Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..
Tadi lepas kemas-kemas bilik, ketika sedang panjat almari, saya terjumpa beg luggage yang pernah saya pakai pada suatu ketika dahulu di Kota Yeman, dah berdebu beg tu, tapi masih elok, saya keluarkan beg itu dari almari, dan dibawa turun ke bawah.
Tadi lepas kemas-kemas bilik, ketika sedang panjat almari, saya terjumpa beg luggage yang pernah saya pakai pada suatu ketika dahulu di Kota Yeman, dah berdebu beg tu, tapi masih elok, saya keluarkan beg itu dari almari, dan dibawa turun ke bawah.
Setelah dibuka beg itu, ya Allah gembiranya bila saya tengok album gambar bewarna biru yang saya himpun gambar-gambar ketika belajar disana, masih tersusun rapi di dalam album , dibelek satu persatu, makin sayu dan rindu teramat sangat pada kota Yeman dan kawan-kawan.
Antaranya gambar salah seorang sahabat karib saya, Sa'ied namanya, seorang warga kulit hitam yang berasal dari Kenya berketurunan sawahili, dia antara kawan yang paling saya rindu dan saya sayang, selain berpewatakan kelakar, dia ini seorang yang rajin, suka membaca dan tidak kedekut ilmu.
Pernah suatu ketika saya bertemu dengan dia, dan pada waktu itu dia sedang membaca. Saya mula bersuara pada dia.
Syafiq :Ya Sa'ied, hal ta'rif zunubi aksar minnak?
(Sa'ied kau tahu tak dosa aku lagi banyak dari kau?)
Dia terkejut lalu menutup kitab yang sedang dibacanya.
Sa'ied :Limaza ya akhi? Indak Mas'alah? aisy min kalam ya akhi? zunubak aksar minni? wallah ma afham.
(kenapa ni? kau ada masaalah ke? apa yang telah diperkatakan oleh kau? aku tidak mengerti)
Syafiq : Kau pernah lukakan perasaan kedua ibu bapa kau?
Sa'ied : Pernah.. pada suatu ketika dahulu.
Syafiq : Pernah kau tinggal solat dan tidak menghormati azan dengan sengaja?
Sa'ied : Itu aku tidak pernah.
Syafiq : Aku pernah.
Syafiq : Pernah kau menyakiti orang? maksud aku bergaduh?
Sa'ied : Tak pernah.
Syafiq : Aku pernah.
Syafiq : Pernah kau melawan guru?
Sa'ied : Tak pernah.
Syafiq : Aku pernah.
Syafiq : Itu sebab halnya, dosa aku lebih banyak dari kau Sa'ied.
Syafiq : Aku kesal dengan kisah silam aku, tapi Adakah kau rasa Allah akan mengampuni aku?
Sa'ied : Kau tahu erti makna Rahman & Rahim dan siapa yang memiliki nama itu?
Syafiq : Kedua-dua itu nama milik Tuhan kita.
Sa'ied : Biar aku menceritakan sebuah kisah dimana "2 orang penghuni neraka yang dipanggil untuk menghadap Allah Azza Wajalla dan berbicara denganNya.."
Di sebut dalam satu kisah, Allah memerintahkan Malaikat untuk memanggil 2 penghuni neraka untuk berbicara denganNya.
Setelah 2 orang penghuni neraka itu keluar dari neraka dan bertemu dengan Allah. Allah menyoal mereka, iaitu penghuni 1.
"Wahai Si polan (penghuni 1), apakah dosa yang telah kau buat sehingga kau dicampakkan neraka?
Ketika aku masih hidup aku sering melanggar perintahmu dan aku ingkar dengan segala suruhanmu, akhirnya aku ditempatkan di neraka.
Kemudian penghuni 2 juga disoal perkara yang sama, dan jawapannya sama seperti jawapan yang telah dijawab penghuni 1.
Akhirnya Allah memerintahkan kedua-dua penghuni neraka itu kembali ketempat mereka, iaitu neraka. Begitu pun selepas diperintahkan berlaku 2 perkara berbeza diantara penghuni1 dan penghuni2.
Penghuni1 berlari dengan cepat dan bersungguh-sungguh kembali ke neraka. Manakala penghuni2 berjalan lambat, seolah-olah berat hati untuk kembali ke neraka.
Melihat akan hal itu, Allah memanggil mereka kembali dan bertanya, Wahai Si Polan (penghuni1) kenapa kau berlari begitu cepat dan bersungguh-sungguh setelah disuruh pulang ke neraka?
Penghuni1 : Sewaktu aku hidup, aku tidak pernah taat denganMu ya Allah dan aku selalu ingkar, jadi biarlah kali ini aku akur dan menunaikan suruhanMu.
Wahai Si Polan (penghuni2) dan kau kenapa berjalan begitu lambat? dan berat langkahmu pulang ke neraka?
Penghuni2 : Sesungguhnya aku percaya akan kebesaranMu ya Allah, pada waktu ini Kau mampu memerintahkan malaikat keluarkan aku dari neraka, dan sesungguhnya aku juga percaya jika Kau mampu keluarkan aku dari neraka selama-lamanya dan masukkan aku ke dalam syurga pula.
Akhirnya Allah s.w.t memerintahkan malaikat supaya mereka kedua-duanya dimasukkan kedalam syurga.
Jadi kesimpulannya disini menunjukkan yang sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. Jika seburuk mana pun kisah silam kita pada suatu ketika dahulu, segelap mana pun kisah silam kita, jadikan ia sebagai langkah baru untuk kita terus berubah, jangan kita takut dan menganggap dosa kita adalah dosa yang tiada pengampunan darinya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Kalam Saiyyidina Ali r.a
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal...
Dan sekiranya kamu berseronok melakukan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan kekal...
Terima kasih Sa'ied di atas cerita yang sangat bermakna ini. Ahyakumullah..
Yang kiri ni Sa'ied, berbaju putih.. Dia masih single, dia pernah gitau, dan mintak tolong suruh carikan awek malaysia untuk dia. :P |
20 comments:
matang..!!
cun..!!
xyz4mir.blogspot.com
kisah yang sgt best,membuatkan aku sedar bahawa tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,dan tiada insan berdosa yg tidak mempunyai mase hadapan,sesungguhnya Dia itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih,dengan redhanya segala dosa mampu terhapus sekelip mata,.semoga kite semua sentiasa didlm redhanNya,nanti kim salam kat Sa`ied yea,cerita die sgt best;)
YA ALLAH... kisah silam mengajar kita erti lebih dewasa dari segi fikiran....memandang segala aspek dengan lebih matang...
T________________T
thankss kongsi cerita nie :')
syafiq, terima kasih sebab share cerita ni. sangat dalam maksudnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. :)
kemsalam sa'ied :D
shazmir :)
Bella Luna : saya tidak janji dapat sampaikan salam awk pada dia.. sebab sy dah lost contact dengan dia.. dah 4 tahun dh.. :(
Syaf : dapatkan kesimpulan cerita ni? so, dont be sad Allah with us..
Fm : no problem, nanti kalo ade cerita lain akan di share lg.. thanks btw :)
suha : sy setuju dengan suha :)
ehem. komen kali kedua. sebab ade orang tu tak rep komen yang pertama. semua manusia tak lari dari melakukan dosa. beza nya dosa kecil dan besa. perkara lama kalau di ingat sampai bila pun tak abes. benda benda macam ney yang sebenarnya mematangkan kita. lagipun manusia tidak sempurna. allah maha tahu. allah maha pengampun :)
fyka : betul.. jadikan kisah silam itu sebagai langkah kesedaran yg paling berkesan.. smoga Allah terima segala perubahan yg kita ingin lakukan.. muhasabah..
A very motivational and inspirational story from Sa'ied T____T
Thanx sapik sbb share :)
ini sangat touching, syafiq. nice entry :)
betul. biarlah macam mana pon kisah kita dahulu, siapa kita yang lepas, dan banyak mana pon dosa kita, yang penting kita bersedia untuk berubah menjadi yang lebih baik. siapa kita di akhir hayat kita nanti adalah lebih penting. semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk hidayah Allah~
saya mohon share :)
kisah yg baik..sahabat pon baik. bagus2..
kesilapan kita yg lepas tak perlu kita lupekan..tp jadikan ia sbg sempadan utk jadi yg lebih baik utk masa hadapan..
Assalamualaikum....
nice entry...terbaik... entry motivasi dan pengajaran...tq kongsi ilmu =)
baru lah aku tau, kenapa entei kau panjang beno. hahaha
tak tahu nak cakap apa,, so, nice entry ^^
oo aku hampir terlupa pada Saied, dulu hg pernah cerita pasal kisah dia kat aku.. tak try cari contact info dia ka? fb ke, google ke, contact tempat lama. Pengalaman kawan2 aku yg pernah study kat oversea dulu bnyk yg bagi positive feedback pasal attitude depa ni, rata2 semua bersungguh2 nak belajar, berkongsi ilmu dan ada adab. CUMA aku ralat dgn pak itam kat Malaysia sbb bnyk sindiket dan con man. kerja nak tipu duit orang je.
terima kasih. entry ni buat aku yakin, Allah akan ampunkan dosa kita selagi kita tinggalkan jauh2 dosa, dan sentiasa perbaiki, muhasabah diri..
walaupun ni entri tahun lepas, tapi thanks sapik kerana berkongsi.. sebak baca sambil dengar background music kat blog ni.. :')
Sememangnya sangat susah nak melupakan kisah hitam yang tersimpan dalam lipatan. Ia macam disimpan kemas supaya orang tak nampak, tapi, dalam masa yang sama ia mencucuk2 diri supaya rasa sedih.Manusia mungkin payah nak terima, tapi Allah maha Pengampun. Cuma mampu berharap padaNya.
semua orang boleh berubah ke lebih baik kan...antara nak dengan tidak sja... :D
nice entri :D
Post a Comment