teman-teman

Friday, February 10, 2012

Apa sebenarnya sedih itu..?

Masalah tidak dapat diselesaikan dengan bersedih. Jadi kesedihan akan menambah masalahan baru. Sebenarnya orang yang ditimpa masalah sepatutnya tidak melihat masalah yang menimpanya sebagai alasan untuk bersedih tetapi dilihatnya sebagai kesempatan untuk bangkit dan menghadapi masaalah itu.


Apa sebenarnya sedih itu? Pertanyaan senang yang cukup sukar untuk menjawabnya. Kesedihan memang tidak dapat didefinisikan. Kesedihan hanya dapat dilihat dari tanda-tandanya, seperti sorot mata sayu yang sering diiringi dengan linangan airmata, kepala sentiasa menunduk, otot-otot lemah, dada menjadi sesak dan muka selalu kelihatan muram. 


Walaupun semua tanda-tanda ini tidak bersifat mutlak, namun hampir semua perasaan manusia dapat dilihat dari matanya. Itulah sebabnya ada ungkapan "Pancaran sinar matamu adalah cermin jiwamu." Kesedihan dan kegembiraan seseorang dapat kita lihat dari sinar matanya atau air mukanya secara keseluruhan.


Secara sederhana, kesedihan dapat digambarkan sebagai rasa jiwa yang timbul sebagai kejadian yang tidak menyenangkan. Padahal seharusnya tidak ada hal yang tidak menyenangkan bagi kaum muslim. 


Firman Allah:
"Janganlah kalian bersikap lemah dan jangan juga kalian bersedih hati, padahal kalianlah orang-orang yang paling tinggi(mulia), jika kalian orang-orang yang beriman."
(Ali Imran:139)


Kesedihan yang berlebihan tidak selayaknya menghinggapi seorang mukmin. Mengapa begitu?


Padahal manusia dan kesedihan adalah dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Memang benar.. Tetapi bila kita menyelami hadis Nabi ini, maka kita akan dapat alasan yang kuat mengapa kesedihan sebenarnya tidak layak menghampiri kaum muslimin.


"Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Semua urusannya mengandungi kebaikan baginya dan hal ini tidak berlaku bagi seorang pun kecuali orang mukmin. Jika mendapat kegembiraan dia bersyukur, maka ini baik baginya, dan jika ditimpa musibah, ia bersabar, maka ini pun baik baginya."


Saya tidak bermaksud mengatakan bahawa kita tidak boleh bersedih, kerana saya juga tidak mampu lari dari itu, tetapi kesedihan memang harus dibatasi. Sabda Rasulullah "Tidak termasuk golongan kami orang yang memukul-mukul serta menarik-narik pakaiannya (ketika ditimpa musibah) serta berseru dengan seruan jahiliyah a.k.a mencarut-carut (Bukhari Muslim). Dan lebih buruk lagi kalau kesedihan itu membuatkan kita mempertikai keadilan Yang Maha Kuasa atas takdir yang menimpa kita.


Kesedihan harus dikawal. Jangan sampai kita yang dikendalikan oleh kesedihan yang hanya akan menghantar kita kepada penyesalan tidak berpenghujung. Segeralah bangkit dan terus melangkah dan mohon pertolongan Allah agar Dia menghapus kesedihan dan mengganti dengan kebahagiaan.


Pernah saya terbaca kisah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya "Menurut anda berapa berat segelas air ini?" Pelajar-pelajarnya memberi pelbagai jawapan antara dua ratus sehingga lima ratus gram.


"Ini bukanlah masaalah berat airnya, tapi bergantung kepada berapa lama anda memegangnya." Kata Covey.


"Jika saya memegangnya selama satu minit, tidak ada masaalah. Jika saya memegangnya selama satu jam, lengan saya akan terasa lenguh. Dan jika saya memegangnya selama sehari, Mungkin anda harus memanggil ambulans untuk saya. Sebenarnya beratnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan terasa semakin berat."


"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu menanggungnya lagi kerana beban itu akan meningkat beratnya." Sambung Covey lagi, "Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut dan berehat seketika sebelum mengangkatnya lagi."


sekian..


Tambahan: Kesedihan adalah realiti kehidupan, bukan kekesalan yang berpanjangan yang patut kita tanggung. Yang penting adalah tindakbalas terhadap kesedihan itu. InsyaAllah jika kita kuatkan iman kepada Allah, maka Dia akan permudahkan jalan, dan ada jalannya. Tiada bekal lain, melainkan kekuatan diri yang kita sendiri kena bekalkan. 


Jika kita terus menyalahkan keadaan sekeliling, kita seolah-olah menghukum diri kita sendiri dengan cara yang salah. Kesedihan bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa yang kita harapkan atau kehilangan sesuatu yang bermakna. Tetapi kita telah mempelajari sesuatu yang lebih bermakna dari itu..


la tahzan wa la takhof innallah ha ma'ana..

9 comments:

HusnaShuib said...

Kiranya, boleh bersedih tp jangan terlalu lama dan terbawak bawak dgn kesedihan tu kan. ^_^

Cerita dlm buku Management Stress tu pn best. Good entry, boleh dibaca bila bersedih nnt. :)

Unknown said...

Jika sedih, maka menangislah. Tidak ada apa yang memalukan. Menangisi jangan meratapi. Tetapi, ingatlah kasih Allah dalam titis-titis air mata yang dialirkan. Kerana kasih Allahlah kita punya air mata. Bayangkan jika kita sedih, tapi Allah tak kurniakan kita air mata, pasti seksa hati menahan sedih dalam diri.

Menangislah..kita tertanya kenapa Allah turunkan hujan dan guruh rupa-rupanya Allah mahu berikan pelangi yang sangat cantik sekali,itulah takdir Allah indah pada masanya.setiap yg berlaku pasti ada sinar hikmahnya,kuatkan ketabahanmu menempuhi dugaanNya ^___^



cc: maratul husna

Syafiq Mokhtar said...

nurulee : aah, pokoknya jangan terlalu menghukum diri sendiri bila kita didalam kesedihan.. :)

Syafiq Mokhtar said...

reynn : awesome.. good opinion.. thanks for sharing.. #noted

:)

syabab said...

mahu menangis menangislah tapi biarlah mengadu pd Allah...kerna die yg maha mengasihi n memahami... syabab ade gak kawan yg selalu gak sedih... xtahu nktolong dia cmni g..huuh..hopefully yor tips ni leh bantu dia...hehe

miss ct said...

Assalamualaikum....

sedih itu perkara biasa.. siapa yg tidak sedih..perkara abnormal..err..
nak tanya.. klu kita sedih..sepatutnya kita luahkan kat sapa untuk mengurangkan kesedihan itu??

wardatulhumayra said...

:) sedih tu dlm sedar tak sedar sebenarnya men'tough'kan lagi hati kita. Perasan tak? Lepas kita melepasi fasa sedih tu, terus tetiba kita rasa kuat... kan?

p/s: kalau sedih n rasa takde sesape da yang boleh faham perasaan kita, Allah always there. He knows our heart well bcoz He create it.. ^__^

Aisya Zurina said...

berat mata memandang, berat bahu memikul.

Unknown said...

time kasih saya ucapkan buat penulis,selama ini saya sering bersedih tapi x pernah meluahkan pada sesiapa walaupun family sye sendiri kerana sye x prnh percaya pde sesiapa dlm hidup sye...
saya akan cuba sedaya upaya untuk tunjukkan yang saya ok...hakikatnya x pun...tp bce penulisan awak...ibarat sye dpt merasakn hidup ini indah walaupun setiap hari air mata saya akn mengalir...tangisan demi tangisan yang tidak berpenghujung.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...