teman-teman

Wednesday, March 16, 2011

Message tersirat dari yang tersurat buat bumi dan kita..

Assalamualaikum..


Entri kali ni agak rumit untuk diceritakan..sebab mungkin boleh menyentuh 
sensitivity manusia..tapi kita sebagai manusia xdapat lari dari rasa tertanya²..
kenapa perkara² begini boleh berlaku..jauh dari sudut hati ini sangat sedih dan terlalu takut..


Berikutan sering terjadinya bermacam² musibah,seperti bencana alam,
berbagai² kecelakaan, jenayah itu  jenayah ini serta perbalahan dan pergaduhan 
diantara manusia sesama manusia, berlakunya pemberontakan penunjuk perasaan 
antara rakyat dan pemimpin..banyak..memang banyak sangat segala jenis bentuk "kerosakan" dah jadi pada dunia kita zaman sekarang ini..


sifat nilai murni manusia semakin terhakis menipis dengan 
"peristiwa masa" dunia yang terlalu cepat..


Sedihnya bila bumi yang dianugerah Allah paling besar buat kita dan makhluknya 
dah jadi pergolakkan yang amat sadis sekali..
sedang negara padang pasir masih panas dengan isu pemberontakan..
baru² ni dunia di gemparkan sekali lagi dengan kejadian gempa bumi dan tsunami..
kali ini dinegara matahari terbit..(mari kita sama² sertakan doa buat mereka supaya selamat dan tabah)


Walopun kita disini aman damai dan masih sibuk dengan aktiviti harian..
tapi apa yang terjadi kali ini boleh dianggap paling serius..
iya..negara yang berlakunya bencana gempa dan gelombang itu bukan disini..tapi disana..
memang betul..
tapi sedarkah kita..bencana itu dibumi kita..saya ulang "DI BUMI KITA"
abis kita di mana? 


Sudah banyak saudara mara kita terkorban,bayangkan jika kita di tempat mereka..
jika kita tau perkara sebegini akan berlaku pada diri kita atau orang terdekat 
mahupun ditempat kita sendiri? apa persediaan kita?
bumi yang menjadi tempat tinggal kita sekarang ini akan jadi apa pada keesokan harinya? 
tika kita masih sedang tersenyum alpa lupa dan lalai di hari ini?
semoga kita sama² beringat dan mengingat antara satu sama lain..


Marilah kita bersama-sama berdoa kepadaNYA


"Bismillahhir rohman nirrohim.."


"Allah hummar rofa'na asyrif annal 
bala', wal waba', wal jauro, wa zulma,
wa fitan wal mihan,wal ain'na, wa sihri
ma zaharo minha wa ma bathon.. 
wad fa'illah humma's syaghot toghi wal baghi 
na zolimi na bima syitta ajilla.. 
fi a'fiyatin wa salamatin
birrohmatika ya arhamar rohimin..
amin ya rabbal a'lamin.."

maaf jika entri ni menyinggungkan, kita manusia ..yang maksum sifatnya..
semoga Allah merahmati kita dan semua ya..


Firman Allah : 
Innama amruhu iza arodha syai'an ayn yaqulalahu kun fa yakunn.. 


" Artinya, sesungguhnya perintah-Nya, apabila Dia mengkehendaki 
sesuatu hanyalah berkata kepadanya: 'Jadilah!' maka terjadilah. 
(QS Yasin [36]: 82)




Dua keping gambar di atas credited to my friend. Thanks salma..

3 comments:

Asyraf said...

bagus entri kali ni...

Taufan Bin Ribut said...

semoga allah merahmati kita..amin ya rabbal alamin..

Syafiq Mokhtar said...

asyraf : thanks bro..

taufan ribut : moga Allah merahmati kita semua.. amin.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...