Terlebih dahulu saya nak ucap terima kasih dekat Aftab (tokey kedai komputer dekat lowyat), sebab dah baiki laptop saya dengan harga yang murah, kedai lain mintak 7 hingga 800, tapi dengan Aftab cuma rm200.. semoga murah rezeki ya Aftab.
Berbalik pada tajuk, pernah tak diantara kita mengalami situasi seperti tajuk diatas? saya ada seorang sahabat yang mengalami situasi atau juga peristiwa seperti diatas. Sahabat saya si A itu sedang mengalami kesedihan, bila ditanya mengapa? "aku dan si B sudah tidak berkawan" jawab sahabat saya si A.
Aku bertanya lagi, "kenapa?" Si A menjawab kawan aku si B kata padaku "awak terlalu baik, saya malu atau tidak layak atau tidak sesuai berkawan dengan awak. itu antara kata-kata sahabat saya si A.
Kenapa perkara seperti ini berlaku? Saya juga hairan kenapa baik dan jahat itu dijadikan satu landasan untuk perkara yang disebut silaturrahim, adakah kita tidak percaya bahawa didunia ini Allah sudah mencipta kita sebagai sebaik-sebaik makhluk?
Diantara kita, manusia ini tidak sempurna, kita saling memerlukan antara satu sama lain, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dunia ini rotate, adakala kita diperlukan orang lain, adakala kita memerlukan orang lain. Apa salahnya jika yang jahat itu kita tidak membenci, tetapi membantu dengan memberi nasihat dan doa, begitu juga yang baik, kita jadi kan role model atau mendekati dengan mempelajari apa-apa yang berfaedah darinya.
Sebenarnya sikap menjauhi itu tidak baik. Walaupun dalam Islam ada menghalalkan Uzlah (mengasingkan diri), tetapi uzlah juga ada term and conditionnya. Antaranya menurut Ahli sunnah wajamaah uzlah ditegah tetapi tidak haram.
suka la budak ni.. comel kan?? ^_^ |
Jadi apa yang cuba saya sampaikan melalui entry sederhana ini, janganlah kita bandingkan diri kita dengan orang lain kerana soal baik atau jahat itu subjektif. Takkanlah kita dapat membezakan keseronokan makan durian di antara kita dengan mat saleh.
Tetapi buatlah perbandingan keluhan kita terhadap hidup dengan haiwan yang tidak pernah mengeluh dengan apa yang dihidangkan bahkan sentiasa bersyukur dan menerima seadanya. Saya harap orang diluar sana rasa tidak terlalu kasar saya katakan mungkin kita patut malu dengan haiwan jika dikira saiz iman mereka dengan kita yang bernama manusia.
Semoga hari ini kita boleh melihat sedalam mana iman yang kita laungkan, sama ada ia hanya sekadar di bibir, di minda atau begitu dalam hingga mencecah rasa. Semoga kata-kata ini dapat memberi kesan atau impak dalam hidup kita.. "OH TUHAN yang sentiasa kucinta... Oh Tuhan yang terlalu kurindu... tanpa cinta-MU aku mati, tanpa rindu-MU aku tidak pasti... dan terima kasih di-atas hadiah semua yang ada disekelilingku... Saudara-saudaraku, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan semua seisi bumi.. Terima kasih Allah..
17 comments:
betul3.. tapi kadang2 kita sahaja yang tahu siapa diri kita sebenarnya.. tapi jangan jadikan ia sebgai satu halangan.. :) nice entry..
Nice entry,I heart it :)
:angguk selalu jugak kena camni. tapi orang tak nak berkawan dah, tak dapat la nak menolong. T-T
kawan tu anugerah Allah s.w.t kan :)
kita kena terima setiap orang menjadi kawan...
for me ,kalau kawan xkesah die mcm mne skali pon yg penting dri sndri ..
tapi kalau kawan dgn penjual minyak wangi kte dpt wangi kalau kwn dgn org jual arak sikit byk kte bau arak jugak so ? pandai2 la pilih kawan ..semua er sama je ..better kwn dgn yg lebih bagus utk memajukan diri :)
hrrmm..nice opinion!!!i like it the best..nak berkawan tak boleh lah ikut traf,hati budi or etc..yg mesti,sikap baik kawan tuh kita wajar contohi...tapi,kalo dia perangai buruk tuh jangan diikutkan sgt perangai di TUH...sebaik2nya nasihat menasihati,,tul x?
Assalamualaikum TSM.
Lama tak nak nampak dia update.Manusia berubah itu yang pasti.Bila mereka berubah ia akan memberi kesan kepada persekitaran kita.Jadi apa yang terbaik ialah menerima perubahan mereka sebaiknya.Andai kata mula tidak serasi anggap sahaja persahabatan kita dengan mereka hanya sementara.Jodoh,pertemuan itu ditangan Allah bukan.
Teringat kata-kata wardina bila kita nak berubah jadi baik Insha Allah,Allah akan hantar orang yang baik-baik kepada kita.Okay TSM.Nice entrilah.Cuma sekarang masing-masing dah jarang updatekan.May Allah bless. =)
nice one :)
tersentuh siott :/
nice one wey..gua sukee :)
kawan memenatkan .
kawan buat aku kecewa .
kawan buat aku hilang percaya .
Bersahabtlah dengan seseorang bukan kerana dzat(sifat) sahabat kita tersebut...
Bersahabatlah dengan seseorang tanpa mengharapkan apa2 balasan..
Bersahabtlah dengan seseorang dengan ikhlas..
dan,
Belajarlah bersahabat kerana Allah,InsyAllah membawa ke syurga.. ^^
sahabat bertemu dan berpisah semata-mata kerana allah,ittu yang terbaik.
Sahabat...adalah sahabat.
Tak perlu jadikan kebaikan atau keburukan seseorang sebagai penghalang persahabatan.
Tapi, jika bersahabat dgn org yg mempunyai keburukan, pandai-pandaila jaga diri, agar tidak terpengaruh.
Kalaw bersahabat dgn org yg mempunyai kebaikan, pandai-pandaila contohi kebaikan yg ada.
At the end, kita semua hanyalah manusia biasa, hamba Allah yang berpijak di bumi dan menjunjung langit yg sama. ^_^
nak kenal dgn Aftab,
sok2.. lappy rosak kene rm200 je ..ngeee...
baik ke tak baik, bukan hina di mata manusia yg patut kita gusarkan
kat mata yang Esa tu lagi penting..
Berkawan tu biarlah iklhas.. Namun, sedalam manakah keikhlasan kita dalam memilih kawan itu yang patut diutamakan dulu..
Susah sebenarnya nak pilih atau cari kawan yang benar2 ikhlas.. Kebanyakannya berkehendakkan balasan walaupun sedikit.. Allahu Akbar...
wahh nice entry bro..hehe:)
Post a Comment