teman-teman

Sunday, December 11, 2011

Perempuan disakiti kenapa?

Assalamualaikum..


Sebelum ni rasanya pernah saya update entry pasal kejadian yang sebegini apa yang berlaku betul-betul didepan mata saya. Kali ini saya rasa terpanggil lagi bila saya terbaca pulak dari artikel mana entah, yang saya jumpa dari facebook seorang hamba Allah yang jadi mangsa culik sekumpulan lelaki, ini bukan berlaku di Malaysia, tetapi di Jepun, apa yang berlaku keatas dirinya yang amat dahsyat dan saya tak mampu nak terima. Saya sendiri rasa macam nak mengalir airmata bila terbaca pengalaman dia dari mula sampai habis.


Sebenarnya sampai sekarang saya masih kurang jelas kenapa masih berlaku perkara-perkara seperti ini, adakah disebabkan masa? Apa putaran masa menghakis sifat-sifat nilai murni manusia? jadi adakah kita akan terus salahkan masa? sedangkan bagi orang yang beriman mereka sangat menghargai masa? atau mungkin ini salah nafsu? syaitan atau akal?


Biarlah kesekian kalinya saya memperingati perkara yang sama yang saya dah taip pada 10 bulan yang lalu, bagi memperingati diri sendiri dan sekaumku, ingatlah, jangan kita lupa.. 



-Orang yang mengandung dan mengusung beban kita selama 9bln itu, ibu kita..
-Orang yang pertaruhkan nyawa untuk melahirkan kita itu, ibu kita..
-Orang yang mengasuh kita dari kecil hingga besar itu, ibu kita..
-Orang yang menjaga makan dan minum kita itu, ibu kita..
-Orang yang menitiskan airmata tentang kesusahan kita tu ibu kita..
-Orang yang gembira dengan kebahgian kita itu ibu kita..
-Orang yang mendidik kita itu adalah ibu kita..
-Orang yang sanggup bekorban apasaja untuk kita itu adalah ibu kita..


Jadi janganlah atas sebab nafsu amarah kita, kita sanggup menyakiti orang yang sekaum dengan ibu kita, iaitu kaum perempuan. 


Entry ini bukan diskriminasi antara lelaki dan perempuan, tetapi tentang kemanusian dan kesedaran terutama untuk diri saya sendiri. Kita manusia memang mudah terbabas dan terdorong dengan tindakan gila bila di control oleh nafsu.



kaum perempuan dijadikan dari rusuk kaum lelaki memerlukan kaum lelaki untuk memperkukuhkan mereka, jadi perlindungan dan penjagaan yang baik patut kita(kaum lelaki) beri. Dan biarkan  mereka berasa didalam keaadaan selamat dan bukannya kesakitan atau ketakutan.


Fahri and Aisha scene ayat-ayat cinta
Dunia ini rotate, mungkin kita ada adik beradik perempuan, dan mungkin suatu hari nanti kita bakal ada anak perempuan. Dan semestinya kita tidak mahu tuhan balas pada kita,dan kena pada mereka kan. So control diri dan jangan buat dekat orang ya.. 


Semoga Allah sentiasa lembutkan hati kita. Amin..


sekian.

11 comments:

Primadona said...

yeah.Terbaiklah entri latest ni.Lelaki dan wanita adalah saling memerlukan.Jadi hargai insan ciptaan Allah ini dengan sebaik-baiknya. :)

afifah liyana said...

Entri ni sangat menyentuh kott.
Ameen.
May Allah Helps.
^__^

✿INA AINAA✿ said...

suke sgt entry ni...nk sakitkan hati perempuan, yg org tu xfikir ke dy lahirkan dari perot siape...otak cetek macam tulah..bila nafsu kuasai dri, otak n iman xdapat nak kawal nafsu tu...hurmmmm

Anonymous said...

kalau la semua lelaki sedar tentang benda ni kan bgus..hmm, dah tersilap lamgkah dah pun. takpe la. apepun, nice entry syafiq :)

Jeszyuu said...

perempuan bukan utk disakiti.. tapi untuk dilindungi .. hmm

Unknown said...

What goes around comes around. KAlau bukan Kat dire sendiri, insyaallah dkt org yg di sayangi. Just wait.

Sang Pemikir said...

Terbaik entry ni. Hargai dan sayanngilah kaum wanita walau siapa pun dia kerana kaum inilah yang akan melahirkan anak bangsa generasi akan datang. Jika rosak wanita, bakal rosaklah generasi seterusnya.

Unknown said...

kalau wanita tu sendiri tak hargai diri dia,dan dia sendiri yang rela,buat apa kita nak risaukan dia kan -.-

iLiAiSyAhkaDir said...

jiwa perempuan itu kerapuhan dan sering senang benar disakiti namun hakikat nya perempuan akan cepat lebih tabah once dea disakiti =)

Unknown said...

emy suke entri nie :) suke...samalah kite penjaga hati dan perlakuan kita terhadap perempuan kan :)

HusnaShuib said...

Kalaw semua lelaki ada kesedaran macam ni, akan terpeliharalah kaum perempuan. ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...