teman-teman

Wednesday, July 13, 2011

Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique'

http://www.abdulfarique.com

"Dimana bumi kupijak disitu langit kujunjung..alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan ohoowoo.."
 
Ehem2x! inilah lirik yang dapat dipetik dari lagu semerah padi yang dipopularkan oleh m.nasir suatu ketika dahulu.. nak tau sebab apa aku nyanyi lagu ni?
 
Dalam keadaan was-was aku menceburkan diri dalam kontes yang agak susah bagi aku..iaitu mengkritik dan mengutuk blog..seperti sedia maklum aku seorang blogger yang amat kerdil macam orang kerdil citer snowhite dalam dunia blog,sepatutnya aku ini amatlah tidak layak dan sememangnya tidak layak untuk mengkritik mahupun mengutuk..

Dan aku ni seolah-olah mengundang bahaya menceburi kontes ini..mungkin tindakan aku ini ibarat seorang askar yang kehabisan peluru sedang mengepam tayar basikalnya yang pancit..ok tak payah ingatkan aku..aku tau tak lawak.. TETAPI!

heh! ingat aku peduli ke semua itu? ternyata aku memang tak peduli..kerana sememangnya aku memang ada point pun nak kritik blog si Abdul Farique ni.. di ulangi "Aku Memang Ada Point" (imaginasi kan ayat ini bergema-gema seperti bercakap didalam gua) untuk kesan yang lebih dramatik..

Nak tau apa dia?? lets go bebeh! check this out.. detective conan DeSapikMota cuba merungkai mengkritik tentang masaalah ini.

1. kritikan aku yang pertama ialah.. header Abdul Farique.. korang nampak apa aku nampak? aku rasa korang tak nampak.. tapi!!?? aku nampak.. hehehe (gelak sinis ala-ala ketua gagak itam) tau apa dia?? POKOK!

Korang cuba telitikan apa yang kurang pada pokok ni?? iyaa.. itu jawapannya..pokok ini ada sedikit kecacatan..even header ini kartun tapi disebabkan pokok ini tumbuh kat atas lalang ia tak nampak berapa logik.. header ni nampak ada sikit kecacatan gara-gara pokok ini..sepatutnya pokok ini di editkan dibelakang lalang supaya ia lebih tampak natural..
 

2. kritikan kedua ialah.. bloglist.. di bahagian The Laki-Laki nak tau kenapa aku kritik + kutuk?
 
cursors dalam bulatan merah tu aku dah letih dah tolak ke atas, ke bawah, ke atas ke bawah..kemudian aku cuba la pergi ke senarai bloglist The Gadis-Gadis pulak.. tapi jawapannya tetap hampa..malah kecewa..tau kenapa? blog aku tak tersenarai..ok fine! fine! fine! :majuk (lari sambil minum air kotak coklat)

 
3. kritikan ketiga ialah.. tentang entry wordless wednesday terbaru Abdul Farique.. bagi sesiapa yang pernah tengok entry si Abdul Farique yang baru-baru ni mesti dapat memahami jiwa aku yang susah hati dan risau teramat sangat sehingga aku mandi tak basah tido tak nyenyak gara-gara melihat entry wordless wednessday beliau..

nampak?? so korang tau kan sebab apa aku risau? tengok uncle tu selamber yaya selamber papa :gitar je tido macamtu kat atas motor..bahaya tau..mana la tau tiba-tiba ada angin ribut yang kencang, atau uncle tu tido mimpi hantu atau mimpi dikejar anaconda.. mau tak terjatuh ditimpa motor? ditimpa tangga pun tak teruk macam ditimpa motor..

ok so ini je kritikan dan kutukan yang mengikut terma dan syarat yang dituntut.. sekian terima kasih.. by the way lastly.. Abdul Farique... Ampunnnn!~~ aku ikut syarat je..jangan tacink dengan kutukan dan kritikan ini..  hahaha dan tak lupa tahniah wat kontes yang sangup menerima kritikan orang..bukan semua orang mampu menerima kritikan.. teringat kata-kata Fadzilah Kamsah "Insan yang cemerlang selalu menerima pandangan orang lain

peace yaw! :)

P/s : Tapi ada jugak pujian yang patut diberi..contohnya.. Abdul Farique pandai balut hamper.. :hoho

sekian wassalam

kena Tag sorang.. sapa aku nak tag ni.. tag yuyu zulaikha dia marah tak?
selamber je la tag dia. eh hermm tak berani la plak.. tag abg nukilan ni je la..haha

20 comments:

naqiah said...

hahahaha... ni kritikan lawak okay???? bukan membina sapik!! hahahaha... nak masuk bloglist rupenye sapik.. hahaha

:yes af pndai balut hamper.. :hoho

SYAF said...

salam...hahaha dah melekat nama aku abg nukilan.......korang memang yea.... :geram sapik pandai kritk...mempergunakan apa yang tuan punya blog katakan....bagus sapik.... syaf ingat nak cete pasal pokok atas umput tu gak...tpai sapik dah cete tak nak lah cete karang entry sama lak.... hahaha

apa2 pun sapik af memang pandai balut hamper..pic dia ada dalam simpanan syaf...

P/S : tank sapik tag syaf...ptg nie syaf akan buat entry pasal segmen nie..

Syafiq Mokhtar said...

naqiah : ni kritikan yg sangat ihklas ni.. huhu

Syafiq Mokhtar said...

haha syaf.. dan2 nak cite pasal pokok jugak.. haha xde2.. cite la pasal biskut ke unta ke..haha

red gitarputeh said...

terasa macam nak joinpulak. ahaks!! :ragu

hamper aku lagi cantek kutt :ragu

feeza macho said...

-____________-

semoga tercapai la impian nak beli helipkopter control tu yea :p

:lari

naqiah said...

entry terbaik la sapik... kritikkan dalam lawakkan... :erk :apa

:hoho...

red!!!! red pembalut merah (plastik) hahaha

Fadzlin Basir said...

assalamualaikum..adakah rs untuk mngkritik terpanggil2 disebabkn xde kat beloglist OMG>>!!hahahhahahahha...cess~~

admin said...

gila terbaik bro .. bukan main kutuk aku ye, hehehe . best bro XD . terima kasih sebab join ye :bagus

Syafiq Mokhtar said...

red : balut cantik camne pun.. masuk dalam beg gak kan.. haha :P

Syafiq Mokhtar said...

feeza : tu laa nak beli helicopter jugat! wohoho

Syafiq Mokhtar said...

ctp : kritikan membina kan? boleh menang kan? hahah

Syafiq Mokhtar said...

lynn : aah tu salah satu tu.. kene kritik tu..haha

Syafiq Mokhtar said...

af :small metter bro.. :P

Dzu Aamal said...

hakhak! lawak noks baca entry ni.. :P

Siti Safiyyah said...

HAHA. kutuk ke buat lawak ni? aptb la sapik ni. :p

red gitarputeh said...

nampaknya sapik reply komen ikut nasihat aku :hihi

Syafiq Mokhtar said...

piyah : :hah ini la kritikan paling berkesan.. haha :P

Syafiq Mokhtar said...

red : akhirnya ko datang beri komen yg kedua.. :D

Noura Nuriman said...

singgah sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...