teman-teman

Friday, December 30, 2011

Temuduga; "Syafiq cuba selesaikan masaalah seorang makcik ini"

Assalamualaikum..


Saya cuba update entry seringkas mungkin.
Saya nak cerita bagaimana pengalaman saya interview disatu syarikat travel Umrah dan Haji


Bermulanya begini.


Abah : Syafiq, abah nak tanya, selama 3 bulan ni, Syafiq suka dengan tempat kerja syafiq sekarang?
Saya : Alhamdulillah, suka, Syafiq seronok dengan tempat kerja Syafiq sekarang.


Untuk makluman, sebelum ni saya menganggur dalam jangka masa yang agak lama. Dan saya baru bekerja disatu syarikat permotoran bermula dari bulan 10-2011.


Abah : Abah ada hajat, umi pun berhajat, kelmarin Abah ada baca satu iklan, Syarikat umrah haji ni nak pakai mutawwif, Abah dengan umi suka kalau Syafiq cuba. Lagipun benda ni ada kena mengena dengan bidang Syafiq.. abah tak paksa Syafiq berhenti tempat kerja lama, tapi apa salahnya kalau Syafiq mencuba. Dapat tak dapat belakang kira.


Mutawwif = Tugas membimbing jemaah-jemaah umrah atau haji untuk melunaskan rukun-rukun umrah dan haji, disamping menguruskan segala urusan perjalanan.


Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghampir kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”. (Bukhari-Muslim)




Abah : Kalau Syafiq rasa abah macam memaksa, Abah minta maaf, terpulang pada Syafiq, Abah tak paksa pun, Syafiq boleh terus kerja kat tempat syafiq, yang penting kerja halal, tapi mutawwif ni kerjanya mulia, sebab tugas mutawwif ni ibarat kita membawa Tetamu Allah kerumah Allah (Makkah).


Saya : Tak la Abah, Syafiq tak rasa terpaksa pun, Kalau Umi dengan Abah rasa itu yang terbaik, Syafiq cuba, lagipun setiap orang ada keinginan nak ke Makkah, Syafiq pun teringin nak tengok Madinah. Tapi Syafiq rasa macam tak layak jadi mutawwif, Syafiq pun tak tau macam mana nak buat keputusan.


Abah : Kalau Syafiq tak nak pun takpa, jangan anggap tu sebagai bebanan, dan jangan main rasa-rasa, itu perkara yang akan datang, yang penting cuba.. kalau ada rasa nak mencuba, Alhamdulillah, Abah dengan umi redha sangat, itu yang paling kami suka, sebab keinginan mencuba tu ada, tapi apa-apa pun Syafiq apa yang kita buat, paling utama betulkan niat. 


Saya : Baik Abah.


Abah : Ini no telefon Haji. Sulaiman, Kalo rasa nak mencuba, telefon no ni, kalau taknak pun takpa terpulang.. Syafiq berhak buat keputusan, sebab Syafiq dah besar.


Selang 2 hari selepas tu..


Saya : Assalamualaikum.. ini Haji Sulaiman ke?


28 haribulan, iaitu semalam, saya dah pergi tempat temuduga, ramai jugak disana, kebanyakan semuanya yang hebat-hebat terasa macam pergi audition Imam Muda, ada yang pangkat pakcik-pakcik, abang-abang, ada antara mereka yang berjubah, berkopiah, berbaju melayu, saya? pakai jeans dengan kemeja soda rambut pacak je.. rasa diri ni kerdil sangat, dengan bayangan muka umi dan abah saya bawak bekal sebagai kekuatan, sempat jugak berkenalan dengan beberapa orang disana, rata-ratanya semuanya Ustaz-ustaz dari sekolah agama, paling ramai lulusan dari Al-Azhar Mesir.


Sebelum temuduga semua yang hadir diberi sedikit taklimat.


Bermula jam 11 pagi, setiap nama dipanggil, waktu tu agak gemuruh la jugak, tipu laa kalau kata tak takut kan, memang agak lama jugak perjalanan temuduga tu, sampai masuk waktu zohor, kami solat berjemaah diruang pejabat paling atas, agak besar jugak pejabat ni, siap tersedia ruangan solat seperti surau..


Diringkas kan cerita, pada jam 3.40petang nama Saya dipanggil. Saya istighfar 3 kali baca doa sikit-sikit dan melangkah masuk sambil membawak beg converse yang saya beli dari danau, yang  sememangnya sentiasa dalam dakapan, maklumlah dokumentari banyak dalam tu.. :P


Ada 3 wajah disitu. Dan salah seorangnya Haji Sulaiman. Haji Sulaiman memulakan perbualan dengan berbahasa arab, jadi barulah saya faham interview berbentuk dalam bahasa arab.


Setelah selesai perbualan, saya berasa lega, jangkaan saya sudah selesai, rupanya belum habis lagi, kata Haji ada satu permasaalahan yang dia mintak saya selesaikan mengenai hukum fiqh dalam mengerjakan umrah.


Dalam hati saya " ahh sudahh.. apa pun tak study ni "


Haji Sulaiman : Syafiq cuba selesaikan masaalah ni "Seorang makcik, yang sedang tawaf, seperti sedia maklum tawaf yang sah adalah 7 pusingan, tetapi didalam pusingan yang ke5 makcik itu terkeluar darah haid" jadi apa pandangan Syafiq dan bagaimana nak selesaikan masaalah ni.


(terdiam sekejap)


sebenarnya saya cuba untuk mengingati balik bab umrah dan haji yang pernah saya belajar dulu..


Syafiq : Jika saya salah, saya harap tuan sila betulkan ya, pandangan saya mengenai masaalah tadi mengingatkan saya tentang kisah Saidatuna Aisyah yang menangis ketika ingin menunaikan ibadah Haji, Sepertimana Rasulullah memujuk Saidatuna Aisyah yang sedang menangis, kata Rasulullah sesungguhnya haid ini sudah ditentukan oleh Allah untuk kaum Hawa, maka tunaikanlah segala rukun haji yang boleh, seperti biasa kecuali tawaf. 

Berbalik pada masaalah makcik tadi, jika darah haidnya keluar ketika dipusingan ke5 maka pengerjaan tawaf makcik itu tidak sah tawafnya, tetapi tidak batal umrahnya. Jadi umrah makcik itu tergantung di rukun umrah yang ketiga, iaitu tawaf, penyelesaian masaalah makcik itu, makcik tu perlu tunggu sehingga haidnya kering dan mengangkat hadas besar seperti biasa dan terus sambung semula, bermula dari tawaf dengan dimulakan dengan pusingan yang pertama balik. Menurut tuan bagaimana?

Haji Sulaiman : Okey Syafiq, nanti selepas selesai temuduga nanti kita akan adakan kursus disini selama 15 hari, Bermula dari 2 January jadi Syafiq tunggu je, jika ada panggilan dari kami maknanya Syafiq akan terpilih jadi mutawwif. Di dalam kursus itu segala permasaalahan akan kami ajar lebih terperinci.

Akhirnya selesai temuduga, tapi agak tergantung jugak keputusannya, saya pun kurang pasti adakah itu jawapan yang mereka harapkan atau mungkin tidak. Yang pasti tunggu sahaja panggilan telefon dari pihak mereka.. Saya harap kawan-kawan dan pembaca-pembaca semua dapat doakan saya semoga berjaya.. 

Apa pun Alhamdulillah, sekurang-sekurangnya apa yang Abah harapkan dari saya terlaksana jugak.. iaitu MENCUBA.. :)

sekian..

21 comments:

SYAF said...

insyaallah...semoga ada jawapan pasti....berkat dari mencuba...

entah knp aku menagis baca entry nie....rasa sebak pun ada....

YA ALLAH..terlalu besar nikmat-MU

CintaKhadijah said...

same2 kite doakan.
kalau dapat alhamdulillah.
^^,

Nurulee said...

Apa pon keputusannya, yg penting telah cuba yg terbaik.

InsyaAllah, sy doakan kejayaan mengiringi Syafiq.

Semoga berjaya. ^_^

Mr Sabil said...

Syafiq.. aku respek sbb hg cuba jugak.. aku tau hg sayang kerja sekarang.. tapi percubaan ini nyata berdasarkan pengorbanan dan kasihnya seorang anak pada umi dan abah.. aku "hat off" dan salute kat hang..apa-apa pun aku doakan hang berjaya, InsyaAllah, dan terima kasih syafiq, dengan izinNya dan berkat doa hang dan adik beradik lain.. aku telah berjaya mengharungi temuduga yg sama tarikh iaitu 28hb Disember hari tu.. i think u also can!(apasal skema plak aku ni.. hehehe)

MuniRAH Kadir said...

semoga awk terpilih menjd salah seorg mutawwif...

cintatulip said...

:') terharu... Tahniah sapik.. Dapat atau x blakang kira.. Y penting dah usaha 'it is hard to fail, but it worse never to have tried to succeed insyaAllah kalau ada rezeki sapik dpt.. Naq mendoakan y terbaik

cintatulip said...

:') terharu... Tahniah sapik.. Dapat atau x blakang kira.. Y penting dah usaha 'it is hard to fail, but it worse never to have tried to succeed insyaAllah kalau ada rezeki sapik dpt.. Naq mendoakan y terbaik

Red said...

dan gambar yuna berada di iklan blog sapik :P

Anonymous said...

Hei lelaki..takde apa pn aku nk kata cuma semoga berjaya nanti..hope to see u soon..

Yuu Hidayu said...

semoge berjaya k :)

Hidaya Sarbini said...

semoga berjaya..kalau dapat, sgt2 best sebab awk boleh kerap pergi sana. btw boleh saya tau awk amek jurusan ape yer dulu?

GadisTerbilang said...

Congrats Sapik. Da dapat kan?

Alhamdulillah :D

CeritaSekupang said...

semoga berjaya sapik ... :D

Azizah Alwi said...

Salam Syafiq.Insha Allah Syafiq akan dapat.Yakin pada diri Syafiq.Kami disini sentiasa mendoakan kejayaan buat kamu.Syafiq kena ingat redha Allah terletak pada redha ibu bapa.Dah lama rasanya tak datang komen kat sini.Terkedu sekejap baca jawapan dari Syafiq. =)

dRopPuc!noo™ said...

Inshaallah kalau ada rezki pergi sana, alhamdulillah..
follow~ follow balik kalo sudi.
salam ukhuwah!

hafiz hafizol said...

gud luck .. bagus tu.. pekerjaan yg mulia.. hurm.. :)

Almade Nespesor said...

kalau ada rezki x kemana, gud luck =)

NURUL NATASYA AMIR said...

Tahniah syafiq.Jg diri elok2 :)

Lily Suhaili said...

At least dah mencuba :)

Aien Not Alien said...

kamu dah cuba dengan hadiri temuduga...nantikan keputusan.. semoga terpilih menjadi Mutawwif :)

.........cP~ said...

That's cool. Kalau dapat kerja kat agensi macam tu bagus jugak. Pernah cuba mintak kat tabung haji kalau2 ada nak guna pekerja kesihatan untuk jemaah haji dan umrah. tapi, tak ada jawapan, mungkin tak perlukan. Nanti kamu dapat kerja boleh la tanya2 kot nak guna nurse. Okay, saya ambik kesempatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...