teman-teman

Saturday, August 6, 2011

Tak tergambar oleh sebarang huruf

Cuba kita pejamkan mata. Bayang kita tidak ada. Kita tidak dilahirkan oleh ibu kita ke dunia..

Apabila kita tidak ada, orang pun tidak menyebut nama kita. Tidak ada ibu bapa, teman-teman dan saudara mara kita. Apabila kita tidak ada, kita tidak mendapat peluang merasai luas dan indahnya hidup di dunia ini.

Kita tidak kenal bagaimana rupa kita sendiri. Kita tidak tahu apa itu sekolah, apa itu pantai dan apa itu coklat. Kita tidak tahu rasa manis, masam, masin dan pahit, Kita tidak tahu erti gembira dan duka. Kita tidak tahu makna ketawa dan makna kecewa.

Walau apa sekalipun yang kita hadapi dalam hidup ini, kita tetap berasa syukur, terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah, kerana Allah memberi peluang kepada kita menjadi manusia yang hidup di bumi.

Apabila kita berasa sedih, kita masih berpeluang memandang lautan yang indah ciptaan Allah. Apabila kita berasa kecewa, kita masih boleh mendengar suara deru angin dan kicau burung yang seolah-olah sedang memujuk kita.

sekian..

16 comments:

feeza macho said...

ye . masih boleh mengira bintang walau sampai bila ta tau jumlahnye.

(^_^)b nice entri

Anonymous said...

Assalam...hidup lebih bermakna bila ada seseorang utk dikongsikan...

Syafiq Mokhtar said...

macho : mungkin beribu..ratus ribu.. boleh jadi berjuta.. :)

Syafiq Mokhtar said...

adam : pasangan kan? kan nanti nak wat entri tu la.. (^^)v

red gitarputeh said...

kau memang suka makan/minum cokelat eh.?? :larikkkk

pErmataHati said...

hai dh sihat? betul tuh bersyukur atas pemberiaNya.. =) namun kita sebagi manusia kadang kala alfa

The Crow said...

Syukuri nikmat Allah..

(^____^)v Entri best!!

AnakPakZohar said...

alhamdulilah... syukur di atas segala kurniaanNya.. ^^

nia said...

alhamdulillah atas semua kurniaan NYA

NoonaQQ said...

pendek plak entry sapik nih... dari mana kita dtg,dri situ tmpt kita ptt bersyukur...

NoonaQQ said...

pendek plak entry sapik nih... dari mana kita dtg,dri situ tmpt kita ptt bersyukur...

Cik Azz said...

Thank You Allah..

Unknown said...

kun fayakun. maka, jadilah ia.






kelu. dilahirkan dengan sempurna sifat. tapi, masih tak mampu bersyukur sepenuh hati. nice entry ni. :)

naqiah said...

syukur... :)

Hafiz Hafizol said...

:) .. #xnak bace.. Hahahhaha..

The Everyting In My Life said...

Syukur ila Allah. Saat hati dah wajah tidak mampu mengambarkan duka dan gelisah, cuma dia yg mampu menghadiahkan sebuah kebahagian. Syukur ila umi. Also. My family comes everything to me. Dari kecil sehingga tahu apa itu alif lam lam ha.
Entry yg cukup mencukupi. :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...