Assalamualaikum..
Lagi entri tentang kawan, kenapa ya? mungkin kerana hati ini sedang teringatkan seseorang kawan atau mungkin lebih. Yang dapat dirasai makin jauh dan menjauh, ya mungkin dah pergi terlalu jauh.. :(
Hargailah kawan yang kita ada.
Berbalik pada apa yang ingin disampaikan. Ia mengenai tentang jenis, peranan dan kepentingan sesuatu yang bernilai iaitu "kawan" (bukan majalah kawan tau)
Kawan adalah pendorong kita
Apabila kita berniat melakukan perkara baik, itu tandanya kita sedang berusaha bagi mencapai impian kita, Allah suka kepada orang yang berusaha hendak berbuat baik.
Impian kita sekarang adalah hendak meninggalkan perkara yang Allah tidak suka. Sebaliknya, kita hendak berbuat baik seperti yang Allah perintahkan kepada kita. Kita hendak sembahyang dengan sempurna, kita hendak mengisi masa dengan perkara yang berfaedah dan kita hendak belajar dengan tekun.
Biasanya, apabila kita mempunyai impian yang baik, kita pasti akan berhadapan dengan tiga jenis kawan.
1. Kawan yang memperkecilkan dan mengejek impian kita.
2. Kawan yang tidak memberi sebarang komen.
3. Kawan yang akan menyokong dan membantu kita.
Apabila kita benar-benar mahu impian kita terlaksana kita pasti mencari kawan jenis ketiga sebagai kawan rapat kita. Apabila kita tidak kisah sama ada impian itu terlaksana ataupun tidak, kita memilih kawan jenis kedua. Apabila kita memang tidak mahu mencapai impian itu, kita boleh mencari kawan jenis pertama sebagai kawan karib kita.
Watak dan perilaku manusia dapat menular daripada individu kepada individu yang lain. Apabila kita rapat dengan orang yang selalu menperkecilkan hasrat kita hendak berbuat baik, lama-lama kita melupakan impian kita itu. Semangat dan hasrat kita dapat padam apabila kita selalu diejek ataupun diperlekehkan oleh orang lain.
Sama seperti penyakit berjangkit, biasanya sikap buruk lebih cepat menular berbanding sikap baik. Apabila sudah dijangkiti sikap buruk, agak sukar hendak sembuh semula. Misalnya, orang yang tidak merokok menjadi perokok selepas berkawan baik dengan perokok. Tetapi perokok sukar menjadi orang yang tidak merokok semula walaupun dia berkawan baik dengan orang yang tidak merokok. (misal)
Nabi kata, "Berkawan dengan orang baik sikapnya umpama berkawan dengan pembawa minyak wangi. Walaupun kita tidak dapat apa-apa daripadanya, kita tentu mendapat bau harumnya. Berkawan dengan orang tidak elok sikapnya umpama berkawan dengan tukang besi. Walaupun kita tidak turut hangus terbakar, kita tentu terkena bau asapnya.
Kita banyak dipengaruhi oleh suasana di sekeliling kita. Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat dan apa yang kita rasa itu akan membentuk diri kita. Orang yang banyak mempengaruhi suasana di sekeliling kita itu pula adalah orang yang paling rapat dengan kita. Orang yang baik berada dalam suasana yang baik seperti minyak wangi yang selalu wangi.
Apabila kita berkawan baik dengan orang yang ada impian yang sama dengan kita, hendak taat pada Allah dan hendak berjaya, kita saling mengingatkan antara satu sama lain. Dengan cara itu, kita sentiasa ada motivasi.
Uhibbukum Fillah wa Ukhuwah Fillah.
Sekian dan Wassalam..
20 comments:
sangat setuju ! insyaallah ~
betul...2 jenis kawan tula yang akan buat kita kentut pun tak lepas..(huh ape aku merepek ni..) perumpamaan ye syafiq..;)
kawan yang ke3 tu susah nak dapat.. :( kebanyakannya, bila senang je ada, bila kita susah dah hilang...:(
Ila follow sini,,
jum kunjung blog kecik ila pulak..:)
http://blogakufadila.blogspot.com
hppy blogging..:)
teringt kawn pompuan ke laki sapik???hehe..
yg bagus kte pilih kawn no3, tpi hidup kita sentiasa dikelilingi dgn sahabat 1 & 2....kan2?
btul tu..kalau nk berjaya..berkawanlah dengan orang yang berjaya..kalau nak kaya pon dekati orang yang kaya bukan untuk kongsi kekayaan tapi untuk tahu cara nk mencari kekayaan..
betul,sokong ape yg ditaip,.sesungguhnya kawan itu pendorong malah cermin bagi personaliti kita,baik kawan baiklah kita,buruk kawan buruk lah kite,.
agree! bersyukur la dengan kawn yg kite miliki... ;)
ye..kana semua nya baik2.. insyaallah..!! teruskan bro..!!
xyz4mir.blogspot.com/
dah hilang percaya pada semua orang . juga kawan sendiri ^^,
tak nak ade kawan rapat :)
kawan rapat setakat ni bcr je :) tp da kurang meriah lah kt situ ;"(
btol tu.. :)
TSM: sangat sedih lepas bc entri sapiq.Teringt dgn member yg baru pergi beberapa minggu lalu.Member yg banyak bagi sokongan tatkala jatuh.knp org yg baik2 sentiasa pergi dahulu? :(
nice entry syafiq ~
persahabatan yg tercipta di jalan Allah, takkan pernah hilang. insyaAllah :)
assalamualaikum...
nice entry...kawan gembira senang nak jumpa...tp kwn yg berada disamping kita ketika sukar&susah nak jumpa....semoga tabah ya...entry yg bagus...4.5 bintang =)
fm.. bcr kurang meriah.. babtu kak n dh x brapa masuk.. huhuhuhu.. thanks sapik.. ur the best fren i ever had!
assalam.
terima kasih kerana beri peringatan yang berguna macma ni. insyaallah saya igt. hehehhee.
sedih bila teringat kawan lama yg sanggup sehidup semati.. rindu.... semoga kita sentiasa berkawan ye sapik!! walaupun hanya sekadar di alam maya.. :)
Semua orang pasti mahukan kawan yang ketiga. Sama-samalah kita juga jadikan diri kita kawan jenis yang ketiga. :)
Nice entry.
Hello kawan :D
singgah sambil baca entry.....
hati yang suci sukar dicari... :)
saya menyokong segala yg telah ditulis..
berkawan dgn org yg harum maka harumlah kita
kalau kita berkawan dgn org busuk xmustahil diri kita yg harum akan menjadi busuk jua..tapi terpulang kpda individu jugax..:)
terbaek :)
Post a Comment