teman-teman

Wednesday, July 6, 2011

Mari kita fikirkan sejenak siapa kita?

Assalamualaikum wbt.

    Pernah tercapai dek fikiran kita tak? sedar-sedar, kita sudah pun berada didunia. Sedar-sedar, kita dikelilingi oleh orang-orang yang kita kenal seperti ibu bapa, ahli keluarga dan sahabat handai. Kita tidak dapat mengingat, bilakah masanya kita minta dilahirkan ke dunia. Kita juga tidak dapat mengingat perkara yang berlaku semasa kita baru dilahirkan. Kita juga lupa apa yang berlaku pada kita semasa berada dalam kandungan ibu selama sembilan bulan. Kita tidak tahu apa yang berlaku sebelum kita wujud di dalam rahim ibu.

    Siapakah yang mencipta kita daripada tidak ada kepada ada? Siapakah yang menjaga kita semasa berada dalam tempoh kita "tidak sedar" dalam kandungan ibu kita? Siapakah yang menumbuhkan tulang dan daging pada badan kita? Siapakah yang mendegupkan jantung dan memanjangkan rambut kita?

    Kita sendiri tidak mengetahui sepenuhnya seluruh episod hidup kita. Semasa kita berada dalam kandungan ibu, segala yang berlaku bukan dalam kawalan kita ataupun ibu kita. Ibu kita sendiri tidak tahu anak yang dikandungnya itu lelaki ataupun perempuan sehingga dapat dikesan dengan alat khas. Itupun bukan 100% benar.

    Begitu juga semasa kita masih bayi. Kita sendiri tidak ingat, adakah kita pernah berniat hendak belajar duduk, belajar merangkak dan belajar menyuap makanan sendiri. Kita hanya dapat melihat wajah dan
perbuatan kita semasa kecil dalam rakaman yang penah dirakam oleh ibu bapa kita. Menurut ibu bapa kita, mereka pun tidak mengajar kita cara hendak duduk dan merangkak. Tiba masanya, mereka dapati kita sudah pandai. Siapakah sebenarnya yang mengajar kita?

    Apabila kita tidur ataupun tidak sedarkan diri, perkara yang sama juga berlaku. Semua organ masih berfungsi dengan baik dalam masa kita kita tidak sedar apa-apa. Apabila kita sedar, kita dapati kita masih hidup seperti biasa. Mata masih dapat melihat, telinga masih dapat mendengar dan lidah masih dapat berkata-kata.

hebatkan?

 
P/s : Lihat bertapa maha bijaksananya Allah S.W.T..sedangkan kita pun tidak mampu berfikir bagaimana kewujudan kita di muka bumi apatah lagi kewujudan Allah S.W.T..Kita tidak perlu tau bagaimana Allah itu wujud..tapi kita kena tau yang Allah itu benar-benar wujud.. 

Wujud = Sifat pertama dalam SIFAT 20

wallah hu alam

29 comments:

Messy Girl said...

yup..hebat2 :)

HusnaShuib said...

ALLAH Maha Esa. MasyaAllah. :)

Syafiq Mokhtar said...

MG : aah kan.. itu ja yang mampu gitau.. sangat hebat.. :)

Syafiq Mokhtar said...

Nurulee.. : La'ila..ha'illallah.. :)

naqiah said...

kuasa Allah x tercapai dek akal.. kalau kita nk mencipta robot manusia pon.. x sesempurna Allah mencipta manusia.. masyaAllah..

SYAF said...

MuSaBah Diri.... THaNK Sapik.

Unknown said...

orang yang benar2 beriman pasti merasa begitu dekat dengan Allah...

mari sama2 berdoa agar kita tergolong dalam orang2 yang beriman seiring dengan usaha ke arah kebaikan...:)

Anonymous said...

pengisian yg hebat.....

Syafiq Mokhtar said...

cinta tulip : manusia ini adalah sebaik-baik jadian.. :)

Syafiq Mokhtar said...

syaf : thanks to Allah.. not me.. sama2 kita mahasabah.. :)

Syafiq Mokhtar said...

cik tiniey : amin ya rab..

Syafiq Mokhtar said...

sil4h : (:

miss ct said...

Assalamualaikum...
entry yg bgs dan berilmu..terbaik =)

Dzu Aamal said...

;) tiada yang benar melainkan benar belaka... haha, wordless bila baca n3 ni. thanks sapik! hehee...

Siti Safiyyah said...

sedar2 skang dah masuk bulan julai.. tak lama lagi aktiviti berblogging dah makin kurang kot.. huhuhu. rasa macam baru jek bulan satu.. T_T

admin said...

sedar siapa diri ini ..
entry terbaik :D . kurrrrrrrrrr

shaifulshafian said...

dari kita kecik sampai besar,dari kita buka mata sampai tutup mata,dari kita hidup sampai mati semuanya nikmat dari Allah..syukur...

feeza macho said...

bru sedar ..


ade entri baru

-_________________-"

said...

syukran atas peringatan ini :)

FF said...

Subhanallah.. besar nikmat Allah

HanTu-ToMYam said...

allah sentiasa bersama kita..tp kita yang menjauhi diri dari-NYA

Unknown said...

subhanallah :angguk

Rien Rose said...

hebatnye..huhu sedih lak rase..huhu

tiefazatie said...

xterkata..

sarah :) said...

MasyaAllah :)

alepridz said...

amin~ syukur aku dilahirkan sebagai manusia... ^^

PINDAH RUMAH..

ezza haniza said...

sangat hebat keagunganNYAA

Mira Zaini said...

Alhamdulillah, sme2 lah kite bsyukur~

ashafanie said...

Allah Maha BErkuasa
tq ingatkan asal usul kita
kadang2 kita lalai krna trlalu ghairah dgn duniawi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...