teman-teman

Saturday, July 23, 2011

permintaan yang berterusan

Ketika kita merasakan yang langit tidak sentiasanya cerah, percayalah bahawa langit juga tidak sentiasanya gelap..


Ada masanya kita menghadapi perkara-perkara susah dan menyedihkan. Semua usaha dan ikhtiar yang kita lakukan tidak menampakkan hasil. Kita sudah lakukan semua perkara yang sepatutnya, tetapi hasilnya masih tidak seperti yang kita harap-harapkan.

Pada masa itu kita tidak lagi meminta kepada kenalan ataupun ahli keluarga kita kerana kita yakin mereka pun tidak dapat menolong kita. Malah, kadang-kadang mereka pun menghadapi masaalah yang sama seperti kita. Oleh sebab itu, kita terus menadah tangan, berdoa dan mengharap kepada Tuhan supaya menghilangkan semua beban susah yang kita tanggung itu.

Susah dan senang adalah perkara lumrah bagi manusia. Apabila ditimpa susah, dengan sendirinya, tanpa disuruh-suruh oleh sesiapa, kita mencari-cari Tuhan. Biarpun kita tidak pernah bertemu dengan Tuhan, kita tetap yakin dan percaya kepada kuasa Tuhan. Kita yakin, apabila semua jalan sudah tertutup, hanya Tuhan tempat kita berdoa dan bergantung harap. Itu adalah fitrah "rasa perlu kepada sesuatu" yang Allah ciptakan dalam diri setiap manusia. Fitrah manusia yang paling asas adalah rasa "bertuhan" kerana manusia perlu bergantung harap kepada Tuhan.

Dalam surah al-Naml ayat 62, ada dua soalan yang ditanya kepada manusia. Pertama, siapakah yang memperkenankan doa orang yang kesusahan? Kedua, siapakah yang menjadikan manusia sebagai orang yang memakmurkan bumi ini?

Soalan-soalan ini mencabar manusia supaya akur akan adanya Allah, Tuhan yang maha berkuasa. Oleh sebab itu, tanpa dipaksa-paksa, kita sendiri berulang-ulang kali meminta kepada Allah. Allah memberi, kemudian kita terus mengadu dan meminta perkara lain pula. Begitulah seterusnya sehingga akhir hayat kita sebagai makhluk ciptaan Allah.

P/s: Sekiranya disaat kita susah dan merintih kesedihan kita mampu bersujud, menadah tangan, menangis dan meminta kepada Tuhan. Apalah salahnya disaat bahagia kita, kita juga mampu bersujud dengan perasaan yang lapang dada dan penuh rasa bersyukur sambil mengucapkan Alhamdulillah..

Sekian..

41 comments:

CikTeddyCorner said...

insyAllah..same2 la kita^_^
sling mngingati itu amalan mulia

Unknown said...

jiwa2 yang merintih & meminta kepadaNya diwaktu susah akan diingat,namun jiwa2 yang sentiasa sujud kepadaNya pada waktu senang akan lebih diingati :)

feeza macho said...

:tulis .

tp lumrah . manusia . muda alpa .
bila susah baru tercari sejadah ,baru mahu menadah mengadu segala.


mane entri cite rasul/nabi TT__TT

CG said...

mmg mcm tuh kan mnusia.bla dh susuah bru igt allah tp dh senang allah entah ke mana..hny segelintir sja yg igt allah msa susah mahupun senang.btw nice etry bro!

p/s : sorie komen ntah2 pa2 sbb aku xda ide nk komen..otak beku pg2. :hampa

Syafiq Mokhtar said...

cik teddy : yup2.. :)

Syafiq Mokhtar said...

reynn : betul.. setiap apa yg disyukuri itu la mengingatkan kita tidak akan sentiasa terlupa dengan kebahgiaan yg dikecapi harini..

Syafiq Mokhtar said...

macho :nanti la..nanti sapik update :P

Syafiq Mokhtar said...

cg : aah ntah pa2 je.. haha gurau je..ok pe.. nice komen.. :bagus

Cik Mawar Bbungo said...

bgus2..entry ni bnyak menyedarkan..
kdg2 kita time sdih je bru igt Allah..time hepi ntah ke mana..

Mabruk'alaik..:)

teruskan menulis..

Siti Safiyyah said...

teringat pulak cite indon.. time mak jatuh sakit, time tulah baru nak pi semayang berdoa macam2.. agaknye macam tu kot realiti skang? harap kita tak macam tu ye. :)

naqiah said...

lumrah manusia.. dh dpt minta lain.. dh dpt minta y lain.. benda 2 jugak jadi kt naqiah.. sob3.. thanks sapik.. :)

✿ cik pieQa ✿ said...

fitrah manusia mencari Allah di kala susah tapi melupakan Allah tatkala senang. Alangkah indahnya hidup kalau kita dapat sntiasa m'ingati Allah kala senang dan susah.

:: cikNuurul :: said...

kesimpulan : beringat la sntiasa kepadaNya smntara msih berhembus nyawa,.


sykur,alhmdlillah,.hehe,.:)

SYAF said...

SEgala titik permulaan..pasti ada titik akhirnya...

menghimpun segenap doa... agar segalanya dalam lindungan-NYA..

.Cik Nana. said...

cayelah bro sapit..
cepat g makan cekodok..

Anonymous said...

betul.. setuju.. if laksanakan, terapkan, insyaALLAH, bahagia milik kita.. bahagia yang kekal dunia akhirat bila kita sentiasa bersederhana, bila kita sentiasa bermuhasabah diri, bila kita sentiasa bersangka baik dengan Allah, bila kita tidak berlebih2 melakukan sesuatu perkara, bila kita sentiasa balik pada yang asal.. insyaALLAH

Azwa Mohamad said...

kalau kita lupakan Yang Esa, tentu hidup tak bahagia.... ada je yang tak kena

ucu keyna said...

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman “Aku bersama hambaku selagi dia mengingatiku dan kedua bibir mulutnya bergerak menyebutku” (Riwayat Ahmad melalui Abu Hurairah r.a.)
>> ingatlah Allah dikala senang..nescaya Alah akan mengingati kite dikala kite dalam kesusahan ^_^

>> entry yg baek tok d kongsi bersama...syukran ya akhi :)

Shiqin Sunshine said...

huhu yup, kita patut redha dengan setiap ujian, and bersyukur dengan segala nikmatNYa....

Konklusinya, ingat Allah selalu ~.~
insyaAllah, kita dipermudahkan sentiasa...


http://cinqleafclover.blogspot.com/2011/07/betapa-pentingnya-mula-dari-bawah.html

blur kiddo said...

yeah, put ur trust in HIM. keep on praying. HE never leave us alone :)

nothing said...

fitrah mungkin :)

Siti Nurazlinda said...

manusia akan ingat pada ALLAH bila ada kesusahan , itu lah fitrah .

semoga kita akan sentiasa ingat pada ALLAH SWT tak kira apa keadaan sekalipun . :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

begitulah manusia. semuanya berpunca dari hati. apa yg diimpi semuanya tak duniawi. mengikut telunjuk nafsu hakiki yang takkan terpadam sampai mati. nobody's perfect dan masing2 ingin menyempurnakan diri dgn beramal beribadat kepada Allah. that's very normal, asalkan kita tak berbuat jahat kepada orang sekeliling kann! sama2 kita mengingati dan majulah diri utk kebaikan. :)

Anonymous said...

betul..manusia tika susah..bwu lah hadap ALLAH S.W.T..tika senang,lupa pada ALLAH S.W.T..

p/s : thnx ya tuk peringatan ni.sesama lah kita saling mgingatkan

Sis Eiyan Azian said...

entry yg sangat bagus... :)

syera said...

la tahzan..innallaha ma'ana..

ape2 yang berlaku ade hikmahnye

so..walau mane2 pun kita berada..Allah kene sentiasa dalam hati kita..

never forget HIM =)

CikSyaCda said...

Bila dalam masalah dan tekanan,terasa kerdil dan lemah, jangan lupa padaNYA yang sentiasa dan setia mendengar. Mengadulah sepuas-puasnya tika sujud dan doamu . Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

sHy said...

manusia mudah alpa...susah baru ingat tuhan..shy pon tak lari daripada tu..Ya Allah,permudahkanlah hambamu ini mengucap kesyukuran di kala senang atau susah..amin

ain:) said...

manusia lekas lupa ... jd renung2kan dAn selamat beramal :)

Unknown said...

manusia sering terlupa tatkala dalam kebahagiaan.
namun, akan tergadah pabila didatangi musibah.
manusia sering alpa pabila keinginannya ditunaikan Allah.
namun, segala ketentuan itu, pasti ada hikmah disebaliknya ;)

Unknown said...

tima kasih..sama2lah kita memgingati Allah swt :)

aiman mania said...

in short,tak kira senang atau susah kita mesti ingat akan dia.....!!!allah yg maha pemurah lg maha mengasihani........ini tidak...!!ketika susahlah kita memohon bantuannya......aiman?kadang2 pon macam tuh jugak...setiap manusia melakukn kesilapan...eeerrrmmm..tak tahulah.,....ingatan untuk diri sendiri n umat rakan seaganma..yg penting,ingat mengingati itu yg pnting....good entry!

najihah sahami said...

like!!!!

bila kita rasa diri kita susah..sebenarnya ada lagi yang lagi susah. mendung berat mana pun, semua tu dugaan Allah untuk hambaNya yang kuat. bila gembira jangan pulak lupa Allah.


:)

eyida said...

insyaallah..terima kasih kerana mengingatkan..kita manusia yg mudah lupa..sama2la kita sentiasa mengingati Allah..

Cik Azz said...

Alhamdulillah...

Bersyukur di setiap waktu samada susah dan senang... Walaupun kadang2 alpa dgn duniawi... huhu...

Pengisian yang bagus ni.. Boleh la dikongsi kat fb.. :)

ika said...

insyaallah....
same2 kite renungkn...

ade sestgh org bile susah je bru nk ingt ALLAH...

jgnla kite jd sbhgian cmtu yea...
same2 mngingatkan..:)

lynda salim said...

100 % stuju ! :)

I A__M said...

Ok Ok i likee its

Amirah Jafri said...

entry yg meningatkan..semoga kita sume sentiasa berada dlm jalna yg diredhainya k :)

NNisa said...

nice entry.
termuhasabah sekejap.
teeettttt!
hehehe :)

NSR said...

usya link yg diberi. HAPPY RAMADHAN :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...