teman-teman

Monday, February 6, 2012

Labbaikallah humma labbaik..

Assalamualaikum warahmatullah.. 

Entry ini agak personel, tak sama macam entry yang sebelum ni saya buat umum, jika mau teruskan bacaan silakan, jika taknak jangan paksa diri ya.. :P

Di entry yang lalu saya ada menceritakan satu kisah yang saya sedang menghadapi temuduga kan? di entry ini [syafiq cuba selesaikan masaalah makcik ini] kali ini entry yang berkaitan juga.. tetapi entry kali ini setelah saya terpilih menjadi mutawwif dan menghadiri kursus..

Kursus mutawwif selama 15 hari yang saya lalui tempoh hari itu memang suatu kursus yang sangat padat pada saya, pernah saya ikut orientasi dulu tapi tidak sepenat ini, kursus yang kurus buat saya, sebab banyak guna otak kerana melibatkan hukum-hukum fiqh, permasaalahan dalam bab-bab umrah dan haji, selain menulis, mengkaji sirah, menghafal, bercerita tentang sejarah makkah dan madinah dan paling banyak juga menggunakan tenaga.

kami diuji dari segi mental, salah satunya solo drop atau burung hantu (ditinggalkan dalam hutan seorang diri), panjat bukit, turun bukit,setiap aktiviti itu calon mutawwif dikehendaki bertalbiyah tanpa henti "labbaikallah humma labbaik.. labbaikalaa syarikala kala baik..innalhamda wanni'mata, lakawalmulk laa syarikalak" kalau nak diceritakan aktiviti-aktiviti yang kami lalui ini takkan habis. Penuh sangat..

Tapi alhamdulillah, banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat selama berkursus disitu, saya bersyukur sangat, walopun ramai yang kata tugas mutawwif ini susah dan harus banyak bersabar, tetapi saya anggap ini sebagai cabaran dan tanggungjawab, dan Allah telah memilih saya untuk membimbing hamba-hambanya yang lain kerumahNya. Apa yang penting kursus yang saya lalui itu berakhir dengan jayanya, terima kasih kepada ustaz-ustaz dan petugas-petugas yang banyak membantu.

3-4 hari lalu, sewaktu saya masih dialam buaian barzakh (tido) henpon saya bunyi, saya baca sms dari seorang sahabat yang berbunyi begini semoga "menjadi mutawwif berjaya utusan malaysia".

Dalam hati saya terfikir,oh barangkali dah keluar berita kursus tempoh hari, selesai mandi saya pun siap-siap keluar beli surat khabar utusan yang memang tak pernah pun saya baca sebelum ni. Tetapi sebab ada berita yang melibatkan tempat kursus saya haritu jadi saya pun memecahkan jugak tradisi personal saya untuk membeli suratkhabar utusan. :P


Ramai kenalan saya yang tengok gambar ni ada yang kata senyum bahagia, ada yang kata muka tak bersalah, innocent dan sebagainya..yang saya tau memang menonjol sangat..hehe malunya.. kalau tau gambar mcm ni tutup muka dengan sijil pun takpe..hehe

berita penuh di Utusan Malaysia

Wednesday, February 1, 2012

indah khabar dari rupa? dah biasa kita dengar.. rupa tak seindah khabar? yang ini jarang kita dengar..sebab ini rahsiaNYA dan ini rencanaNYA

Assalamualaikum.. buat sahabat-sahabat semua.


Dengan bekerja keras dan mencari ilham semalaman akhirnya dapat jugak saya menghasilkan satu entry, setelah ramai yang tegur saya sebab dah lama tak update. 


Maafkan saya! (sambil berdiri tegak dan menunduk) :P


Saya ada sebuah kisah seorang anak yang sedang memerhati ibunya yang sedang menjahit..
image by google
Suatu ketika ada seorang anak kecil sedang memperhatikan ibunya yang duduk menyulam di atas kerusi. Sambil duduk di lantai di bawah kain sulaman ibunya, dia bertanya..


Anak : Ibu sedang buat apa?


Ibu : Ibu sedang menyulam sebuah gambar di atas kain nak..


Anak : Ibu, mengapa yang saya lihat dari bawah hanya untaian benang saja?


Si ibu memandang lembut anaknya sambil tersenyum lembut, lalu berkata..


"Anakku, pergilah bermain, biarkan ibu selesaikan sulaman ini dulu. Nanti setelah selesai, ibu akan panggil dan ibu akan tunjukkan hasilnya agar kamu dapat melihat sulaman ini dari atas ya.."


Beberapa minit kemudian si ibu memanggil..


"Anakku, ke sini! Duduklah di pangkuan ibu."


Ketika berada di atas pangkuan ibunya, si anak hairan dan kagum melihat bunga-bunga yang indah dengan latar belakang pemandangan matahari yang sedang terbit. Sungguh indah sekali. Si anak hampir tidak percaya kerana dari bawah yang dilihatnya hanyalah juluran benang-benang pelbagai warna..


Dengan senyuman si ibu berkata..


"Anakku, dari bawah memang nampak hanya untaian-untaian benang saja, tetapi kamu tidak menyedari bahawa di atas kain ini sudah ada gambar yang cantik, Ibu hanya memasukkan jarum dan mengikuti benang pada setiap garisan gambar yang cantik ini, sekarang dengan melihatnya dari atas kamu dapat melihat keindahan dari apa yang ibu lakukan.."




Kisah tersebut menggambarkan sebuah proses kehidupan yang dapat disamakan dengan hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai pencipta. Dalam hidup sering kita bertanya dan tertanya-tanya kepada Allah SWT..


"Ya Allah, apakah yang sedang engkau lakukan"? Padahal ketika itu Allah sedang "menyulam" kehidupan kita. Kita pun selalu membantah kerana dunia ini sering terlihat seperti benang hitam putih yang kusut. Kita pun sering merasa merasa untuk memprotes mengapa tidak semuanya memakai warna yang cerah?


Mungkin saja ketika itu Allah SWT menjawab..


"Hambaku, teruskan saja pekerjaanmu, biar aku menyelesaikan rencanaKu di bumi ini. Suatu ketika nanti aku akan memanggilmu dan meletakkanmu dipangkuanKu. Ketika itu engkau akan melihat rencanaKu yang indah."


Allah berhak menentukan apa yang akan terjadi pada seorang hamba. Setiap ketentuan Allah yang berlaku baginya adalah yang terbaik. Meskipun takdir itu hadir berupa musibah. Bila semuanya baik, jadi mengapa seorang hamba berfikir untuk menghindari kebaikan. 


Namun demikian kita tidak selamanya dapat mengetahui kebaikan yang terkandung dalam setiap takdir itu. Semuanya tetap akan menjadi rahsia Allah..
Sekian.. Allah hu alam.. :)

Friday, December 30, 2011

Temuduga; "Syafiq cuba selesaikan masaalah seorang makcik ini"

Assalamualaikum..


Saya cuba update entry seringkas mungkin.
Saya nak cerita bagaimana pengalaman saya interview disatu syarikat travel Umrah dan Haji


Bermulanya begini.


Abah : Syafiq, abah nak tanya, selama 3 bulan ni, Syafiq suka dengan tempat kerja syafiq sekarang?
Saya : Alhamdulillah, suka, Syafiq seronok dengan tempat kerja Syafiq sekarang.


Untuk makluman, sebelum ni saya menganggur dalam jangka masa yang agak lama. Dan saya baru bekerja disatu syarikat permotoran bermula dari bulan 10-2011.


Abah : Abah ada hajat, umi pun berhajat, kelmarin Abah ada baca satu iklan, Syarikat umrah haji ni nak pakai mutawwif, Abah dengan umi suka kalau Syafiq cuba. Lagipun benda ni ada kena mengena dengan bidang Syafiq.. abah tak paksa Syafiq berhenti tempat kerja lama, tapi apa salahnya kalau Syafiq mencuba. Dapat tak dapat belakang kira.


Mutawwif = Tugas membimbing jemaah-jemaah umrah atau haji untuk melunaskan rukun-rukun umrah dan haji, disamping menguruskan segala urusan perjalanan.


Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghampir kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”. (Bukhari-Muslim)




Abah : Kalau Syafiq rasa abah macam memaksa, Abah minta maaf, terpulang pada Syafiq, Abah tak paksa pun, Syafiq boleh terus kerja kat tempat syafiq, yang penting kerja halal, tapi mutawwif ni kerjanya mulia, sebab tugas mutawwif ni ibarat kita membawa Tetamu Allah kerumah Allah (Makkah).


Saya : Tak la Abah, Syafiq tak rasa terpaksa pun, Kalau Umi dengan Abah rasa itu yang terbaik, Syafiq cuba, lagipun setiap orang ada keinginan nak ke Makkah, Syafiq pun teringin nak tengok Madinah. Tapi Syafiq rasa macam tak layak jadi mutawwif, Syafiq pun tak tau macam mana nak buat keputusan.


Abah : Kalau Syafiq tak nak pun takpa, jangan anggap tu sebagai bebanan, dan jangan main rasa-rasa, itu perkara yang akan datang, yang penting cuba.. kalau ada rasa nak mencuba, Alhamdulillah, Abah dengan umi redha sangat, itu yang paling kami suka, sebab keinginan mencuba tu ada, tapi apa-apa pun Syafiq apa yang kita buat, paling utama betulkan niat. 


Saya : Baik Abah.


Abah : Ini no telefon Haji. Sulaiman, Kalo rasa nak mencuba, telefon no ni, kalau taknak pun takpa terpulang.. Syafiq berhak buat keputusan, sebab Syafiq dah besar.


Selang 2 hari selepas tu..


Saya : Assalamualaikum.. ini Haji Sulaiman ke?


28 haribulan, iaitu semalam, saya dah pergi tempat temuduga, ramai jugak disana, kebanyakan semuanya yang hebat-hebat terasa macam pergi audition Imam Muda, ada yang pangkat pakcik-pakcik, abang-abang, ada antara mereka yang berjubah, berkopiah, berbaju melayu, saya? pakai jeans dengan kemeja soda rambut pacak je.. rasa diri ni kerdil sangat, dengan bayangan muka umi dan abah saya bawak bekal sebagai kekuatan, sempat jugak berkenalan dengan beberapa orang disana, rata-ratanya semuanya Ustaz-ustaz dari sekolah agama, paling ramai lulusan dari Al-Azhar Mesir.


Sebelum temuduga semua yang hadir diberi sedikit taklimat.


Bermula jam 11 pagi, setiap nama dipanggil, waktu tu agak gemuruh la jugak, tipu laa kalau kata tak takut kan, memang agak lama jugak perjalanan temuduga tu, sampai masuk waktu zohor, kami solat berjemaah diruang pejabat paling atas, agak besar jugak pejabat ni, siap tersedia ruangan solat seperti surau..


Diringkas kan cerita, pada jam 3.40petang nama Saya dipanggil. Saya istighfar 3 kali baca doa sikit-sikit dan melangkah masuk sambil membawak beg converse yang saya beli dari danau, yang  sememangnya sentiasa dalam dakapan, maklumlah dokumentari banyak dalam tu.. :P


Ada 3 wajah disitu. Dan salah seorangnya Haji Sulaiman. Haji Sulaiman memulakan perbualan dengan berbahasa arab, jadi barulah saya faham interview berbentuk dalam bahasa arab.


Setelah selesai perbualan, saya berasa lega, jangkaan saya sudah selesai, rupanya belum habis lagi, kata Haji ada satu permasaalahan yang dia mintak saya selesaikan mengenai hukum fiqh dalam mengerjakan umrah.


Dalam hati saya " ahh sudahh.. apa pun tak study ni "


Haji Sulaiman : Syafiq cuba selesaikan masaalah ni "Seorang makcik, yang sedang tawaf, seperti sedia maklum tawaf yang sah adalah 7 pusingan, tetapi didalam pusingan yang ke5 makcik itu terkeluar darah haid" jadi apa pandangan Syafiq dan bagaimana nak selesaikan masaalah ni.


(terdiam sekejap)


sebenarnya saya cuba untuk mengingati balik bab umrah dan haji yang pernah saya belajar dulu..


Syafiq : Jika saya salah, saya harap tuan sila betulkan ya, pandangan saya mengenai masaalah tadi mengingatkan saya tentang kisah Saidatuna Aisyah yang menangis ketika ingin menunaikan ibadah Haji, Sepertimana Rasulullah memujuk Saidatuna Aisyah yang sedang menangis, kata Rasulullah sesungguhnya haid ini sudah ditentukan oleh Allah untuk kaum Hawa, maka tunaikanlah segala rukun haji yang boleh, seperti biasa kecuali tawaf. 

Berbalik pada masaalah makcik tadi, jika darah haidnya keluar ketika dipusingan ke5 maka pengerjaan tawaf makcik itu tidak sah tawafnya, tetapi tidak batal umrahnya. Jadi umrah makcik itu tergantung di rukun umrah yang ketiga, iaitu tawaf, penyelesaian masaalah makcik itu, makcik tu perlu tunggu sehingga haidnya kering dan mengangkat hadas besar seperti biasa dan terus sambung semula, bermula dari tawaf dengan dimulakan dengan pusingan yang pertama balik. Menurut tuan bagaimana?

Haji Sulaiman : Okey Syafiq, nanti selepas selesai temuduga nanti kita akan adakan kursus disini selama 15 hari, Bermula dari 2 January jadi Syafiq tunggu je, jika ada panggilan dari kami maknanya Syafiq akan terpilih jadi mutawwif. Di dalam kursus itu segala permasaalahan akan kami ajar lebih terperinci.

Akhirnya selesai temuduga, tapi agak tergantung jugak keputusannya, saya pun kurang pasti adakah itu jawapan yang mereka harapkan atau mungkin tidak. Yang pasti tunggu sahaja panggilan telefon dari pihak mereka.. Saya harap kawan-kawan dan pembaca-pembaca semua dapat doakan saya semoga berjaya.. 

Apa pun Alhamdulillah, sekurang-sekurangnya apa yang Abah harapkan dari saya terlaksana jugak.. iaitu MENCUBA.. :)

sekian..

Tuesday, December 27, 2011

THE BEST REPLY TO A NON MUSLIM REGARDING CHRISTMAS WISHES !!!

David: Morning.. what a great day..
Muslim: Morning.. so, hows ur Christmas?
David: Great.. will be enjoying very soon...
Muslim: Good..
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
David: But why?
Muslim: Seems like we can't stop u to drink liquor, but we can't drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: Can you confess our confession of faith? (shahadah)?
David: No!..Cannot!.. It will effect my faith..
Muslim: But why? just a word..:) say it.. :)
David: Now i understand :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...