teman-teman

Thursday, August 11, 2011

Analogi buat aku.. (bila waktu diambang akhir)

tekan play untuk baca entri ini

Bila diperhatikan, ramai orang yang memalingkan muka, menganjakkan hati, serta memindahkan kelopak mata hitam dari terus menjiwai agama. Sebahagian besar kita tenggelam dalam kehidupan mewah yang sering menimbulkan fitnah. Yang terdapat di surat khabar, majalah dan alat informasi lainnya, yang didapati hanya acara pertandingan bola sepak, kesenian, iklan komersial, ekonomi dan politik.


the past mistake teach us a lesson

Pabila memandang ke jalan raya. Yang dapat dilihat ialah orang-orang yang bergegas dengan kepentingan masing-masing. Yang ditawarkan di pasar ialah barang-barang produk baru dan yang menipu. Yang dibicarakan di majlis-majlis ialah perbualan tentang harta dan kesenangan.

Walaupun urusan dunia juga penting tetapi jangan sampai membelakangi agama sehingga menjauh dari ia..

Kerana itu, kita harus boleh menjadi orang yang berbeza dari mereka yang menjauhkan ia. Ya kamu semua benar. Aku pun berusaha demikian untuk menjadi orang yang berbeza, meski pun sekarang aku masih termasuk di antara mereka. Ya Allah, ampuni aku.

sekian..



18 comments:

Solihahazahar said...

nice entri :D

sangpemimpi said...

sekarang ni perlumbaan bnyk kat track dunia..track akhirat ramai mana je y nk join

miss ct said...

Assalamualaikum syafiq...
skrg ni,ramai yg kejar dunia dari akhirat.. berapa ramai yg kena penyakit wahan ni..semoga kita terhindar dr penyakit tersebut..tq sudi kongsi entry ni..mcm biasa..entry berilmu dan teguran..terbaik =)

fieha said...

assalamualaikum..
entry yg menarik.
semoga terus istiqamah dalam bermujahadah.. :)

Anonymous said...

woohh :D
menariknye entry
penh mksd mendlama :)

aLiAh said...

nice entri.. hope lia pown menjadi org yg berbeza drpd mereka

Lavender Lassie Roses said...

Assalamualaikum & Selamat Pagi Jumaat Syafiq...saya luangkan sedikit masa menjengah entri ne..untuk menjadi insan yang berbeza ke arah yg lebih baik dan dipelihara-Nya..
Nice entri, sekurang2nya mampu menyedarkan sesetengah manusia daripada terus leka dibuai dek kesenangan dan kemewahan dunia..
btw, nice song! opick: Bila Waktu Telah Berakhir..saya memang suka lagu ne.. first time dengar dlu buat saya menitis airmata bila menghayati bait2 liriknya... rakan2 yang lain pun boleh share juge...
"bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi"...
:)

- pemilik tinta hati - said...

Menjadi orang yang 'berbeza' itu perlu..
Dalam erti kata menjadi org 'berbeza' kerana sayangkan agamanya,
Menjadi orang 'berbeza' kerana cintakan Allah dan Rasulnya...
Dan menjadi orang 'berbeza' kerana zuhud dan tawadhuknya....
Asal tidak lupa siapa diri dan asal-usul kita ini dari mana

Renungkan kata-kata Imam Al-Ghazali:

Rugi sgt org yg jahil..melainkan org yg berilmu.

Rugi sgt org yg berilmu..melainkan org yg beramal.

Rugi sgt org yg beramal..melainkan org yg ikhlas.

Pendek kata, tiap amalan bermula drpd. niat, amal dan tiap sesuatu yg memberi kebajikan kepada org lain..Wallahu'alam

Shafikah said...

nice entry.:).thanks coz sudi share.ta rmai yang nak jd org yg berbeza nie an.

Adell.La said...

manusia mmg begitu.mengejar dunia.dan merangkak mcari syurga.aku pon bkn baik sgt.tp tu hak individu.putih hitam hidup tu kan terpulang kpd manusia tu sdiri tu mcoraknya...

NurDiyanahMisri said...

nice entry...
semoga ia sentiasa menjadi iktibar untuk kita.. :)

Rtp Farra Arisha said...

and most of the people mudah lupa diri when they're going to success. benar kan? how to make the situation goes back to normal?
this entry would be very meaningful to me ;)

nunui Joe said...

terkadang diri ini juga begitu :|

Ana Amalina said...

sy pun berusaha jugak tuk mjadi org yg berbeza kat jalan yg di redhai.. smoga d permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak..

Ain Zulaikha said...

betull tu, even urusan dunia ni memang penting, tapi urusan akhirat lagi lah penting ... kadang2 saya juga begitu... T___T

fatieharoslan said...

hurm,,insyaallah..dengan niat yg tulus,,pasti kita akan sentiasa dipermudahakn jalan olehNYA untuk menjadi seorang yg berbeza berpaksikan jalan ALLAH..
manusia kini mudah alpa dan hanya pentingkan keduniaan semata..
moga kita sentiasa dinaungi rahmat olehNYA..ameenn..

Semut Senyum said...

bagus entry,muhasabah diri saya pagi ni

Dianz Ipoh said...

hidup didunia ni hanyalah sementara .. xperlu lah kita mengejar kekayaan didunia semata-mata utk kesenangan.. kita perlu kuatkan diri dengan keimanan dan perlu sentiasa beribadat tuk dekatkan lagi diri kita yang sederhana ini dengan ALLAH SWT.. dan perlu menyiapkan diri kita tuk menghadapi kematiaan kerana itulah berakhirnya kita sebagai umat di muka bumi ini ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...