teman-teman

Tuesday, August 16, 2011

Open your heart open your mind..

Assalamulaikum saudara saudari yang sebaik-baik ciptaan.

Jom luangkan masa 5 minit, hayati dan bawa jiwa kita sepenuhnya membaca apa yang ternukil ikhlas ini.

Diceritakan pada suatu hari, sedang kita berjalan dalam keadaan yang lapar, kita terjumpa beberapa biji buah yang belum pernah kita lihat. Buah itu pula sedang masak mekar dan kelihatan manis. Kita tentu terliur hendak makan buah itu. Tiba-tiba, datang monyet merampas dan melarikan buah itu daripada tangan kita, lalu memakannya diatas pokok. Selepas makan, monyet itu rebah ke tanah dan mati.

Adakah kita fikir kita masih patut makan buah yang menarik itu?

Selain akal, kita juga dihadiahkan keupayaan. Seperti kisah buah yang menarik dan monyet tadi, kita boleh menggunakan keupayaan kita bagi menahan diri daripada memakan buah itu. Tapi jika apabila kita degil tidak mahu menggunakan upaya, hendak makan juga walaupun ia berbahaya, maka kita terpaksa menanggung sendiri akibatnya.

Cuba lihat beberapa jenis haiwan yang ada disekeliling kita. Kucing, ayam, kambing dan lembu memilih dahulu makanan mereka. Mereka menghidu-hidu dahulu makanan yang kita berikan kepada mereka. Mereka pun tahu memilih mana yang baik dan mana yang buruk bagi diri mereka. Misalnya, kucing yang baik dan dipelihara rapi biasanya memilih makanan yang bersih-bersih. Tetapi lihat kucing liar yang jahat. Kadangkala, kucing sanggup memakan anak mereka sendiri yang masih kecil.

Kita manusia yang lebih mulia daripada haiwan kerana DIA telah memberi kita akal dan menjadikan kita makhluk yang paling elok dan berupaya. Dengan kelebihan kita itu, kita dapat mengambil faedah daripada kejadian Allah yang lain secara maksimum, demi survive hidup didunia. Kita juga mampu memahami petunjuk-petunjuk yang Allah berikan kepada kita secara maksimum juga, demi survive hidup di Akhirat kelak.

Kita bukan seperti kapas yang melayang-layang tanpa arah tujuan, yang semata-mata mengharapkan angin membawa diri kita ke mana-mana. Kita adalah manusia yang serba lengkap dengan akal dan upaya. Kita mampu memilih arah kita sendiri dengan mencari petunjuk Allah dengan ikhlas. Kita mampu menentukan sama ada hendak berbahagia dengan memilih yang baik, ataupun menderita dengan memilih yang buruk.

Tapi apa yang kita dapat lihat sekarang diakhbar? cuba kita lihat muka depan sahaja dah cukup, dah cukup menggambarkan ummati yang dilafazkan disaat akhir nafas baginda, lebih memilih kearah keburukan daripada yang baik, mana pergi sifat nilai murni kita? adakah sifat nilai murni manusia terhakis oleh akibat peristiwa masa yang berputar terlalu cepat? Dengan bunuhnya, dengan simbahan asidnya, rogol, penindasan, pergaduhan, ragut dan pelbagai jenis bentuk jenayah lagi. Nauzubillah.

Ya memang benar orang baik dan orang jahat sentiasa ada sejak dahulu sampai sekarang. Malah sentiasa ada sampai Hari Kiamat. Sudah begitu Tuhan tentukan. Tetapi yang jahat itu ada yang jahat kerana tidak tahu dan ada juga yang jahat kerana degil. Yang tidak tahu perlukan pembimbing dan yang degil pun memerlukan pembimbing juga. 

Jika zaman dahulu itu logik, tetapi dizaman sekarang? Baginda adalah Khotimul Anbiya' yang telah menyampaikankan segala jenis ilmu dan mewariskan Quran dan dakwah Hadis. Dizaman sekarang tokoh agama dan guru-guru yang boleh membimbing pun ada, gunakan akal dan upaya itu untuk mencari, jangan biarkan diri ibarat kapas, kapas yang tiada hala tuju pun tidak menyakiti, adakah ingin menjadi lebih teruk dari kapas?

Yang paling sedih kisah tentang seorang makcik murtad yang kuat mencarut itu, apakah kesudahan hidup dia pun kita tidak tahu itu antara urusan dia dengan Allah, dihinanya islam, dihinanya Rasulullah, jika kita dapat lihat dari zaman sirah nabawiah lagi baginda sering diuji, dihina dan disakiti.

Salah seorang sahabat baginda berkata " masih terbayang dalam dalam ingatan saya, baginda itu dipukul oleh kaumnya sehingga berlumuran darah. Baginda mengesat sahaja darah pada mukanya sambil berdoa, 'Ya Allah, ampunkan dosa kaum saya kerana memang mereka tidak mengetahui' : Direkodkan oleh Muslim & Bukhari daripada Abdullah b. Mas'ud.

Pernah suatu masa, Rasulullah begitu sedih kerana diejek dan ditentang oleh orang-orang jahat yang degil. Semasa beliau bersedih, datang malaikat Jibril dan berkata kepadanya, " Allah yang maha mulia mendengar apa yang dikatakan oleh orang-orang kepadamu dan mendengar maklum balas mereka pada ajakanmu. Allah menghantarkan kepadamu malaikat penjaga bukit supaya kamu boleh menyuruhnya apa-apa yang kamu mahu kenakan pada mereka."

Jibril pun memanggil malaikat penjaga bukit itu. Malaikat itu memberi salam kepada beliau. Kemudian dia berkata "wahai Muhammad, Allah mendengar kata-kata orang-orang kamu kepadamu. Saya adalah malaikat penjaga bukit. Tuhan saya menghantarkan saya kepada tuan supaya tuan boleh perintah kepada saya. Apa yang tuan mahu? kalau tuan mahu, saya boleh boleh terbalikkan kedua-dua buah bukit besar di Kota Mekah ini keatas mereka."

Tetapi Rasulullah tidak mahu. Beliau masih berharap ada anak cucu mereka yang menentang itu menjadi orang beriman pada suatu hari nanti. Biarlah mereka yang degil. Mungkin anak cucu mereka pada masa akan datang tidak begitu. Rasulullah tahu, selepas beliau meninggal dunia, kerja-kerja mengajak orang supaya beriman kepada Allah akan terus dilakukan oleh umatnya.

Rasulullah bertugas mengajak dan mengajar orang ramai tanpa upah dan tanpa cuti. Beliau tidak mengajar perkara yang susah. Beliau hanya mengajar kita supaya hidup sebagai orang yang baik.

Soal makcik yang kuat mencarut itu biarkan dia, doakan semoga dia mendapat hidayah, abaikan sahaja dia dengan wordpress dia, biar dia terus-terusan memperbodohkan diri pada umum, insyaAllah ada petunjuk pada dia..

nyanyian anak Yusuf Islam a.k.a Cat Steven

10 comments:

IMANSHAH said...

Rasulullah ikutan terbaik..masih berdoa untuk kaumnya walaupun dipukul

feeza macho said...

TABAHNYA RASULLLULAH :(


JEMPUT BACA
DONT YOU DARE(-_-)

fyy mokhtar said...

assalam sapik :)
tabah nya rasullullah. harap fyka jadi setabah itu. patut la, doa itu penting. banyak pengajaran. sedih plak :(

khryh said...

renungan yang baik.. :]


harap kita semua di jalan yang diredhaiNya..amin

Raden said...

kite xmngkin jadi sesempurna nabi Muhammad..tp kite boleh berusaha jd sebaik mungkin

miss ct said...

Assalamualaikum...
kejadian yang diejek serta nak terbalikkan bukit besar tu klu x silap ct berlaku kat Taif kan?? sesungguhnya Rasulullah itu memang tokoh paling hebat dan menjd idola bagi setiap umat Islam...

Unknown said...

kdg2 kte terlupa yg kte nie ALLAH ciptakan sebaik-baek kejadian.jika nk dibandingkan kesusahan yg kte alami dgn dakwah RASULLULLAH S.A.W mmg ja0h sgt bezanyakan?tp kte still nk mengeluh...hmm...

Unknown said...

suka baca entry nie... mau baca entry2 lain jugak.. sbg ilmu.
tengkiu

Nana said...

Rasulullah sentiasa memikirkan dan mementingkan umatnya dalam segala hal..betapa indahnya pekerti baginda...

HusnaShuib said...

Indahnya sifat Rasulullah untuk dijadikan idola/contoh kepada semua umat Islam.

Boley lak ada yg amek Adam Lambert jd idola. :fuh

Btw, suka ayat ni --> "Kita bukan seperti kapas yang melayang-layang tanpa arah tujuan, yang semata-mata mengharapkan angin membawa diri kita ke mana-mana" :bagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...