teman-teman

Monday, November 28, 2011

Awak terlalu baik, saya tidak layak berkawan dengan awak..

Assalamualaikum.


Terlebih dahulu saya nak ucap terima kasih dekat Aftab (tokey kedai komputer dekat lowyat), sebab dah baiki laptop saya dengan harga yang murah, kedai lain mintak 7 hingga 800, tapi dengan Aftab cuma rm200.. semoga murah rezeki ya Aftab.


Berbalik pada tajuk, pernah tak diantara kita mengalami situasi seperti tajuk diatas? saya ada seorang sahabat yang mengalami situasi atau juga peristiwa seperti diatas. Sahabat saya si A itu sedang mengalami kesedihan, bila ditanya mengapa? "aku dan si B sudah tidak berkawan" jawab sahabat saya si A.


Aku bertanya lagi, "kenapa?" Si A menjawab kawan aku si B kata padaku "awak terlalu baik, saya malu atau tidak layak atau tidak sesuai berkawan dengan awak. itu antara kata-kata sahabat saya si A.


Kenapa perkara seperti ini berlaku? Saya juga hairan kenapa baik dan jahat itu dijadikan satu landasan untuk perkara yang disebut silaturrahim, adakah kita tidak percaya bahawa didunia ini Allah sudah mencipta kita sebagai sebaik-sebaik makhluk? 


Diantara kita, manusia ini tidak sempurna, kita saling memerlukan antara satu sama lain, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dunia ini rotate, adakala kita diperlukan orang lain, adakala kita memerlukan orang lain. Apa salahnya jika yang jahat itu kita tidak membenci, tetapi membantu dengan memberi nasihat dan doa, begitu juga yang baik, kita jadi kan role model atau mendekati dengan mempelajari apa-apa yang berfaedah darinya. 


Sebenarnya sikap menjauhi itu tidak baik. Walaupun dalam Islam ada menghalalkan Uzlah (mengasingkan diri), tetapi uzlah juga ada term and conditionnya. Antaranya menurut Ahli sunnah wajamaah uzlah ditegah tetapi tidak haram.


suka la budak ni.. comel kan?? ^_^
Jangan dibeza-bezakan. 
Jadi apa yang cuba saya sampaikan melalui entry sederhana ini, janganlah kita bandingkan diri kita dengan orang lain kerana soal baik atau jahat itu subjektif. Takkanlah kita dapat membezakan keseronokan makan durian di antara kita dengan mat saleh. 


Tetapi buatlah perbandingan keluhan kita terhadap hidup dengan haiwan yang tidak pernah mengeluh dengan apa yang dihidangkan bahkan sentiasa bersyukur dan menerima seadanya. Saya harap orang diluar sana rasa tidak terlalu kasar saya katakan mungkin kita patut malu dengan haiwan jika dikira saiz iman mereka dengan kita yang bernama manusia.


Semoga hari ini kita boleh melihat sedalam mana iman yang kita laungkan, sama ada ia hanya sekadar di bibir, di minda atau begitu dalam hingga mencecah rasa. Semoga kata-kata ini dapat memberi kesan atau impak dalam hidup kita.. "OH TUHAN yang sentiasa kucinta... Oh Tuhan yang terlalu kurindu... tanpa cinta-MU aku mati, tanpa rindu-MU aku tidak pasti... dan terima kasih di-atas hadiah semua yang ada disekelilingku... Saudara-saudaraku, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan semua seisi bumi.. Terima kasih Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...