teman-teman

Thursday, July 28, 2011

Pencipta

Pernahkah di alam nyata ini, kita lihat sebatang pokok yang keras batangnya membelah diri sendiri?
Kemudian berlari ke sana ke mari mencari paku lalu memaku badannya sendiri. Akhirnya kayu itu duduk diam apabila siap menjadi kerusi?

Cuba kita fikirkan tentang hal ini pula. Andaikan pada suatu hari, kita sesat dalam perjalanan. Tiba-tiba kita terjumpa sebuah rumah di daerah sepi tanpa penghuni. Apabila kita melangkah masuk ke dalam rumah itu, kita dapati semua perabotnya tersusun rapi. Lantainya tersapu bersih dan tingkapnya terbuka luas. Makanan diatas meja pula siap terhidang. 

Pada masa itu, adakah kita fikir semua yang ada di dalam rumah itu tersusun sendiri? Dapatkah kita menerima apabila ada orang mendakwa, semua yang tersedia di dalam rumah itu wujud secara kebetulan?

Kita sukar menerima ada dakwaan ruang rumah yang tersusun rapi tidak ada penyusunnya. Kita juga susah percaya sebatang pokok mampu mengubah dirinya sendiri menjadi kerusi. Dan yang paling sukar bagi kita hendak menerima dunia yang rapi ini jika tidak ada pencipta dan tidak ada pentadbirnya.

Laut yang berombak dan angin yang bertiup itu bergerak dalam sistemnya sendiri. Begitu juga dengan planet dan bintang yang bertaburan di angkasa. Semut-semut yang berjalan perlahan di bumi juga sentiasa berada dalam sistem mereka sendiri yang teratur rapi. Semut sangat kecil tetapi begitu pandai beratur dalam barisan yang panjang, mengangkut makanan dan membina sarang.

Malah, jantung yang berdegup dalam badan kita juga berdegup mengikut sistem yang ditetapkan. Kita sendiri tidak mampu mengawal jantung itu walaupun jantung itu jantung kita. Kita tidak tahu berapa kali ia berdegup dalam sehari. Selagi kita tidak duduk, mendengar dan membilang degupan itu satu persatu.

Alam semesta membuktikan ada pencipta....

"Katakanlah Allah itu satu" (surah Al-Ikhlas ayat 1)

sekian..

22 comments:

Capital A ♥ said...

nice entry. keep it up bro :)

eqbalzack said...

salam,
abg eq singgah sini jalan2...(drp blog Ayuni)

❤ Cik Nissa ❤ said...

to syafiqmokhtar, entri ni awesome.analogi terbaik.
keep it up bro... =)

si kiut lavender said...

entry yg menarikk..
sronok membca sambil dok lepak2 n dlm msa yg sma dpt kutip ilmu kat sini...

senyumSOYA said...

beri ruang dan peluang untuk berfikir~ ^^!

cintatulip said...

hurmm... nice entry... x tau nk kata pe.. :)

cintatulip said...

hurmm... nice entry... x tau nk kata pe.. :)

Liana Norazmi said...

Ya Dzal Jalaliwal Ikram..nikmat-MU serba indah..hikmah dan rahmat-MU melimpah..

Dripada Nabi s.a.w,sabdanya,

"Fikirkanlah mngenai segala apa jua(yang diciptakan ALLAH),tetapi janganlah kamu memikirkn tentang zat ALLAH..."-Ibn Abbas

Ia mmg satu aturan untuk menunjukkn kekuasaan Maha Pencipta,agar dengn itu kita mnjadi org yg berfikir...

sahidakalis said...

i like bro...

cintahati~ said...
This comment has been removed by the author.
Nurasyiqin said...

cun..bg sesiapa yg tak percaya kewujudan tuhan patut baca nih..=)

cik AF said...

setiap sesuatu pasti mununjukkan kebesaran ilahi :)
sapik, eh abg sapek n3 dah semakin matang. ape rahsia nih ? :hihi

LemonSusu Skyjuice said...

assalamualaikum sapik..entri yang sangat bagus..setiap bnda yg ada mesti ada pencipta nya..mn mungkin tercipta sendiri:)

syErAh said...

masyaAllah...tabaarakallah...

setiap yang ade di bumi ni mesti ade yang mengatur dan mengawasinya..

tak perlu pikir jauh2..tegok je kat sekeliling kita..kan sapik?

ape gune akal kita jika xdigunakan untuk menilai kebesaran Allah =)

cik ifa said...

perkongsian yang menarik. syukran.

Nurulee said...

Kehebatan Allah mencipta alam, MashaAllah.

Entry yang bagus, thanx for sharing :bagus

cik pha said...

Allah itu satu.bersyukurlah Allah mmebri kita "hidup" y tak semua leh rasai..

miss ct said...

Assalamualaikum..
syafiq.. as usual, entry anda mmg mantap.. terbaik.. berinformasi.. keep up your good entry sapik..
jom nasyid kan sifat2 ALLAH...

sobri yaacob said...

enrty yg mnrik..
mendalam..ada maksud yg tsendiri :)

EYFAalias said...

Ya, Allah itu satu :)

Anonymous said...

pagerank seo uk backlinks cheap backlinks

yana yani said...

yana dtg blog yg ohsem nih sambil follow & komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...