Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih sebab menyertai..semoga kita sama-sama dapat manfaat dari segmen ni.. amin :)
secara rasminya segmen dah tutup jam 11.00 tadi :)
dan ini adalah entri khas untuk segmen:
Alhamdulillah..segmen yang kali pertama yang sy buat baru-baru ni, mendapat sambutan, akhirnya segmen tutup, setelah 2 hari tarikh yang dibuka. Banyak ilmiah dan manfaat yang kita dapat dari segmen itu.. dan sy sangat berbesar hati.. syukur Alhamdulillah. InsyaAllah jika ada masa kelapangan lagi sy akan buat segmen berbentuk ilmiah secara lain pula.
Berbalik pada tajuk entri ini.. sy lihat kebanyakan hadis-hadis yang dikongsi rata-ratanya datangnya dari pelbagai sudut, ada yang dari kitab-kitab..ada yang datangnya dari google (paling banyak), dan ada yang sememangnya yg sudah mempelajarinya..setelah mendapat pandangan dari sahabat sy, dan akhirnya sy sangat bersetuju.. segala pandangan yg disuarakannya sangat bernas, dan sy sangat menerima dengan lapang dada disetiap inci pandangannya itu.. terima kasih buat sahabat sy itu.
Patut lah diingati, tidak semua apa yang ada pada google dan setiap sumber kita dapat dari internet itu tepat, diulangi "tidak semua"..dan sekarang pun semakin banyak hadis palsu yg boleh didapati di google.. jadi sebagai langkah berhati-hati, dan kebaikan, diharap tidak semua hanya main copy paste.
Pernah sy suarakan pendapat ini kepada ustaz sy, ketika sy belajar dahulu, soalan sy begini "mengapa terjadinya kefahaman baru? seperti golongan yg menafsir hadis melalui ayat.. ustaz sy kata Al-quran dan Al-Hadis itu bahasanya tinggi..tidak semuanya boleh ditafsir sambil tutup mata dan minda.."
Nampak? Jadi untuk kebaikan bersama dan tujuan baik, lebih baik kita menitik berat tentang copy paste ini, untuk sebagai secara ringkasnya, sy senaraikan point ini sebagai langkah untuk kita sama-sama mudah memahaminya..
1. Jangan menterjemah ayat atau hadis menurut pemahaman kita sendiri.
2. Berhati-hati tulis hadis copy paste jika tidak pasti sama ada ia sahih atau tidak
3. Bahaya bila bercakap tanpa pengetahuan
4. Jika seseorang meminta kita soalan dan kita tidak tahu jawapannya, maka kita boleh membuat penyelidikan bagi tentang itu dan mengetahui, tetapi jangan kita berani cuba menjawab ia jika kita tidak tahu jawapannya
2. Berhati-hati tulis hadis copy paste jika tidak pasti sama ada ia sahih atau tidak
3. Bahaya bila bercakap tanpa pengetahuan
4. Jika seseorang meminta kita soalan dan kita tidak tahu jawapannya, maka kita boleh membuat penyelidikan bagi tentang itu dan mengetahui, tetapi jangan kita berani cuba menjawab ia jika kita tidak tahu jawapannya
Mari kita fikir adakah jika Allah menghantar mesej kepada manusia, Allah akan hadir dalam apa-apa cara untuk difahami oleh orang biasa? Selain dari Taufiq dan Hidayah.. perkara yang paling tepat adalah mencari ilmu..
mari kita luangkan masa lihat video ini
Sy suka buat perbincangan dan perkongsian ilmiah secara usrah atau lebih di fahami secara berjemaah..jika ada pendapat atau pandangan yang ingin dikongsi boleh sertakan pendapat dan pandangan diruang komen ini..yang baik dari pada yang Maha Esa, yangg buruk dari kekhilafan saya sendiri.. terima kasih pada yang join segmen,jika ada peluang saya buat segmen lagi, mungkin cara lain pula.. walopun tiada hadiah, tapi apa salahnya untuk ilmiah pada kita sendiri kan? wallahhua'lam dan sekian.. korang semua memang terbaik.. (nak nangis)
20 comments:
nice segmen :)
betul tu , bahaya jugak main copy paste .. aku nak join takut2 jugak sbab bab Agama kan .. aku takut tak sahih je . Tapi Alhamdulillah , semoga apa yang aku sampaikan diharap dapat berkongsi ilmu dengan orang lain . ( kalau ada salah minta tolong tunjukkan :) )
thanks en.sam posmen
abdul farique : kita ambil positive.. kalo x join, belum tentu kita dapat ilmu ni..atleast effort untuk mencari dan menimba tu ada.. dont worry n terima kasih.. :)
hurm,, tu lha. tp, yg mcm fya buat tu, alhamdulillah penah belajar. cume tak ingat. tu carik gugel :P
yea betul tu...macam af katakan tu....
syaf pun tak berani nak membuat fakta sendiri.... sbbmasih banyak kekaurangan lagi bab ugama nie..
seharian syaf godek2 sumber dan melihat dari pelbagai sudut...baru lah mampu untuk share ILMU-ILMU ALALH nie...
hope kita dapat berkongsi serta bertukar2 pandangan...
sapik terus bersemangat taw..
tula syaf.. maacam aku cakap..kita ambil positive.. kalo x join, belum tentu kita dapat ilmu ni..atleast effort untuk mencari dan menimba tu ada.. cuma berhati-hati, kajian dan penilitian itu penting.. :)
thanks :)
Sebab tu aku tak berani nak post. Aku simpan je dalam draft. Kau tahu lah kan, cara penyampaian aku cmana.? Takut tersilap.
Lain lah dengan bab yang aku betul betul tahu cam dalam entri aku. Tak sama dengan hadis, banyak yang kena cari dan kaji balik. Tak boleh pakai hembus. Nak nak dalam internet. Buatnya tersalah tafsir.?
Aku rasa segmen sal hadis ni better dikomformkan dengan bincang dengan orang yang berilmu dulu. Ko pun tahu kan, aku ni cmana.? Aku harap ko tak kisah aku tak join. Ilmu agama aku cetek je. Yang mana aku betul betul sure betul baru aku akan suara kan. macam yang suddenly macam ni.. aku tak berani lah...
Sorry ek.?
red : ko memang nak kene!! jage ko.. hahaha.. no biggie la bro.. tu sebab entri ini wujud.. :)
huwaaa.........>.< tak tahu pun dah tutop kul 11...:(
hadis yg aku share lepas dah buat perbandingan dgn byk tempat kat google. bkn berdasarkan satu tempat semata2..lepas dah confirm hadis tu digunapakai kat banyak2 tempat, baru aku berani letak.
mmg agak menakutkan org men copy paste hadis sebarangan. nanti aku pon nak bagi amaran kat siapa2 yg nak kongsikan hadis palsu pasal kelebihan2 setiap malam solat terawih. sbb dah ada orang yg start share walaupn blom start puasa..
Bagus tu Jt.. ingat mengingati tu penting.. :) btw selamat menyambut bulan ramadhan..
nice segmen =) mengingati sesama islam itu amalan mulia...ini adalah salah 1 cara...gud job =)
Hadis yang moon share tu hadis sahih...amik dari kitab The Miracle of Quran... moon just amik hadis yang senang nak difahami dan pernah belajar kat skolah dulu... :)
nyway,, congrats sapik coz anjurkan segmen ilmiah cam ni.. :bagus
Assalamualaikum...
betul juga kata sapik..ct ambil dr buku.. ct x berani nak bg keterangan.. takut salah tafsir je.. tahniah..segmen berjaya dgn jayanya.. semoga ada smbg segmen ilmiah ni.. syabas syafiq.. =)
mmg betul..sumber diinternet perlu berhati-hati..sbb xtahu kesahihannya..kalo boleh rujukla buku2 ilmiah yg mana penulisnya diketahui..btw..tahniah sbb bjaya mnjlnkan satu segmen bermanfaan utk smua..:)
habis tu hadis kite kongsi tu dr
buku .
so bape peratus kesahihannye tu ye
pak cik (-_-) ta tau ni -,-"
syafiq :) u know what, sy still ingat pesan awak utk tidak terlalu mempercayai apa2 kat internet ni. nak2 bab2 hadis atau ape kalo kite tak confirm. ingat tak pasal kisah kite kena mintak ampun kat sume org sebelum ramadhan, supaya nanti puasa diterima? yg pasal nanti malaikat jibril tak tolong doa la.. ada, yg dulu org dok forward2 kat frenster. seriously, time tu baru la sy sedar, memang sume takleh pcaya. so, start dr hari tu, kalo nak rujuk ape2 berkaitan agama kat internet, i need to reconfirm it dgn org yg berilmu. contoh macam dgn ustaz kat sekolah. thanks atas teguran haritu n ya, ia mendidik sy menjadi lebih berhati2. dan segmen hadis haritu saya cari dlm majalah solusi. situ banyak. so, share la sepotong dua kan :) anyway, keep it up syafiq :)usaha yg baik.
Itu lah. Terlalu banyak terjemahan hadis bersepah-sepah di internet. Sumber yg crow copy dari web Jakim. Crow ada terfikir, walaupun sumber itu dr Jakim dan Jakim ada menyediakan beberapa terjemahan hadis. Tapi timbul persoalan pd crow. Kenapa di sediakan sumber terjemahan sedangkan kita tak tahu dimana kesesuaian hadis itu untuk diguna pakai? Maksudnya, penerangan hadis itu untuk apa, kepada siapa dan bila waktu yang sesuai untuk digunakan.
Pengalaman crow sendiri, ramai orang melayu yg berumur seperti ahli pekida atau pakcik2 setempat, mmg menghafaz terjemahan hadis. Tapi crow tgk, mereka2 ni ibarat menjadikan hadis yg di hafal sebagai modal yg konon menampakkan mereka berilmu dlm agama. Perkara mcm ni mmg menakutkan. Sebab boleh menyesatkan dan boleh mendatangkan kekeliruan.
Crow sendiri pernah bertanyakan satu soalan kepada 2 org ustaz. Dan hasilnya, hujah mereka menggunakan hadis yg berbeza-beza. Dan keputusan jawapan juga berbeza.
Jadi secara ringkas yg crow nak cakap, apakah rujukan yg paling baik untuk orang kurang ilmu mendapatkan sumber bagi lebih memahami hadis dlm al-quran.
Bagi crow, potongan ayat al-quran yg di terjemah kini mudah di dapati di mana-mana. Di kedai buku, di internet atau dari mulut ke mulut. Jadi hal yg paling menakutkan apabila kite tanya seperti "adakah rokok itu haram?" Ramai yg mengutarakan potongan hadis dari ustaz, dari majlis fatwa dan pakcik2 ni. Persoalannya yg mana benar?
Fuh~ mmg sukar.. Bijakpandai negara kita pun masih lg was-was dan mempersoalkan ttg hukuman dlm islam seperti hudud, qisas dan takzir. Ni kan pula kita yg merangkak mengenal islam.
Crow mmg tak setuju, dengan hanya sepotong dua hadis, maka kita boleh berhujah panjang atau membuat hukum ttg sesuatu hal. Tapi nak buat mcm mane? Orang kita mmg mudah yakin dan percaya pada orang2 yg menggunakan terjemahan hadis. Ada pula ustaz seperti Ustaz Asri yang baik ceramahnya, tapi ustaz lain mengatakan beliau terlalu wahhabi. Jadi siapa yang baik untuk kita ikut untuk mempelajari tafsiran dan ilmu agama?
Erk..Panjang plak komen. Sori sapik. hehehe.. Ni cuma luahan crow je. Tak tau mane nak luahkan. haha.. Kalau tak faham takpe. koh3.. Hope kalau sapik ade nasihat tuk crow, harap boleh bantu. Crow cuma harapkan ade member yg boleh sambil2 membimbing orang lain.
(^___^)
sofea & crow : tula.. sekarang ni terlalu banyak boleh didapati, bukan setakat di internet je.. kat henpon pun ada org antar..pastu syaratkan supaya sebarkan pada 10 orang,jika si penerima tidak disebarkan, doa pulak kecelakaan keatas penerima atau megambarkan ugutan yg pelik2.. nazuzubillah.. hasil rujukan yg sapik cari, bagaimana pemalsuan hadis ini terjadi..semuanya gara2 atas kepentingan sendiri.. diantara-antaranya
Politik...
Taasub...
Musuh Islam...
Ahli bidaah dan golongan zuhud...
Percanggahan persoalan fiqh dan akidah....
Kepentingan diri... (para dongeng dan penglipur lara)
ada dalam blog ct
http://missctf.blogspot.com/2011/07/kenapa-hadis-palsu-dicipta.html
blog jejaka terhangat
http://www.jejakaterhangat.com/2011/07/amaran-kepada-bloggers-jangan-sebar.html
crow, sapik paham..hasil penelitian yg teliti,berhati2 dan rujukan yg banyak,kena yakin dan rajin bertanya.. jika datang keraguan dan was-was sampai bila pun kita xberani nak mencari kan?..macam yg crow buat tu mmg terbaik..bertanya kepada 2orang ust. masaalah perbincangan bab rokok, bab wahabi ni dah jadi satu perbincangan hangat..contoh masaalah rokok..sebab rokok masaalah mutaakhirin (masaalah baru yg datang selepas kewafatan Rasulullah) ramai jugak yg slamber label haram, ada jugak yg pertahankan,tapi di indonesia ramai jugak tokoh2 agama yg merokok..jadi pelik kan? setakat ni yg sapik dapat waktu belajar di yemen dulu, ustaz sapik ada kuarkan kitab dan mencerita 2orang ulama' fiqh mazhab imam syafi'ie yg bahas permasaalahan ni ada 2 orang..mereka itu yg bernama ibnu hajar dan imam ramli. 2pendapat ulama` yg berbeza(syadid =tegas dan lembut) yang boleh diterima pakai..sangat kuat hujah mereka..
tentang masaalah wahabi mahupun sufi xkan habis kalo nak diceritakan.. yg penting jaga akidah dan lindungi akidah kita dari rosak..tu paling utama.. :)
btw nice.. semoga Allah rahmati kita semua.
Assalamulaikum..
bawu ja nk join...dh tutup dh...x der rzeki...ary 2 msa kwn tag...x berani nk publish lg sb x comfirm kn lg kesahihan hadis tersebut....
bla dh dpt comfirmkn kesahihannya...
segmen dh d tutup...
wlupn cm na..
tahniah kt insan yg anjurkan segmen nie..mulia keja awk nie...
sekurg2nya....kta berusaha satukan hti kwn2 seislam kita...wlpn x semua...Alhamdulilah...sb mcm yg semua phm..Islam skrg sgt2 goyah..umt Islam smkin byk yg berpech..bgduh sna snie... xpyh tgk jauh...tgk ja pa yg jd kat negara kita..msing2 pntgkn dr msing..n nk pthnkn pendrian msing2..smp sngup mengasut2 tuk membenci phak laen..
nia kah yg Islam ajrkan..masing2 tpuk dada tny iman ,sing2 lah kn..
teruskn usaha murni awk yg laen ya tuan blog....sy doakn usaha awk nie diberkati n d rahmati Allah...
Salam Ramadhan.
Post a Comment