teman-teman

Friday, June 10, 2011

Alaa biasala...

entry bukan bersantai tapi bacaan sambil beristirehat
 
alaa biasa la tu budak-budak...
Kena : Digunakan untuk kanak-kanak..selalunya bila budak-budak kecik ni bergaduh,anak temah dengan anak milah bergaduh..temah mintak maaf kat milah atau milah mintak maaf kat temah..
temah dan milah : "alaa biasala budak-budak"

Tak kena : anak temah dengan anak milah pergi mencuri kat kedai runcit..atau mencuri kat rumah orang..
temah dan milah : "alaa bisala budak-budak"
(haa elok sangat la tu jangan tanyala kalo dah besar jadi perompak)

 
alaa biasala anak muda zaman sekarang...
Kena : Digunakan untuk remaja atau golongan meningkat dewasa..si ibu dan ayah melihat anaknya yang bersemangat dalam mengerjakan sesuatu yang diminatinya..
ibu dan ayah : biasala anak muda zaman sekarang..

Tak kena : Si ibu dan ayah berdiri dimuka pintu sambil si ibu melentokkan kepala dibahu ayah bersenyuman manis melihat anak perempuan mereka pergi berlalu mengikut boyfriendnya ke kereta untuk keluar malam tengok wayang..diulangi keluar MALAM.
ibu dan ayah : biasala anak muda zaman sekarang...
(bertuah punya mak bapak)

 
alaa biasala tu nak mencuba..
Kena : digunakan pada setiap peringkat umur atau umum, Ahmad meminta izin kepada orang tuanya untuk memasuki pertandingan melukis..
orang tua ahmad : alaa biasala tu nak mencuba...

Tak kena : Ahmad dengan selamber memintak wang kepada orang tuanya menyatakan hasratnya untuk pergi berjudi atau pergi tikam nombor..
orang tua Ahmad : alaa biasala tu nak mencuba...
(kepala otak dia)

okla ni je aku dapat merepek pagi ni..lame plak nak tunggu kul 8 nak beli nasik lemak kat bawah flat ni.. haha bye!

alaa biasala kan xda kena mengena..

6 comments:

Aidanatasya said...

Ala biasala.. dak syafiq nie..
memang pelik orgnyeee :D

LemonSusu Skyjuice said...

ala...biaselah si batman dah nyanyuk..hahhahaha..
perkataaan "ala biasa" tu mesti kne pd tempat...mn boleh dak2 mncuri..ala bese lah...nak kne lempang lelaju??muahahahhahaa

si macho said...

ta paham .

rase nak lempang sapik je

=_____________________= okbai

:P

Miss Dolce and Gabbana said...

Ala biasalahkan syafiq mmg pelik ;P

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

alaa biasa la orang nama syafiq memang camni.. *tetibe* ahahaha larikkkk~~

TheSyafiq Mokhtar said...

haha entry ni wat kene hentam je.. haha "biasa laa".. XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...