teman-teman

Tuesday, October 25, 2011

kita tidak sendirian..

Bismillahhirrahmanirrohim..

Sedar tak sebenarnya kita sangat disayangi oleh yang maha esa, Dia sayang kepada kita. Dia tidak membiarkan kita hidup sendirian. Dia jadikan kita hidup dalam lingkungan ibu bapa dan keluarga, jiran jiran, kawan-kawan serta masyarakat sekeliling. Dia menyuruh kita sayang-menyayangi antara satu sama lain. Apabila kita saling berbuat baik antara satu sama lain, hidup kita menjadi lebih bahagia dan Allah memberi kita pahala.


Dia telah menciptakan langit dan bumi untuk kita. Di langit, Dia hiaskan dengan bulan, bintang-bintang dan matahari. Di laut, Dia menyediakan ikan-ikan dan makanan laut lain tuntuk kita. Di darat pula, Dia sediakan begitu banyak haiwan yang kita jadikan sebagai makanan dan tunggangan. Bukan sekadar di langit, bumi, darat dan laut.. Malah, hatta di perut bumi juga Dia menyediakan keperluan kita iaitu hasil galian sebagai bahan janakuasa bagi menceriakan lagi hidup kita di dunia. Cuma bergantung kepada kita berfikir dan berusaha mencari rezeki.

Semua perkara yang Dia ciptakan disekeliling kita itu sungguh bermakna. Kadang kala kita hanya dapat menghargai sebahagian sahaja apabila kita sudah tidak dapat merasainya lagi. Apabila demam kita hilang selera. Rasa semua lauk-pauk yang kita gemari semasa sihat sudah tidak sama lagi. Pada masa itu, baru kita rasa besarnya nikmat 'selera' yang Dia berikan kepada kita. Makanan yang begitu lazat tidak memberi sebarang makna kepada kita apabila selera hilang. Tanpa selera, lazat ataupun tidak lazat bagaikan sama sahaja rasanya.

Sebagai hambaNya yang baik, kita malu apabila tidak taat kepadaNya yang memberi pelbagai nikmat kepada kita. Sebagai hambaNya yang baik, kita berjanji menggunakan perkara yang Dia berikan kepada kita dengan cara yang paling baik, tidak jemu mengerjakan perintahNya dan bersyukur selalu kepadaNya.

Jangan fikir dengan apa yang tidak kita miliki sekarang, cuba fikir dengan apa yang ada dengan kita sekarang.

Saya? apa yang saya ada? walaupun dah semakin kurus semenjak merantau ni, saya tetap bersyukur yang saya masih mampu bernafas dan menikmati drama korea seperti biasa.  hehe Alhamdulillah

Nasik tambah : Sebut pasal drama korea, sekarang saya suka tengok drama korea, dulu saya selalu bahan orang yang suka tengok drama korea, akhirnya saya sendiri pulak yang suka tengok. Bestnya cerita My Fair lady. sweet kot.. senyum sambil pejam mata macam ni (^_^)

#jom dengar lagu ni i love you

haha.

sekian ya!

12 comments:

Mila Ahmad said...

bersyukurlah dgn apa yang ada
saya pun dah berminat cerita korea ngeee....

Warna Warni Kehidupan said...

sweet kan drama korea ni :)

si macho said...

da kurus ke ? ngehhh kite da gumuk . wakakakakka :D :P

cintatulip said...

sapik.. tngok secret garden.. best gila!

Nurulee said...

Lesson of the day: Kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. :)

P/S: abes tgk MyFairLady, try tgk PersonalTaste. Best jugak!
Comedy romantis :D
Sweeet :")

suha said...

sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.

cerita korea memang best. try tengok Heartstring. :)

SYAF said...

SesunGGuhnYa KesyukuRan itu TerLAlu Besar MakNanYa....

cintatulip said...

Yup2... Nurulee.. Personal taste best jugak!!!!! Hehe happy ending

Red said...

tenang pulak aku baca entry ni :)

mOoN said...

sebak baca artikel ni... thanks sharing sapik...

CintaKhadijah said...

"jgn fikir dgn apa yg kita miliki sekarang, cuba fikir dgn apa yg ada dgn kita."
cintakhadijah likes dis! ^^,

jom tgk secret garden.. best! :)

rainyscream said...

syukur dengan apa yang kita ada, sebab bila-bila masa je nikmat tu akan ditarik semula. heee XD

korea drama best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...