teman-teman

Sunday, August 7, 2011

K.A.L.A.U. jika bersungguh-sungguh

Si dia sudah lama terbaring di katilnya kerana sakit berat. Sudah banyak wangnya habis untuk berubat. Sudah ramai doktor pakar yang mahir datang merawat dan pelbagai rawatan alternatif sudah dicuba. Namun sayang, penyakitnya tidak sembuh-sembuh juga.

Pada suatu hari, salah seorang kawannya datang membawa doktor. Kata kawannya itu, doktor yang datang itu adalah doktor paling bagus. Aneh, hanya selepas sebulan berubat penyakitnya sembuh. Dia dapat bangun dan ketawa ceria seperti biasa.

Dia memberitahu kawan-kawannya, "Kalau bukan kerana doktor yang mahir itu, tentu saya masih terlantar di katil kerana sakit."

Tanpa disedari, Dia mengucapkan kata-kata mensyirikkan Allah. Apatah lagi apabila dia benar-benar yakin, doktor itulah penyebab dia dapat sembuh sepenuhnya. Hanya sebab ubat-ubatnya yang mujarab itulah dia dapat kembali seperti sedia kala.

Dia sebenarnya sembuh dengan izin Allah. Allah mengizinkan dia sembuh apabila berubat dengan doktor yang terakhir itu. Doktor-doktor yang datang sebelum itu bukanlah tidak pandai, tetapi Allah tidak izinkan dia sembuh dengan rawatan daripada mereka. Sedangkan, sudah ramai pesakit lain yang Allah izinkan sembuh apabila mendapat rawatan daripada mereka.

Apabila Allah masih tidak izinkan dia sembuh, doktor terakhir itu pun tidak dapat merawat penyakitnya. Dia tetap berada di katilnya sehingga tiba masa yang Allah tentukan.

Usaha, ikhtiar dan tawakal itu atas diri kita sendiri yang mengusahakan, tetapi Allah tetap yang memberi jawapan.

Tawakalna alaAllah..

sekian

14 comments:

Pena Crystal said...

=).Nice Entry.Berikhtiar, berusaha dan bertawakal..Itu sebaik2 yang mampu kita buat.Selebihnya berserah pada ALLAH s.w.t .

Selamat berpuasa..=)

Falling . said...

kdg2 ble kte da senang.. kita lupa pd tuhan..

shortiee :D said...

salam :) nice post. thumb up !

FifaMusz said...

Nice entry.. kadang2 kita terlepas pandang.. ada kuasa yang Maha Besar..

Anonymous said...

Salam.. nice post.. : )

Unknown said...

elakkan guna 'kalau'. kan ? Allah itu yang Maha Menentukan ! :)

Faz Yaakub said...

Like2..kita kena berikhtiar...Selebihnya adalah urusanNya...wallahualam...

leeya abdul said...

Allah SWT memerintahkan kita untuk berdoa kepada-Nya. ” Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina" (QS Al Mu’min [40] : 60).

k.leeya tulis http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/08/jom-singgah-ke-blog-geniusblogger.html

syera said...

alhamdulillah..

dulu pernah hilang harapan untuk sembuh dari penyakit

berubat la dengan pakar mane pun...kalau tak dengan izin-Nya..mungkin still terlantar agi kat hospital

Allah lebih tahu segalanya =)

Unknown said...

kun fayakun~
segalanya perancangan Allah...
tiada manusia mampu melakukan sesuatu tanpa izinNya
wallahualam~

ccmbrnd said...

Kite kene terima qada' dan qadar dengan hati yg terbukee :D

Hafiz Hafizol said...

:)

yaya said...

ikhtiar , usaha dan tawakal :) semua org pon mesti melakukan ini :) nice entry :) suka :)ehh . yaya follow awak :)

nasyitahahmadzaini said...

mendalam mkne nye ;) allah segala2nya utk kite...wahid adlh sifatnye...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...