teman-teman

Thursday, June 9, 2011

Bercinta itu biar berpada..

Bercinta itu biar berpada.. (MANUSIA)

Dua rangkap puisi yang paling indah, dalam riwayat hidup seorang ulama'


Jika cinta orang yang mabuk cinta kepada Laila dan Salma
Sudah merampas hati dan dan fikiran.

Lalu apakah yang dilakukan oleh orang yang mabuk cinta..
adakah yang didalamnya (hati) mengalir cinta, kepada yang Maha Tinggi
(Allah SubahanawaTaala)?

Renungan yang kita dah lupa..Cerita cinta Majnun terhadap Laila yang sangat terkenal itu menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila.

Bila tidak berpada..akibat yang terjadi pada hari ini??maka akan ada yang cari mana-mana bangunan atau mana-mana mall yang tinggi-tinggi melakukan acara terjun secara rela.. Nauzubillah..

Bercinta itu biar berpada.. (KEDUNIAAN)


Orang yang telah mencapai atau telah memiliki cinta DUNIA yang sebenar sehingga telah mendapatkannya.. Bahkan melebihkan dunia dari segala-galanya..sesungguhnya mereka sedang didalam peristiwa ISTIDRAJ
Tahukah kita apa itu istidraj? istidraj ini adalah salah satu ujian iman yang kita tidak terlihat..boleh diberi nama ujian mahupun nikmat..."nikmat tipu sementara".. selalunya orang menganggap istidraj itu adalah nikmat..kerana ia lebih kepada kenikmatan atau kesenangan yang dirasai hanya seketika waktu..

2 Contoh orang-orang yang mengalami peristiwa ISTIDRAJ ( Nikmat Tipu Sementara )

1)"Aku xsolat pun..aku xberiman pun..Tapi Allah sayang aku..
rezeki aku murah..boleh beli rumah banglo besar, kereta mewah.."

2)Ucapan pemenang Anugerah perlakon seksi terbaik bulan popular (contoh)
 di Dalam ucapannya "Saya bersyukur kepada Allah, dengan izinnya dan doa-doa peminat saya,saya mendapat kejayaan ini,dan bla bla bla bla"

Renungan yang kita dah lupa..Qarun dibunuh oleh cintanya disebabkan harta benda manakala Fir'aun dibunuh atas sebab kedudukannya..
 
Bila tidak berpada..akibat yang terjadi pada hari ini?? peperangan,penindasan, jenayah, maksiat, mainan politik yang tidak ada penghujung..

Bismillahhirahmanirrahim..Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha pengasihani.. Ya Allah Ya Tuhanku sedarkan aku yang sentiasa terlupa.. amin.. Ya Rabbal Alamin..


9 comments:

cik AF said...

Masyaallah. Sebenarnya kita mmg perlu saling ingat mengingati. nasihat menasihati, itulah keperluan asas manusia sebab kita sering lupe.

terima kasih atas peringatannya :)

p/s : berpada pada bukan sahaja ketika bercinta malah dalam apa jua perkara kan kan?

Jejaka Terhangat said...

istidraj..artis tu paling tak bleh bla..tiap kali menang award, walaupun pakai seksi meksi..ayat 1st dia mesti alhamdulillah, syukur sbb menang award tu. haish..!!!

si macho said...

-_____________________________-

ta paham .

fnatasha.hafizi said...

istidraj.. :)

buat org lupa nikmat tu pmbrian dr Sang Pencipta.. :)

LemonSusu Skyjuice said...

berpada2 lam bercinta :erk,,,

rais said...

cinta hakiki hny kpd Allah dan rasuNya.. walupun Rasulullah e2 insan.. tp baginda bkn insan biasa.. wallahualam

TheSyafiq Mokhtar said...

@rais ya.. Rasululullah itu habibuna..

Cikgu Fikri said...

semoga kita sentiasa tidak dikaburi dgn hal duniawo..
Amin..

hafiz hafizol said...

Errkk.. dunia semata mata,, HH dah single. bagus tak bagus tak?? Hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...