Sedar tak sebenarnya kita sangat disayangi oleh yang maha esa, Dia sayang kepada kita. Dia tidak membiarkan kita hidup sendirian. Dia jadikan kita hidup dalam lingkungan ibu bapa dan keluarga, jiran jiran, kawan-kawan serta masyarakat sekeliling. Dia menyuruh kita sayang-menyayangi antara satu sama lain. Apabila kita saling berbuat baik antara satu sama lain, hidup kita menjadi lebih bahagia dan Allah memberi kita pahala.
Semua perkara yang Dia ciptakan disekeliling kita itu sungguh bermakna. Kadang kala kita hanya dapat menghargai sebahagian sahaja apabila kita sudah tidak dapat merasainya lagi. Apabila demam kita hilang selera. Rasa semua lauk-pauk yang kita gemari semasa sihat sudah tidak sama lagi. Pada masa itu, baru kita rasa besarnya nikmat 'selera' yang Dia berikan kepada kita. Makanan yang begitu lazat tidak memberi sebarang makna kepada kita apabila selera hilang. Tanpa selera, lazat ataupun tidak lazat bagaikan sama sahaja rasanya.
Sebagai hambaNya yang baik, kita malu apabila tidak taat kepadaNya yang memberi pelbagai nikmat kepada kita. Sebagai hambaNya yang baik, kita berjanji menggunakan perkara yang Dia berikan kepada kita dengan cara yang paling baik, tidak jemu mengerjakan perintahNya dan bersyukur selalu kepadaNya.
Jangan fikir dengan apa yang tidak kita miliki sekarang, cuba fikir dengan apa yang ada dengan kita sekarang.
Saya? apa yang saya ada? walaupun dah semakin kurus semenjak merantau ni, saya tetap bersyukur yang saya masih mampu bernafas dan menikmati drama korea seperti biasa. hehe Alhamdulillah
Nasik tambah : Sebut pasal drama korea, sekarang saya suka tengok drama korea, dulu saya selalu bahan orang yang suka tengok drama korea, akhirnya saya sendiri pulak yang suka tengok. Bestnya cerita My Fair lady. sweet kot.. senyum sambil pejam mata macam ni (^_^)
#jom dengar lagu ni i love you
haha.
sekian ya!