teman-teman

Monday, September 12, 2011

Kita tidak pernah dapat apa yang kita minta dan apa yang kita harapkan, adakah kita tidak disayangi?

Pernah tak jauh disudut hati kita tertanya-tanya, mengapa ada doa tidak ditunaikan? Tanpa berselindung saya mengaku yang saya pernah..

Yang sebenarnya.. Sayang tidak bererti memberikan apa sahaja yang diminta.

senyumlah dengan apa yang kita miliki sekarang.

Apabila seorang ibu sayang anaknya, dia tidak memberikan semua perkara yang anaknya minta. Apabila anak berumur tiga tahun menangis hendak bermain gunting tajam, si ibu tentu tidak memberikan gunting itu kepadanya. 

Namun, apabila anaknya yang berumur 10 tahun minta dibelikan gunting bagi menyelesaikan tugasan sekolah, si ibu pasti menunaikan kehendak anaknya tanpa banyak soal. Sebagai ibu dan orang dewasa, dia tahu siapakah yang lebih berhak diberikan gunting, walaupun mereka berdua sama-sama anak kandungnya. Si ibu ataupun bapa tidak memberi gunting kepada anak berumur tiga tahun kerana sayang kepadanya.

Ada kalanya, kita tidak mendapat perkara yang kita harap-harapkan. Kita tertanya-tanya sebab Allah masih belum mengabulkan doa ataupun permintaan kita. Kita juga tertanya-tanya, mengapa orang lain dapat, sedangkan kita tidak dapat. Puas kita berusaha, tetapi masih tidak berjaya sepenuhnya. Masih ada hajat yang belum kita capai. Masih ada perkara yang kita rasa belum berpuas hati.

Kalau semua orang kaya-raya dan tidak pernah jatuh sakit walaupun sedikit, bangunan hospital dan klinik-klinik tidak akan wujud. Tidak ada orang perlu bersusah payah belajar dan bekerja sebagai doktor, jururawat, ahli farmasi dan saintis yang mencipta alat perubatan dan ubat-ubatan. 

Tidak ada juga pengusaha dan penanam pokok-pokok herba yang berkhasiat. Sebenarnya, manusia yang jatuh sakit melibatkan ramai manusia lain dan mempunyai rahsia sendiri yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Allah tidak memberi semua perkara yang kita minta bukan kerana perkara yang hendak diberikan itu tidak cukup. Allah itu maha kaya, maha pencipta dan serba ada. Bukan juga kerana dia tidak sayangkan kita kerana dia maha penyayang kepada semua makhluk ciptaanya.

Sayangnya Allah kepada kita tidak sama dengan kasih sayang sesama manusia kerana sifat kasih sayang yang ada pada sesama manusia itu hanya tempias daripada kasih sayang Allah.

Rasulullah pernah berkata, "Pada hari Allah mencipta langit dan bumi, Allah yang maha tinggi mencipta 100 perasaan belas kasihan. Setiap satu perasaan belas kasihan itu memenuhi lapisan antara langit dan bumi. Kemudian Allah jadikan satu daripadanya sebagai perasaan belas kasihan di bumi. Dengan belas kasihan itu, ibu menyayangi anaknya, dan binatang buas serta burung-burung saling menyayangi sesama mereka. Apabila berlaku Hari Kiamat, Allah sempurnakan belas kasihan yang selebihnya" Hadis ini direkodkan dari Muslim.

Allah tidak memberikan sesetengah perkara kerana dia maha bijaksana. Dia lebih tahu apa yang baik buat kita kerana dia yang menjadikan kita. Dia memberikan kepada kita pada masa yang paling sesuai bagi kita menerimanya.

Wallah hu alam. :)

13 comments:

ReYnn said...

Maha suci Allah yang menjadikan byk nikmat untuk kita..kita sgt sikit bersyukur..

nur aisya humaira said...

smile..:)

Syafiq Mokhtar said...

sebenarnya apa yg kita pinta, Allah tetap akan tunaikan, tetapi ia pasti selari dengan mengikut kesesuaian kita, aturan Allah yg penuh rahsia,dan yg maha bijaksana..

Sekiranya Allah cepat makbul doa kamu maka ketahulilah bahawa Allah menyayangimu, sekiranya Allah melambatkan makbul doa kamu sesungguhnya Allah ingin mengujimu dengan sesuatu DAN sekiranya Allah tidak langsung memakbulkan doa kamu sesungguhnya ketahuilah bahawa Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kamu.

:)

aliaa farhana said...

apa jua yang kita pinta, insyaALLAH akan dimakbulkan...cume bile je kite tak tahu...kdg2 lambat, kdg2 cepat... yg pasti ALLAH maha mengetahui...DIA tahu bile mase nye akan tiba utk kita...=)

SYAF said...

setiap perkara ada rahsianya...
Terima kasih YA ALLAH krn menganugerahkan AKAL ini...untuk berfikir... :)

cik AF said...

Allah swt tahu apa yg terbaik utk hambanya. Jadi dia akan berikan yang terbaik utk hambanya.

Hanya kita sahaja yang tidak tahu hikmah disebalik perkara yang berlaku. nice entry, this is good, for remind us that we should be thankful ei every condition either in happiness or viseversa :)

fyy mokhtar said...

:)

Kunang-Kunang said...

Kerana Allah sayanglah dia tidak makbulkan doa kita mungkin apa yang kita pinta itu tidak baik pada kita atau kerana belum sesuai bagi kita. Kita kena sabar dan berharap..

NURUL NATASYA AMIR said...

:)

C i k P i p i T e m b a m said...

kdg2 Allah x tunaikan prmintaan kita mesti ade sebab kan ? kdg2 bnde tu trletak pd diri sndiri . nk mnghrap saje x boleh tanpa usaha ... nikmat Allah beri tu tak terkata .. kita ptt brsyukur..

Nurulee said...

Allah tahu perkara yg terbaik utk hambanya :)

Sarah said...

terharu.. T_T

CIK GADIS said...

yeappp!lecturer CG bru ja ckp sal ni hari tuh msa last klas kami..abah ngn mak pon slalu ckp cmnih gak..so,kalo kta mnx dkt allah tp dya xmkbulkn lg jgn lah sedih n slhkn tuhan kan..sbb allah lebih tau apa yg terbaik untk hambanya,,,

p/s : woww!sapik heade bu nmpk..tp header lma lg gem[ak lah..keh3! :larikkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...