teman-teman

Thursday, July 14, 2011

Kalau ini lah yang dijadikan tiket..

Rasanya pernah kah kita terfikir..mampukah kita memilih rupa bentuk kita?
Gambar tiada kena mengena..comel pulak bila letak pic ni ^^
Lelaki atau perempuan, berhidung mancung ataupun tidak, berkulit cerah ataupun gelap, itulah ciptaan Allah buat kita. Kita sendiri tidak berkuasa penuh pada pada tubuh badan kita. Kadang-kadang, banyak perkara yang tidak kita inginkan tetap ada pada diri kita.


Ada orang cuba menukar jantina kerana tidak berpuas hati dengan jantina mereka.. katanya "mereka iaitu masyarakat yang lain tidak memahami naluri kami". Ada yang melakukan pembedahan kerana mereka tidak puas hati dengan bentuk mata dan hidung mereka Ada juga orang melakukan pembedahan berulang kali apabila usia semakin tua bagi membaiki kedut-kedut yang muncul pada kulit.

Walau apa pun usaha dilakukan, mengubah rupa bentuk asal tidak kekal, malah mengundang bahaya. Kita tidak dapat menambah tangan yang sudah sedia ada dua ataupun menambah lagi mata supaya menjadi empat. Kita tidak akan mampu melawan tua. Mahu ataupun tidak, hampir semua orang mesti melalui tempoh tua sebelum meninggal dunia.

Dalam surah al-Qasas, ayat 68 Allah sendiri memberitahu kita dia menjadikan apa yang dia inginkan dan menentukan pilihan sendiri. Semua makhluk ciptaan Allah tidak mampu memilih bentuk kejadian mereka.

Apabila kita sendiri tidak mampu memilih perkara yang ada pada diri kita sendiri, tentu ada kuasa yang menciptakan dan menentukan rupa bentuk kita. Diala yang membentuk rupa kita semasa kecil, dia juga yang membentuk rupa kita selepas kita dewasa. Kuasa itu adalah Tuhan kita iaitu Allah yang mencipta manusia dan seluruh alam ini.

Kacak? Jelita? Hodoh? Stylo? Hot? Cerah? Gelap? Sawo matang? Kuning langsat? atau apa saja bentuk fizikal kita..Itu dan Ini? Bukanlah tiket ke surga neraka bagi kita di negeri kekal akan datang seperti yang telah termaktub didalam rukun iman ke 5.

Syukuri apa yang ada kita hanyalah anugerah  [D` Masive]
sekian...

50 comments:

Yuyu Zulaikha said...

<3 <3 <3 nak share boleh?

naqiah said...

naqiah operate idung bkn nk mancung nah..!! hahahaha.. nice entry bro..
aku syukur ada hidung besar, taik lalat sebijik kat muka walaupon org suka ejek.. :yes

BIG BOSS said...

kita smua sama. tiada bezanya di mata Allah. smua hamba Nya.

Syafiq Mokhtar said...

yuyu : sila kan.. :)

Syafiq Mokhtar said...

ctp : sapik doakan yg terbaik untuk pembedahan tu..ala tau naqiah sakit.. :)

Syafiq Mokhtar said...

b.boss : ya..manusia adalah sebaik baik jadian.. :)

HusnaShuib said...

Kena bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan kt kita.
Btw, nice entry.
:bagus

SYAF said...

Besarnya kurnia ALLAH...sesungguhnya bersyukur dengan apa yang DIA kurnia kan...

feeza macho said...

:tulis

syera said...

yep...

asalkan kita cukup sifat tu pun dah kire bersyukur...

tak bergantung kepada orang lain...

tepuk dada,tanya iman...=)

Primadona said...

Salam syafiq..

very nice entri.Bagus untuk renungan kita semua.Keep up the good work ok ;)

AshaNazal said...

saya hanya mengangguk, senyum dan bersetuju. =)

nur aisya humaira said...

manusia selalu je tamak, tak berkenan dgn apa yg ada...

ble ade yg selalu mengingat, itu anugerah supaya kte tak leka..supaya kita sentiasa jdi insan yg bersyukur..:)

nazira said...

So conclusionnya, bersyukur je la dengan ape yang telah dianugerahkan.. Setiap ciptaan Tuhan itu indah sebenarnya jika kita seorang yang bersyukur..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Anonymous said...

lagipun yang kita ada ini hanya pinjaman semata-mata. kan :)

Biar Tinggi di Langit said...

salam kenal dr gadis butterfly- manusia yg sebegitu ialah mereka yg tak pernaah bersyukur dgn pinjaman-Nyaa... hem, manusia zaman skrg.. jd, mari la kitaa bersama2 mengsyukuri nikmat-Nya.. :)

Unknown said...

semua dekat dunia nie adlh pinjaman yg bile2 mse shj akn ditarik balik ...

renungan yang bagus...nak share boleh ?? :}

AmySyahiera Malik said...

bersetuju dgn entry nie . suke gilak dgn entry nie . "sesungguhnya org yang tak mensyukuri apa yang dipinjamkn kepde kita , akn dibenci oleh-NYA"
ngee~

Syafiq Mokhtar said...

pinjaman yang diamanahkan.. apa pun segala jenis bentuk pinjaman mesti disertakan dengan amanah..sedangkan pinjam barang orang pun wajib amanah.. apatah lagi tubuh badan kita..

iejjah : silakan.. :)

NNisa said...

proud to be myself.
even 'aku cuma gadis dalam jamban'.
ngeeeee. (-_-)

Syaza Kelyza said...

nice entry :)


memang kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada . Allah telah jadikan makhluknya sebaik-baik kejadian :)

Unknown said...

thanks shfiq :}

FADZ said...

bes n3 nih.. mengingatkan eden supaya bersyukur ttg ciptaan tuhan pada diri kita ni..setiap yg diciptakan,baik da buruknyer pasti ada hikmahnyer tersendiri..=)

anissnaadia said...

tidak Allah jadikan sesuatu itu sia sia. :)

ali-imran : 191

Aqilah Azmi said...

Waaa <3333
Hebatt , terbaekk ! Hmm , keyla pun bersyukur walaupun gemuk . Hidung tak mancung , pipi gemuk -.- hihi . TYSM <3333

Asiah Jaffar said...

ramai yg duk kejar tiket dunia, tapi tiket akhirat?? sob3..

Siti Safiyyah said...

teringat mak.. mak slalu pesan camtu.. mak kata, pegi mane2 pon solat jgn tinggal sebab itulah tiket kita.. T___T

Shiqin Sunshine said...

huhu, biasala manusia tak penah satiesfied kan kan... huhu, klu boleh nak perfect 100 percnt....=)

Liyana Shamsuddin said...

entry yang sangat baguz..selagi kita digelar manusia kita tak akan pernah berpuas hati dengan apa yang dah kita miliki..manusia susah nak bersyukur dengan nikmat yang diberikan..tapi tak semua yang macam tu..nice entry..suka sesangat..=)

haffizmohdnoor said...

like this post..thanks for remember :D

nik farina aishah.... :) said...

setiap ciptaan allah tu ade kebaikkan dan kelemahannye ... ade kebaikkan dan keburukkannye...

zety said...

entri penuh berisi!
syabas

miss ct said...

Assalamualaikum..
mcm biasa..entry penuh dgn ilmu dan pengajaran.. keep up your good job...tq sudi kongsi ilmu =)

Aisyah Aina said...

betul2...bersyukur je la dengan apa yang kita ada kan :)

tiba2 suka lagu d'masiv pulak bila baca entri ni...haha

Hafiz Hafizol said...

<<---insafff.... sob3~~

fyna ahmad said...

bersyukur dengan apa yang kita miliki..
:)

Anonymous said...

Herm,, entry yang bagus ^^

Saya bersetuju dengan apa yang awak tulis..
Semua yang ada kat diri kita nie ALLAH telah tentukan..
Kalau ade orang yang ubah ciptaannya, ianya bermakna ia tidak mensyukuri ape yang telah ALLAH buat kat dia..

p/s: mujur ALLAH bagi mata dan tangan dan semua nikmat ni kepada saya... kalau tak, saya tak bolehlah nak baca entry awak dan komen sekali.. he he he ^^

cik aja said...

xperlu nak merungut dgn apa yang kita. tapi kita kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada..:))

bella luna said...

betul2,.setuju ngan ape yg sapik katekan lam entry nie,.agypun setiap ape yg dijadikan mesti ade hikmahnya,.bersyukurlah dgn kejadianNya,sesungguhnya Dia lebih mengetahui ape yg terbaik untuk hamba2nya;)

Unknown said...

QUEENPINK PUN SETUJU TENTANG KENYATAAN AWAK INI..

KU BERSYUKUR PADA ALLAH YANG MENCIPTAKAN KITA INI.

Ezreen Zainol said...

yaya..
saya sgt b'syukur :')
xperlu pertikaikannya ya,kwn2 sbb cantik luaran xpenting,lebih penting kecantikan dalaman .buka minda dan hati anda semua :')

nurulain1011 said...

entry yang membuka minda.. siapalah kita nak mengubah ciptaan-Nya..

cik kiwi's said...

alhamdulillah. bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan..:)

deeyamorten said...

nice one :)

Bunga said...

Alhamdulillah, memberikan sy sedikit kesedaran :)

D'ya Marshmello said...

bersyukur dengan apa yang tuhan kurniakan ;)

Misz Nuriz said...

Betul tu..bersyukurlah dgn apa yg kita miliki hari ini.. Walau rupa cantik, tak cantik, miskin, kaya, tinggi, rendah, hitam, putih.. Semua ni hanyalah sementara saja.. Kehidupan di sana lebih utama..

Lulu Rahman said...

bersyukur lebih baik dr mengubah :)

is revered by you said...

saya setuju dengan lulu rahman! =)

zaRain said...

perasan tk..kadang2 ada setengah org kita tgk muke de kita rase biase je..takdela cantik sgt..tp suami de tase dia cantek sgt.. so snanye org yg da ditentukan utk kita,akan lihat kite cantik di mate dorang..sy ckp gini sbb selalunye org yg ubah2 ni sbb nk tarik perhatian, nk org ckp de cantek..so tkyahla ubah..snanye ape yg ada kat kite dah cukup cantik n terbaik tuk kita..kn kn kn kn kn?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...