Assalamualaikum w.b.t
Sekian lama akhirnya saya mula menaip kembali, maaf diatas kelewatan menghasilkan entri, sebenarnya bukannya tidak menghasilkan entri langsung, tetapi rata-ratanya entri yang dihasilkan banyaknya didalam draft, mungkin malu kot nak publish entri begitu, akhirnya dibiarkan saja didalam draft menjadi bacaan sendiri.

Dah lama tak tengok laut dengar bunyi ombak.. kat taiping xde laut, loji besar je ade.. T_T |
Berbalik pada tajuk yang agak gloomy, sebenarnya ada yang ingin dikongsikan tentang berkaitan dengan ujian, pernah tidak jauh disudut hati kita tertanya-tanya mengapakah ujian diberikan kepada insan? kenapa tidak kepada tumbuhan atau haiwan?
Mungkin pada pandangan sesetengah orang soalan ini sangat aneh, tetapi keanehan soalan inilah yang ada dalam tanda tanya saya bila meratap ujian. Sukar sebenarnya atau mungkin ini sesuatu yang mustahil jika kita mengharap orang lain sama-sama dapat merasa, menjiwai dan menyelami apa perasaan kita yang sedang kita rasai sekarang ini.

Disebelah kanan menyatakan hidup ini anugerah, tetapi disebelah kiri pula menyatakan hidup ini meletihkan. Namun begitu pada saya kerana hidup ini anugerahlah ianya meletihkan.
Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan.
Pada dasarnya hidup ini adalah rangkaian susah payah dan meletihkan. Kegembiraan yang ada didalamnya adalah sesuatu yang sedikit dan perkara yang disukai dan yang diharapkan juga merupakan sesuatu yang sangat jarang berlaku. Bila kita dapat merasakan kemanisan hidup, namun ianya tetap hanya peristiwa sementara, jika kita tidak menghargainya dengan penuh rasa bersyukur.
Sekiranya dunia ini bukan tempat ujian, sudah pasti didalamnya tidak ada mainan perasaan dan juga melibatkan kesihatan, tidak ada sakit, tua, mati, cemburu, amarah, kesusahan, kemiskinan, kekecewaan kehampaan dan kesedihan.
Bila sering berlaku perkara-perkara yang membuatkan kita benar-benar rasa diuji, sebenarnya hal begitulah yang benar-benar memberi tamparan kesedaran kepada kita dan mengajar kita.
Muhasabah Diri : Jangan diikutkan sangat perasaan yang sedih sebab kalau tidak pandai mengawal perasaan pasti binasa. Pandang kehadapan dan teruslah berjalan. Sekalipun lambat tetapi teruslah melangkah. Hari ini pastinya berbeza dengan apa yang berlaku semalam.