Assalamulaikum warahmatullah, sahabat
Suatu petang, sesudah aku pulang dari pejabat JPJ atas tujuan memperbaharui lesen aku yang dah mati, terdetik hati nak singgah ke bazar ramadhan sekejap atas gara-gara keinginan yang teramat sangat nak makan puding roti, akhirnya aku pun menukar haluan ke destinasi pekan kecil daerah Taiping. Ini bermakna sebelum ke JPJ aku memandu dalam keadaan lesen yang mati la kan?
Sesampai je di bazar ramadhan tergamam tengok ramainya orang, nasib baiklah tak susah bagi aku nak cari parking, keluar je dari kereta aku terpandang sebuah kedai, betul-betul dihadapan tempat aku park kereta. Depan mata je, kedai tu bernama IKHWAN.
Memandangkan hari masih awal jam pun baru menunjuk kan baru pukul 5 lebih kurang, akhirnya aku masuk dalam kedai itu, lupa nak gitau, kedai tu sebenarnya kedai buku, seronok tengok buku-buku yang banyak dan tersusun rapi, rambang mata.
Dan kemudian aku tertarik dengan satu buku, Collection of Islamic True Story tajuk muka buku itu, selak-selak tengok isi buku itu apa yang tertulis, ye la orang kata jangan judge book by its cover kan, so aku nak judge la apa yang ada disebalik cover book itu.
Terjumpa satu tajuk yang menarik minat aku. "Gelisah kerana sebiji kurma". iya, mata aku terus menatap di situ dan membacanya, tak adil la kan kalau aku sorang je yang baca dan tahu isi nya. Biar aku ceritakan balik ya.
Gelisah kerana sebiji kurma
Suatu malam Rasulullah tidak boleh tidur dan membolak balik tubuhnya diatas katil penuh gelisah. Isteri Nabi bertanya : "Wahai Rasulullah' Engkau tidak tidur semalaman?"
Rasulullah menjawab : "Aku terjumpa satu biji kurma di jalan, lalu aku pungut buah itu dan aku makan daripada nanti busuk dan terbuang sia-sia. Namun kini aku merasa gelisah, kerana siapa tahu kalau buah kurma yang aku makan tadi termasuk salah satu dari harta sedekah."
(Short story about Rasulullah Hikayat-i Sahabah, Zakaria)Selesai baca terus aku berselawat ke atas Rasulullah, kagum dengan sifat baginda, jika direnung diri sendiri terasa diri ni kerdil, aku kalau jumpa pokok cherry jangan kata sebijik, senang cerita aku tinggal yang tak masak je la buah-buah cherry tu di pokok.
By the way banyak lagi tajuk-tajuk yang menarik. Antara-antaranya Pemberian bahaya Ali, Sepotong roti, Suara hak wanita, Rabi'ah dan musim bunga. Pokoknya banyak cerita-cerita pendek yang menarik ada dalam buku ni.
Selesai membacanya terus aku ke kaunter wat bayaran.
Sekian
35 comments:
subhanallah...
huuu..malu dengan diri sendiri..huhuhu...
mulianya keperibadian baginda.,..=)
Rasulullah SAW terlampau mulia peribadinya...
wahhh nak beli jugak la, tq jemput baca (^_^)
p/s: tp tp pokok cherry bukan pokok liar ke?? xde tuan kan?? :P
nabi kita terlalu mulia peribadinya.
terlalu khusyuk bace buku tu smpai lupe nk bli puding roti ea..
subhanallah...
nak cr buku 2 gak...
great!thumbs up....berjaya menimbulkan keinsafan dalam diri ini.....
khalifah Islam,Umar Abd Aziz & isterinya hanya makan makanan rakyat biasa saje iaitu roti biasa.manakala perhiasan isterinya diserahkan kepada baitulmal..
begitulah zuhudnya para pemimpin Islam dahulu.pemimpin sekarang acane pulak?? :ragu
mulia sungguh peribadi Rasulullah s.a.w
buku menarik sgt, sampai lupa nak beli puding roti..hehe ;)
rasulullah mang contoh t'baik utk kita suma. :)
wahh.. mesti best buku tu...
menarik..
Rasulullah sangat sempurna peribadinya... =) Kita insan kerdil, tak pernah lekang dari kesilapan. hehe
subhanAllah,begitu mulia pekerti Rasulullah SAW..huu :')
terkadang kita lupa siapa diri kita kan? nama pun insan...dari kalimah nisyan..lupa~:) syukran atas perkongsian~:)
Assalamualaikum...
terima kasih atas perkongsian ilmu.. ilmu yg bermanfaat..peribadi Rasulullah amat tinggi sekali..semoga kita berubah ke arah yg lebih baik lagi...
p/s: buku Collecttion of Islamic True Story tu..sape penulisnya?? dlm bi ke bm??
sungguh mulia sifat rasullullah.. :)
sian x dpt bli puding roti. xpe2. arini pgi bli k.. hee ~~
@miss ct : waalaikumsalam warahmatullah,
penulis dia Mohd Najib Mohd Suhail Lukman. ditulis dalam bm :)
Collection of Islamic true story tu salah satu tajuk muka depan,
bawah dia ada tulis
*Himpunan kisah-kisah
*Motivasi
*Pintar IQ
*Islamic Quotient
+Keluaran Berlian Publications sdn bhd
+Edaran Jasmin Enterprise, bukan jasmin super 5 tau, itu beras.
+warna putih biru
+harga rm16.50
hee ^_^
belikan bolej.. lepas tuhh poskan ke rumah. hehe..
nabi muhammad saw trlalu mulia , thax jmput bce ea :)
nice entry.
Rasulullah sebaik-baik ikutan. ;))
kau ada beli tak buku tu.? aku dengar ko cerita macam best je... bak tang sini. aj=ku nak baca. aku suka dengar cerita cerita macam ni^^
Cara Menulis Surat Untuk Isteri Masa Hadapan.
(Ini adalah contoh surat yang dibuat untuk bakal isteri. Baca kalau teringin nak tahu apa yang lelaki mahu dari perempuan.)
nice one :)
ada lagik 3 potong puding roti lam peti ais cikna :) jemput makan
ye ke cikna? waa sedapnya.. febret sy tu..anta la sini sikit ^_^
masyaallah..
sungguh mulia akhlak baginda
salam.kita semua patut contohi rasulullah.Jangan gelisah masa tengah terawih terpikir moreh nanti sempat ambil ke x ni..haha :)
MasyaAllah..
InsyaAllah kalau ada rezeki nak beli jugak sebuah.. ^^
tersentuh hati bace kisah baginda..
tq for sharing =)
huhu terasa diri ini kerdil..
tanx sharing... kalau ade lagi kesah Baginda share2 la ye
satu kisah yg patut dijadikan pengajaran ~
nice sharing :)
wahh best buku ni, boleh tambah koleksi XD
nice entri.... :)
sedapnyer puding roit kena lak dengan cream sauce.....peh terbaik...
nak jugakk buku tu :bak
memang ini saja caranya
Post a Comment