teman-teman

Wednesday, December 14, 2011

jariku digigit buaya

Dilarang baca jika lemah semangat
Pada suatu petang, sedang aku menjahit diatas meja, bukan aku duduk diatas meja, aku ditepi meja tangan yang menjahit saja diatas meja.. tiba-tiba.. Ngap!!
Terkejut aku bila melihat seekor denosor sedang mengigit tanganku, eh denosor ke? mustahil dizaman moden begini ada denosor. Denosor kan dah pupus? mana wujud.


Setelah aku amati dan kuhayati, sebenarnya bukan denosor, tetapi yang sebenarnya adalah seekor buaya..


Dalam keadaan yang agak panik aku meminta pertolongan Spiderman, tidak lama kemudian spiderman yang baru pulang dari kelas belajar menyelam di Pusat Penyelam Kemas (PPK) datang cuba selamatkan aku. Buaya yang berang memanggil gengnya.


Indah khabar dari rupa, sebenarnya Spiderman tidaklah sehebat mana, buaya-buaya itu berhasil menewaskan Spiderman, akhirnya spiderman dikunyah ditempat kejadian..


Tidak lama selepas itu Smurf datang tepat pada waktunya, dalam sekelip mata Smurf berjaya mengalahkan kedua-dua ekor buaya itu dengan menggunakan jurus maut yang dipelajari dari Pendekar laut iaitu "jentikan maut pipi naga tanpa henti."


Tetapi malangnya, Smurf yang hanya sempat berbangga selama 2 minit itu menemui ajalnya setelah berlaku kemalangan jiwa didapati sebuah helikopter yang kehabisan minyak terhempas tepat kearah Smurf, dan mangsa mati serta merta ditempat kejadian.


Ultraman dan Mr bean yang menunggang rusa.. rusa ke tu? baru pulang dari picnic datang ditempat kejadian mereka datang untuk siasat perkara apa yang sebenarnya berlaku..


Setelah selesai siasat dan akhirnya mereka dah tau tentang akan perkara yang sebenar mereka pun terus berlalu pergi tanpa banyak kata.




by the way thanks Danish (anak buah aku) sebab bagi uncle pinjam mainan Danish.. eemmuuahh! 


sekian.. :P

20 comments:

Red said...

hahahahahahaha. lama aku tunggu entry macam ni XD

ReYnn said...

1st time baca entry camni dari sapik :)

comel danish.. :D

Norashiqin Kamaruzaman said...

ahahahahaaa.... XD ape ni uncle sapik?? hahah...layan jelaaa...kekadang BL pon men gak mainan dak kecik...eyhhh....hahahaha....hilang stress kot XD

Syafiq Mokhtar said...

hehe sebenarnya dah lama xmerepek.. harini nak merepek kejapla.. :P

Zakaria's daughter said...

keke.
mao comment buleh ?
kesengalan terselah
# larikkk :D

HujanMenjerit said...

ahahhaa sapik. ni rupanya kena geget boye XD

Mila Ahmad said...

hahaha comei r cite kamu nie..
tajuk gempak giler, tapi kelakar hahaha...

Hidaya Sarbini said...

haha..putus tak jari kena gigit?

si macho said...

tgk tajuk pon tau tipu .mana mungkin kan .rse nye sapik lg besau dr boye tu :D :P

FarhanaLicious said...

hahaha. ingatkan betul betul. siot je. hahhaa

CintaKhadijah said...

kehkehkeh.. tajuk kemen siyes tunggu ugak la mane part siyes sampai habes. :p

miss ct said...

Assalamualaikum...
betul ke ni blog retis sapik?? rasa mcm salah masuk blog je...erk..apakah??

Nurulee said...

Hahah. :terharu dgn pengorbanan the smurf dlm mnyelamatkan nyawa uncle Danish.

Jari tu sempat diselamatkan x :apa :D

cantekk said...

haha...uncle danish yg rindukan zaman kanak2 nye.. dlu mst tak pat men menan camtu ea.. =D

noraliza said...

hahahahaha..baru nak cakap banyak mainan..rupenya mainan anak buah :)

SYAF said...

tumpang terhibur.... :)

si kiut lavender said...

hadoi...
tggi gila thap imaginasinya..
mengarut pluss merepek..:)

Sharifah Salmah said...

hahahahahaha OMG syafiq!! apa neh?nape lawak sgt? mcm saya plak suka men ngn patung

hafiz hafizol said...

haha.. lawak la hang.. lama x singgah sini.. rindu rindu.. maksud aku rindu nak baca entri.. lalala

hafiz hafizol said...

haha.. lawak la hang.. lama x singgah sini.. rindu rindu.. maksud aku rindu nak baca entri.. lalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...