teman-teman

Monday, August 22, 2011

Rumusan ringkas Lailatul Qadr.

Assalamualaikum warahmatullah..

Sempena 10 malam Ramadhan yang terakhir, aku nak share sedikit ilmu yang pernah aku pelajari dari kitab I'anahtul Tholibin ketika di yaman dulu, tentang rumusan malam Lailatul Qadar, iaitu antara malam-malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu, kelebihan yang begitu besar, ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain.

Entri ini cuma menceritakan tentang rumusan ringkas, kalau ingin mengetahui lebih mendalam apa itu Lailatul Qadr, boleh baca disini

RUMUSAN:
Jika awal ramadhan pada hari :- 
Ahad / Rabu maka jatuh lailatul qadr pada malam 29 ramadhan- 
Isnin maka jatuh malam 21- 
Selasa / Jumaat maka jatuh malam 27- 
Khamis maka jatuh malam 25- 
Sabtu maka jatuh malam 23 

(kitab I'anahtut Tholibin : 257 juz : 2)
P/s : siapa yang ada kitab tu boleh selak tengok..sekadar rumusan..di ulangi RUMUSAN.

Peringatan : Di dalam bulan ramadhan ada satu malam nilainya menyamai dengan seribu bulan itulah dia malam Al-Qadar. Tak perlu di hitung tak perlu di tunggu bila hadirnya. Beribadatlah dengan ikhlas. Tak perlu berkira-kira, ada rezeki hadirlah ia. Diulangi beribadatlah dengan Ikhlas, tak perlu berkira-kira.. 
[syafiq]

I'anahtul Tholibin

5 comments:

Anonymous said...

Ni sama dengan yang imam Ghazali ckp bdasarkan pengalaman beliau kan ? Sedihnya if its true. sebab tak all out malam tu :( sibuk study. Ruginya. Crestfallen sangat2. tp, hari lain masih ada sebagai penawar. hari2 terakhir ni masih menyimpan seribu makna :) Insyaallah.

miss ct said...

Assalamualaikum..
minggu lepas, kat ihya ramadhan..ct pun ada dgr ustaz tu ckp mcm tu..sama lah..hehehe... betul tu..sebenarnya kena ikhlas dalam beribadah.. dpt ilmu baru..tq sudi berkongsi ilmu ya

p/s: kitab tu dlm bhs arab ke??

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun ada senarai ini tapi buku yg Syafiq katakan kakak tak ada.... Walau kesahihan boleh dipertikai tapi ia boleh dijadikan panduan.... Bagus!!

ummu said...

assalamualaikum Syafiq
terima kasih mengingatkan akak
akan kepentingan malam istimewa ini
masa akak study dulu
ada juga terbaca tulisan ini
tak silap pada pandangan Imam Al Ghazali dan dalam Kitab Mutaal Badrin

sekian,wasalam

Anonymous said...

terima kasih sebab sudi berkongsi ilmu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...