teman-teman

Tuesday, June 7, 2011

cerita bosan penuh makna

Cerita dimana satu kapal perang Amerika yang terbabit dalam perang dunia kedua. Ceritanya, kapal itu terkena tembakan dan hampir tenggelam dilaut Jepun. Dan ramai anak kapal yang terperangkap dalam ruangan di kapal itu dan berada di dalam air selama tiga belas hari. waktu itu mereka sudah kehabisan  persediaan logistik. Dalam ruangan di bawah air itu hanya ada air sejuk dan roti kering.
 
Mereka berkata : "selepas kami berjaya di selamatkan, kami di tanya.. Pengajaran terbaik apa yang  kamu perolehi selepas dalam peristiwa itu? Jawab meraka : "'Pada hari-hari yang mengerikan seperti itu kami mengerti bahawa sesiapa sahaja yang  di luar sana masih diberi kesihatan dan masih boleh makan makanan yang lazat-lazat dan minuman yang enak-enak maka mereka sedang memprolehi keduniaan..'"

maka soalan saya pun tercetus: Apa itu keduniaan? adakah keduniaan itu hanya kesihatan tubuh badan, ketenangan batin, sepotong roti yang anda makan, seteguk air yang anda minum dan sehelai baju yang anda pakai. Dan selain itu bukan keduniaan?

mengapa kita perlu berkira-berkira apa yang kita punyai dan apa yang kita tidak punyai sekarang?
jawabnya ialah bahawa 80% lebih dari semua nikmat hidup itu sebenarnya sudah ada pada diri kita dan hanya kurang 20% yang tidak kita punyai. Dan semua manusia sama, seperti saya dan anda, yang masa-masa tertentu ujian nampak lebih besar daripada nikmat. 
Kita terlalu mudah menangis terhadap apa yang kita tidak punyai (miliki), dan tetapi tidak pernah tersenyum dengan apa yang kita punyai(miliki) sekarang.

Kita juga bersedih hati atas semua yang kita gagal untuk mencapai atau mendapatkannya..dan kita tidak pernah bergembira atas kejayaan yang telah kita capai.


Kita bersungut terhadap semua yang menimpa kita dan tidak pernah mensyukuri atas apa yang masih banyak ada pada kita.

wallahhualam
 

6 comments:

Afsar said...

manusia, memang menjadi lumrah tidak pernah menghargai apa yang dimiliki.

Terima kasih diatas peringatan anda sahabat~

SYAF said...

manusia kekadang serig lupa...sbb itulah kita harus saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain..

si macho said...

err err

nak naik kapal perang

lalalala :p

mira ellyna said...

Insaf sekejap. betul la.. senyum la pada apa yang kita ada.

Aida Omar said...

oh suka dgn entry ini..
btol kita selalu merungut meratap bila susah dan bila susah baru ingt Allah..bila senang?? huh!!

hafiz hafizol said...

ye betol 2.. HH pun selalu gak camnie *jujur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...