haaa.. kepada korang yg ada adik-adik lelaki, bawak datang sini.. aritu abang (abang? haha xleh blah ) ade citer-citer pasal kartun kan?? okeh arini abang nak citer-citer lagi, tapi movie citer "berbentuk video" nak ajar cara-cara pakai kopiah, meh sini tengok video abang kat bawah ni meh! sila bawak gula, garam, tepung ,bawang putih kofiah sekali!

dah-dah jangan kutuk, aku ajar kanak-kanak wat bende elok..hahaha

oh ya! ade lagi pesanan untuk adik-adik,
-sebarang penutup kepala atau lebih mudah dikenali sebagai kopiah diiktraf sebagai uruf
(budaya Islam sebagai simbol kemuliaan) jika dibawa ke solat, maka ia lebih terpuji kerana berhias menghadap Allah swt. jika kesekolah adik-adik boleh berpakaian kemas dan bertali leher, dan juga kalo jumpa girlfriend tidak susah untuk bergaya dan berfesyen smart-smart, apa salahnya jika menghadap Allah yang maha tinggi ini kita sama-sama dapat berhias dan berfesyen dengan fesyen yang terpuji ini? kalo xpakai hari2, pakaila time solat je, ala solat 5minit je pun, kalo 5waktu? 25 minit kan? alaa ape la sangat 25 minit dalam 24jam  (sehari)


rumusan matematik mudah untuk adik-adik


5minit x 5 waktu = 25 minit
satu hari = 24 jam


24 jam - 25 minit ? kan banyak masa terluang tu?? :)

p/s : orang perempuan boleh buat tutor pakai shawl, laki pun boleh
wat tutor pakai kopiah.. hahaha

* terjumpa satu lagi backlink blog TheSyafiqMokhtar dari page ini.. terima kasih ye support :)
psstt2.. empunya blog tu macho gi la follow die..

Wednesday, April 27, 2011

TUTORIAL lilit shawl (aku lelaki pertama DALAM DUNIA yg buat)

selalu kalo aku tengok tutorial permakaian lilitan shawl mahu pun hijab.. mesti terdiri dari golongan prempuan..xpernah tengok lagi Vlog yang orang lelaki buat,mesti korang pun same kan? xpernah tengok orang lelaki buat kan? jadi lepas difikir dirombak dan ditimbang berat balik ape yg bersarang dihotak aku ni..aku bercadang nak jadi lelaki pertama yg wat tutor permakaian shawl kali ini.. tapi biase la.. kadang-kadang jiwa kita yg digelar manusia ni susah nak tetap, termasuk aku..bukan ape, aku dah jadi macam putus asa je nak wat vlog bile aku dok lilit-lilit shawl, last-last jadi mcm nie..

kensel wat vlog! huhh!
Kesimpulannye lelaki memang xboleh ajar pakai shawl!
edit post* ok ahirnya aku berjaya dah :D ini dia
[terkejut dapat backlink dari blogger yg listkan blog aku, thankiyu kat budak ni]

soundtrack sinetron

Kejora dan Bintang sinetron yang menjadi tontonan harian sudah hampir ke penghujung,
kemuncak sinetron ini dijangka habis pada 4 may ni, sebenarnya aku xtengok sangat citer ni,
lepas ramai orang kate muka aku macam erlangga, terus la aku tengok skit-skit..hahaha
sinetron yg bakal menyusul selepas Kejora dan Bintang ini bertajuk "Cinta Melody"
mungkin aku dah xtengok kot, aku xlayan sinetron2 nih..haha
jom layan soundtrack sinetron terbaru ni, lepas ni jarang lah layan lagu rindu setengah mati..
layan lagu ni pulak..  Aishiteru Zivilia



Tuesday, April 26, 2011

senarai kartun yang sangat merbahaya!!

"sebelum ape-ape nak ucap thanks dekat seorang follower yg  menghargai blog ini dan siap buat entri khas tu, nak tau sape? ini dia"

Assalamualaikum..
Tajuk entri kali ini tentang kartun, sebut je kartun sume orang tau..semua orang tau yang kartun ni selalunya ditonton oleh kanak-kanak, dan kartun ini sangat sinonim untuk life kanak-kanak.. tanpa kartun sape lah kanak-kanak? takkan kartun hilang didunia. bagai kartun dengan tebing.. 
hahaha ape? tak lawak?? ok fine! skip! 


bagi pada sesiapa yg dah ada anak, atau pada u'all yang ada adik-adik, boleh la bawak diorang dok sini baca sama-sama.. 
ni abang TheSyafiqMokhtar ada nasihat sikit nak bagitau bahawa yang kartun ni ada jugak perkara-perkara yg tak senonoh dan juga perlu diambil tahu.. haha dan-dan je abang! 
sila ambik tahu ye sebelum terpengaruh..

CINDERELLA
Mesti ramai kan yang tau kartun ni? adik-adik jangan ikut tau perangai kakak cinderella ni, sebab die ni balik rumah lewat malam,anak dara tak elok balik tengah-tengah malam buta, pastu bila dah lambat nak balik baru la kelam kabut nak lari sampai tertanggal kasut..nampak sangat gelojoh dan tak senonoh kan?


TARZAN
Ni sekor sorang lagi, Tarzan ni memang banyak sangat masaalah dia ni..selain dari selalu dok panjat ngan bergayut kat pokok,si Tarzan ni dari dulu sampai sekarang asyik dok separuh bogel je, tak reti-reti nak pakai baju, abis nampak aurat semua, dah tu dalam hutan tak pakai seliper,kang terpijak paku, kaca or objek-objek tajam mula la nak salahkan orang lain, adik-adik sume jangan jadi macam Tarzan tau, kena rajin pakai seliper kalo keluar rumah,takut masuk dek cacing kang susah nak tido, dan yang paling buruk perangai Tarzan ni suke sangat menjerit melalak kat dalam hutan..pastu bersembang dengan gajah, semut, beruk, kuda,tapir, itik, tenuk dan juga penguin, nampak sangat la dia ni takde keje.


PINOCCHIO
Keje dok menipu je, kononnye kalo menipu hidung boleh mancung, kepala hotak die.. sori ye adik-adik abang ter'emo pulak,haha.. yela menipu ni tak baik, orang paling pantang dalam dunia sekarang ni adalah menipu,so jadi orang yg jujur tau macam abang


ALADDIN
Ha dia ni dengan robin hood lebih kurang la, dok jadi penyamun, huduh betul perangai, harap muka je hensem, Aladddin ni memang tak boleh harap, sebab dia ni cuma pandai gosok teko je,tapi kalo suruh basuh pinggan mangkuk gelas semua dia tak reti, paling teruk dia ni dok berkawan dengan jin, dah takde kawan gamaknye..


                                                                                    BATMAN

Ni mangkuk sorang ni bawak keter laju-laju, tak pikir keselamatan diri,kalo eksiden patah sana sini kang susah kene simen, pastu suke sangat lepak atas bangunan tinggi-tinggi..adik-adik jangan tiru gaya mamat hitam bertanduk ni tau..xde faedah!


SLEEPING BEAUTY
Ni anak dara paling mengade-ngade, malas nak mampos, keje die dok bedengkor, pastu nak kene tunggu putera raja datang cium baru la terhegeh-hegeh nak bangun..banyak cantik muke die.


SNOW WHITE
Adik-adik kenal akak snow white tak?? cantik tak die? ptuii! cantik tapi perangai tak elok wat ape.. akak snow white ni la paling tak senonoh kalo adik-adik nak tau, sebab dia ni pompuan yg tak tau malu, ade ke patut anak dara macam dia ni boleh duduk serumah dengan 7 orang lelaki bukan muhrim..tak kira la walopun orang lelaki tu orang kerdil.. kalo jadi ape-ape mule la nak salahkan orang lelaki.. heish tak kuase!~


GOKU "DRAGONBALL"
Haa ni adik-adik yg suke tgk tv2 mesti kenal, ala selalu kalo iklan je keluar iklan apollo tu..goku ni takde la teruk mane, tapi cume dari segi penampilan die tu tak berape elok sangat..cube tengok rambut die, dah macam budak-budak nakal,atau budak punk, adik-adik jangan dok gatal wat rambut macam die, pergi sikat elok-elok rambut tu jangan lupe pakai tencho sekali biar berkilat dan berkilau,baru la kalo pergi sekolah pun cikgu sayang.


HULK
Adik-adik jangan ikut perangai mangkuk ni tau, dia ni panas baran, tak de sifat sabar langsung dalam diri die, die tak tau ke sabar itu separuh dari iman? bile naik marah sikit je terus hijau, kene kacau sikit hijau, kene gigit nyamuk pun hijau! sampai koyak rabak baju die,kalo baju dia murah takpe, baju dia semua jenama mahal-mahal kot, soda, topman, KEY ng, Zara, kiko, kiki lala etc.. kalo asyik koyak je hari-hari..lama-kama tak sejuta helai?? heish tak paham betoi! adik-adik jangan jadi macam dia k,jangan panas baran macam si Hulk ni, kang kalo adik-adik pergi kedai runcit dengan mak ayah pastu mintak mak or ayah suh beli choki-choki then diorang tak nak beli, jangan jadi hijau pulak, kang tak pasal-pasal habis kedai runcit tu jahanam. biar muka legend tapi hati kiut



SUPERMAN
Ni ayat yg paling sesuai untuk dia "takde sivik punye orang! budaya kita wajah kita tau" abang tak tau la nak cite camne..adik-adik tengok je la seluar kecik warne merah tu, dia pakai kat mane..nasib baikla superman ni lelaki..kalo pompuan?? tak ke bra pun die pakai kat lua? name je gempak.. superman tapi stupid


LITTLE MERMAID
Ni pun abang rasa tak payah citer.. tengok je kat gambar tu, nampak? tak payah uji akal, tengok muke pun tau..bodoh.. akak duyung ni memang sangat selenge sebab kulit kerang pun jadi..ape ke bangangnye awak ni..


BEAUTY AND THESYAFIQ BEAST
Akak baju kuning atas ni dah kemaruk sangat nak bercinta, kalo nak cari jodoh tu biar lah yang berjenis sikit,carilah yang ada rupa orang, ni nak kate rupa orang ke tenuk? wahai adik-adikku yang manis kalo nak cari jodoh, cari yang elok-elok tau..maksud abang cari manusia wat pasangan hidup, ape?? yang atas ni?? ini bukan manusia ini raksasa..dah jangan ikut perangai akak baju kuning tu.


MASKED RIDER

Ni tak payah citer la..bawak motor macam pelesit..diorang ni wat group geng-geng bermotor atau lebih dikenali sebagai masked rider atau dalam sebutan lidah melayu mat rempit.. eewwww!  (bahasew wrempit) pergh macam anwar hadi pulak raseW nyewW..ahh apeW-apew jewW larhH


DORAEMON
Dia ni abang tak reti nak cakap apa, nak kata bodoh, takdela bodoh sangat, yang jadi masaalahnye, doremon ni tak reti simpan barang-barang.. semua benda dia nak sumbat dalam poket dia..pintu pun dia simpan dalam poket! harap kepala je besar otak pun besar, besar biskut..

sekian.

sebenarnya banyak lagi, tapi abang dah tak larat dah nak letak banyak-banyak..kepada adik-adik comel semua jangan dok tengok kartun sangat tau..rajin-rajin baca buku sama ye.. nanti abang citer-citer lagi tau.. tata!~

ini laa kartun yang terbaik pernah ada!!
TheSyafiqMokhtar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...