teman-teman

Saturday, August 13, 2011

Thanks Allah for what u have 'n' Trust Allah for what u need

Thanks Allah for what u have

Apabila kita mendapat perkara yang kita hajati, tentu kita nyatakan rasa gembira kepada orang yang terdekat dengan kita. Kita beritahu kepada ibu bapa dan kawan-kawan kita. Kadang-kadang semasa bercerita kegembiraan itu, kita hampir-hampir mengeluarkan air mata kerana apa yang kita peroleh itu bermakna bagi diri kita.

Sebenarnya kita gembira kerana Tuhan memberikan rasa gembira itu kepada kita. Dia mengetahui isi hati kita dan dia ingat kepada kita walaupun kita tidak begitu ingat kepadanya. Apa yang kita harap-harapkan sekian lama tercapai juga akhirnya kerana dia mengizinkan kita mencapainya. Tidak sepatutnya kita tidak luahkan rasa gembira kepada dia yang menunaikan hajat kita.

Cara kita meluahkan rasa gembira dan terima kasih itu kita namakan sebagai bersyukur. Luahkan rasa syukur kita itu dengan mengucapkan alhamdulillah, iaitu segala puji bagi Allah. Lanjutkan luahan rasa syukur kita tu dengan azam kita akan terus berusaha menjadi hambanya yang baik dan taat.


Trust Allah for what u need

Kata orang, langit tidak sentiasanya cerah. Ada kalanya kita berharap panas sampai ke petang, tiba-tiba Allah turunkan hujan. Begitu juga dengan hidup kita. Ada kalanya kita kecewa dan bersedih kerana pelbagai perkara. Kadang-kadang kita dimarahi keluarga kita, kadang-kadang ada kawan yang mengejek serta men'down'kan kita, kadang-kadang ada orang yang menzalimi kita dan kadang-kadang pula kita tidak mendapat apa yang kita hajati.

Allah tahu apa yang terdetik dalam hati kita walaupun kita tidak meluahkan isi hati kita kepada sesiapa. Dia tahu masanya kita bersedih. Dia mendengar apabila kita mengadu dan berdoa kepadanya. Sedangkan kita pula, kadang-kadang tidak tahu hendak mengadu kepada seiapa.

Oleh sebab itu, kita cuba ingat Allah semasa sedih dan kecewa. Cara kita mengingat Allah adalah dengan berdoa dan reda dengan apa yang menimpa kita. Berdoalah supaya kita mampu bersabar dan mohon Allah gantikan apa yang kita tidak dapat sekarang dengan perkara yang lebih baik pada masa hadapan. Kita reda dengan apa yang dia berikan kepada kita kerana kita tahu dia mahukan yang terbaik buat kita. Kita ni milik Allah dan kita akan kembali kepada Allah pada suatu hari nanti.

Thanks Allah for what u have and Trust Allah for what u need ♥♥♥

20 comments:

miss ct said...

Assalamualaikum...
satu perkongsian yg berguna...ketika gembira mmg ramai ingat Allah tp berapa ramai yg ingat Allah ketika kita hadapi dugaan??

p/s: mcm kenal je ayat ni..=P

Fadzlin Basir said...

assalamualaikum sapik..betul tu ALLAH rtau apa yang terbaik untuk hmbanya :p just dun gv up...

Kakzakie Purvit said...

Bila telah sedar betapa banyaknya rahmat Allah berikan mengapa tidak kita lakukan sujud syukur yg sekejap saja tanda terima kasih padaNya...Allahumma sajadtu wabika amantu walaka aslamtu dan seterusnya....

Primadona said...

ermm.setuju sangat-sangat dengan entri syafiq ni.Kadangkala terasa diri kurang mengucapkan perkataan syukur bila menerima perkahabaran yang baik.Lumrah manusia bila dah jatuh baru ingat dgn sang pencipta.

Anonymous said...

salam,nice entry!betul,sepatutnya kita lagi mengingati Allah time kita gembira,jangan susah je baru ingat Dia..huhu..muhasabah untuk diri sendiri.syukran ^_^

Anonymous said...

entry dan perkongsian yg menrik
berdasrkn pengalaman yg penh mengalami kekecewaan beberapa buln
asenye bile dalam kesusahan bru fara taw,ingt pada pncipta iaitu allah tu sgtlah pntg.sbb bile fara selalu doa minx tngkn hati ..fara dpt ape yg fara pohn,walaupon lmbt,tp hati akan sntiasa teng bile ingt akan allah dan selalu mngucapkan kata2 syukr kepadaNYA.Sesungghnye allah pendgr yg setia yg selalu ade bersama hambanya..kesimpulan fara bole buat lepas pernh kcewa murng bberapa buln dlu,ape2 yang fara bt,kene sentiasa dktkn diri kepada allah =)

skrg,hidup lagi tenang :D

Cik Caah said...

Allah is always there,for us. Ask Him anything,insyaAllah,Allah akan kabulkan doa kita :)

nia said...

perkongsian yang baik. sama2 muhasabah diri

feeza macho said...

T ___ T

unknown said...

Assalamualaikum..

Nice entry..

=)

Allah always there for us..

Anonymous said...

alhamdulillah..all praises to Him who gave us so much nikmah wa hikmah :)

Unknown said...

nice entry. .

i'm not alone.. Allah always with me.
=)

.:AiN iKeUchi:. said...

salam singgah..1st time komen disini..nice entry..kita kena sampai disatu tahap.yang Allah sahaja yang ada untuk kita. :)

Anonymous said...

ALLAH sentiasa ada untuk kita :)

Nurul Hidayah said...

salam saudara syafiq...

thanks sudi drop kat blog saya.. p'kongsian yg baik skali :)

Allah knows the best :)


erm, boleh tak saya nak copy etnry ni n letak kat blog saya?

Cik Jiwa said...

Assalamualaikum :)

thanks sudi singgah di blog saya.
nice entri,cernaan minda yg bagus buat saya.entri ni buat sy teringat masa semester lepas,saye ni pelajar yg biase2 jer,tapi berharap sgt utk dapat dean list.punya hati tu berdoa,nak sgt bg sesuatu kat mak ayah,yela kan student..nak bg ape la sgt kat depa,nak bagi duit,duit pon takde..hehe. tapi Allah tu maha kayakan.dia tahu apa isi hati kita,setimpal dgn usaha,Dia izinkan saya dpt DL.masa tu bersyukur sgt tak terhingga sampai rase kerdil sgt bila di makbulkan.ermm ttbe buat luahan hati pulak. aniway teruskan perjuangan anda menyebarkan ilmu or tips berguna. :)

Anonymous said...

alhamdulillah..selesai membaca.btw,entry ini sangat best dan bermakna.kita akan lebih rasa best dan selesa bila menyampaikan sesuatu yang baik dan berguna untuk orang lain baca dan manfaatkannya.btw,saya suka gaya penulisan anda.moga terus istiqamah menyebarkan sesuatu yang berilmu.nice to know u

Cik Mawar Bbungo said...

Alhamdulillah..nikmat Allah x termampu utk dihitung..

Allah itu sebaik-baik perancang..Apa yang Allah kurniakan adalah yg terbaik buat kita..Syukur,alhamdulillah..:)

Syairani Tarmizi said...

betul kata syafiq tu.. tapi biasanya manusia ni time susah baru nak ingat pada Allah.. time senang mereka lupa bahawa DIA lah sebenarnya yg memberi kesenangan untuk kita.. *reminder untuk diri sendiri..hee

btw, congrats sebab dapat DL :)

nurshaf said...

entr yang selari dengan perasaan saya sekarang =]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...