teman-teman

Tuesday, September 27, 2011

susah mahupun senang tetap diuji..

Ada 2 bentuk ujian yang kita akan diuji, "kepayahan" dan "kesenangan"..

-Kepayahan, kita diuji dengan keimanan kita..
-Kesenangan, kita akan diuji dengan cara kita bersyukur..
Assalamualaikum w.b.t

Sekian lama akhirnya saya mula menaip kembali, maaf diatas kelewatan menghasilkan entri, sebenarnya bukannya tidak menghasilkan entri langsung, tetapi rata-ratanya entri yang dihasilkan banyaknya didalam draft, mungkin malu kot nak publish entri begitu, akhirnya dibiarkan saja didalam draft menjadi bacaan sendiri.
 
Dah lama tak tengok laut dengar bunyi ombak.. kat taiping xde laut, loji besar je ade.. T_T

Berbalik pada tajuk yang agak gloomy, sebenarnya ada yang ingin dikongsikan tentang berkaitan dengan ujian, pernah tidak jauh disudut hati kita tertanya-tanya mengapakah ujian diberikan kepada insan? kenapa tidak kepada tumbuhan atau haiwan?

Mungkin pada pandangan sesetengah orang soalan ini sangat aneh, tetapi keanehan soalan inilah yang ada dalam tanda tanya saya bila meratap ujian. Sukar sebenarnya atau mungkin ini sesuatu yang mustahil jika kita mengharap orang lain sama-sama dapat merasa, menjiwai dan menyelami apa perasaan kita yang sedang kita rasai sekarang ini.

Disebelah kanan menyatakan hidup ini anugerah, tetapi disebelah kiri pula menyatakan hidup ini meletihkan. Namun begitu pada saya kerana hidup ini anugerahlah ianya meletihkan.

Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan.

Pada dasarnya hidup ini adalah rangkaian susah payah dan meletihkan. Kegembiraan yang ada didalamnya adalah sesuatu yang sedikit dan perkara yang disukai dan yang diharapkan juga merupakan sesuatu yang sangat jarang berlaku. Bila kita dapat merasakan kemanisan hidup, namun ianya tetap hanya peristiwa sementara, jika kita tidak menghargainya dengan penuh rasa bersyukur.

Sekiranya dunia ini bukan tempat ujian, sudah pasti didalamnya tidak ada mainan perasaan dan juga melibatkan kesihatan, tidak ada sakit, tua, mati, cemburu, amarah, kesusahan, kemiskinan, kekecewaan kehampaan dan kesedihan.

Bila sering berlaku perkara-perkara yang membuatkan kita benar-benar rasa diuji, sebenarnya hal begitulah yang benar-benar memberi tamparan kesedaran kepada kita dan mengajar kita.

Muhasabah Diri : Jangan diikutkan sangat perasaan yang sedih sebab kalau tidak pandai mengawal perasaan pasti binasa. Pandang kehadapan dan teruslah berjalan. Sekalipun lambat tetapi teruslah melangkah. Hari ini pastinya berbeza dengan apa yang berlaku semalam.

Harapan : Semoga hari-hari yang bakal dilalui oleh kita sarat dengan kisah-kisah indah. Berharaplah seikhlasnya agar Allah memberikan kita nikmat dan kegembiraan hidup yang paling lazat supaya kita terus dapat menjalani hari-hari mendatang dengan sebaik mungkin.

Wednesday, September 21, 2011

Kisah silam bukanlah penghalang untuk mewarnakan langkah baru.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..

Tadi lepas kemas-kemas bilik, ketika sedang panjat almari, saya terjumpa beg luggage yang pernah saya pakai pada suatu ketika dahulu di Kota Yeman, dah berdebu beg tu, tapi masih elok, saya keluarkan beg itu dari almari, dan dibawa turun ke bawah.

Setelah dibuka beg itu, ya Allah gembiranya bila saya tengok album gambar bewarna biru yang saya himpun gambar-gambar ketika belajar disana, masih tersusun rapi di dalam album , dibelek satu persatu, makin sayu dan rindu teramat sangat pada kota Yeman dan kawan-kawan.

Antaranya gambar salah seorang sahabat karib saya, Sa'ied namanya, seorang warga kulit hitam yang berasal dari Kenya berketurunan sawahili, dia antara kawan yang paling saya rindu dan saya sayang, selain berpewatakan kelakar, dia ini seorang yang rajin, suka membaca dan tidak kedekut ilmu.

Pernah suatu ketika saya bertemu dengan dia, dan pada waktu itu dia sedang membaca. Saya mula bersuara pada dia.

Syafiq :Ya Sa'ied, hal ta'rif zunubi aksar minnak? 
(Sa'ied kau tahu tak dosa aku lagi banyak dari kau?)

Dia terkejut lalu menutup kitab yang sedang dibacanya.

Sa'ied :Limaza ya akhi? Indak Mas'alah? aisy min kalam ya akhi? zunubak aksar minni? wallah ma afham. 
(kenapa ni? kau ada masaalah ke? apa yang telah diperkatakan oleh kau? aku tidak mengerti)

Syafiq : Kau pernah lukakan perasaan kedua ibu bapa kau?

Sa'ied : Pernah.. pada suatu ketika dahulu.

Syafiq : Pernah kau tinggal solat dan tidak menghormati azan dengan sengaja?

Sa'ied : Itu aku tidak pernah.

Syafiq : Aku pernah.

Syafiq : Pernah kau menyakiti orang? maksud aku bergaduh?

Sa'ied : Tak pernah.

Syafiq : Aku pernah.

Syafiq : Pernah kau melawan guru?

Sa'ied : Tak pernah.

Syafiq : Aku pernah.

Syafiq : Itu sebab halnya, dosa aku lebih banyak dari kau Sa'ied.

Syafiq : Aku kesal dengan kisah silam aku, tapi Adakah kau rasa Allah akan mengampuni aku?

Sa'ied : Kau tahu erti makna Rahman & Rahim dan siapa yang memiliki nama itu?

Syafiq : Kedua-dua itu nama milik Tuhan kita.

Sa'ied : Biar aku menceritakan sebuah kisah dimana "2 orang penghuni neraka yang dipanggil untuk menghadap Allah Azza Wajalla dan berbicara denganNya.."

Di sebut dalam satu kisah, Allah memerintahkan Malaikat untuk memanggil 2 penghuni neraka untuk berbicara denganNya.

Setelah 2 orang penghuni neraka itu keluar dari neraka dan bertemu dengan Allah. Allah menyoal mereka, iaitu penghuni 1. 

"Wahai Si polan (penghuni 1), apakah dosa yang telah kau buat sehingga kau dicampakkan neraka?

Ketika aku masih hidup aku sering melanggar perintahmu dan aku ingkar dengan segala suruhanmu, akhirnya aku ditempatkan di neraka.

Kemudian penghuni 2 juga disoal perkara yang sama, dan jawapannya sama seperti jawapan yang telah dijawab penghuni 1.

Akhirnya Allah memerintahkan kedua-dua penghuni neraka itu kembali ketempat mereka, iaitu neraka. Begitu pun selepas diperintahkan berlaku 2 perkara berbeza diantara penghuni1 dan penghuni2. 

Penghuni1 berlari dengan cepat dan bersungguh-sungguh kembali ke neraka. Manakala penghuni2 berjalan lambat, seolah-olah berat hati untuk kembali ke neraka.

Melihat akan hal itu, Allah memanggil mereka kembali dan bertanya, Wahai Si Polan (penghuni1) kenapa kau berlari begitu cepat dan bersungguh-sungguh setelah disuruh pulang ke neraka?

Penghuni1 : Sewaktu aku hidup, aku tidak pernah taat denganMu ya Allah dan aku selalu ingkar, jadi biarlah kali ini aku akur dan menunaikan suruhanMu.

Wahai Si Polan (penghuni2) dan kau kenapa berjalan begitu lambat? dan berat langkahmu pulang ke neraka?

Penghuni2 : Sesungguhnya aku percaya akan kebesaranMu ya Allah, pada waktu ini Kau mampu memerintahkan malaikat keluarkan aku dari neraka, dan sesungguhnya aku juga percaya jika Kau mampu keluarkan aku dari neraka selama-lamanya dan masukkan aku ke dalam syurga pula.

Akhirnya Allah s.w.t memerintahkan malaikat supaya mereka kedua-duanya dimasukkan kedalam syurga.

Jadi kesimpulannya disini menunjukkan yang sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. Jika seburuk mana pun kisah silam kita pada suatu ketika dahulu, segelap mana pun kisah silam kita, jadikan ia sebagai langkah baru untuk kita terus berubah, jangan kita takut dan menganggap dosa kita adalah dosa yang tiada pengampunan darinya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kalam Saiyyidina Ali r.a
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal...
Dan sekiranya kamu berseronok melakukan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan kekal...

Terima kasih Sa'ied di atas cerita yang sangat bermakna ini. Ahyakumullah..

Yang kiri ni Sa'ied, berbaju putih.. Dia masih single, dia pernah gitau, dan mintak tolong suruh carikan awek malaysia untuk dia. :P


Thursday, September 15, 2011

Dalam disaat kita mencari kawan yang sempurna, mungkin tanpa sedar, kita dah terlepas kawan yang biasa sahaja kesempurnaannya, namun mampu buat hidup kita sempurna.

Assalamualaikum..

Lagi entri tentang kawan, kenapa ya? mungkin kerana hati ini sedang teringatkan seseorang kawan atau mungkin lebih. Yang dapat dirasai makin jauh dan menjauh, ya mungkin dah pergi terlalu jauh.. :(

Hargailah kawan yang kita ada.

Berbalik pada apa yang ingin disampaikan. Ia mengenai tentang jenis, peranan dan kepentingan sesuatu yang bernilai iaitu "kawan" (bukan majalah kawan tau)

Kawan adalah pendorong kita
Apabila kita berniat melakukan perkara baik, itu tandanya kita sedang berusaha bagi mencapai impian kita, Allah suka kepada orang yang berusaha hendak berbuat baik.

Impian kita sekarang adalah hendak meninggalkan perkara yang Allah tidak suka. Sebaliknya, kita hendak berbuat baik seperti yang Allah perintahkan kepada kita. Kita hendak sembahyang dengan sempurna, kita hendak mengisi masa dengan perkara yang berfaedah dan kita hendak belajar dengan tekun.

Biasanya, apabila kita mempunyai impian yang baik, kita pasti akan berhadapan dengan tiga jenis kawan.

1. Kawan yang memperkecilkan dan mengejek impian kita.
2. Kawan yang tidak memberi sebarang komen.
3. Kawan yang akan menyokong dan membantu kita.

Apabila kita benar-benar mahu impian kita terlaksana kita pasti mencari kawan jenis ketiga sebagai kawan rapat kita. Apabila kita tidak kisah sama ada impian itu terlaksana ataupun tidak, kita memilih kawan jenis kedua. Apabila kita memang tidak mahu mencapai impian itu, kita boleh mencari kawan jenis pertama sebagai kawan karib kita.

Watak dan perilaku manusia dapat menular daripada individu kepada individu yang lain. Apabila kita rapat dengan orang yang selalu menperkecilkan hasrat kita hendak berbuat baik, lama-lama kita melupakan impian kita itu. Semangat dan hasrat kita dapat padam apabila kita selalu diejek ataupun diperlekehkan oleh orang lain.

Sama seperti penyakit berjangkit, biasanya sikap buruk lebih cepat menular berbanding sikap baik. Apabila sudah dijangkiti sikap buruk, agak sukar hendak sembuh semula. Misalnya, orang yang tidak merokok menjadi perokok selepas berkawan baik dengan perokok. Tetapi perokok sukar menjadi orang yang tidak merokok semula walaupun dia berkawan baik dengan orang yang tidak merokok. (misal)

Nabi kata, "Berkawan dengan orang baik sikapnya umpama berkawan dengan pembawa minyak wangi. Walaupun kita tidak dapat apa-apa daripadanya, kita tentu mendapat bau harumnya. Berkawan dengan orang tidak elok sikapnya umpama berkawan dengan tukang besi. Walaupun kita tidak turut hangus terbakar, kita tentu terkena bau asapnya.

Kita banyak dipengaruhi oleh suasana di sekeliling kita. Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat dan apa yang kita rasa itu akan membentuk diri kita. Orang yang banyak mempengaruhi suasana di sekeliling kita itu pula adalah orang yang paling rapat dengan kita. Orang yang baik berada dalam suasana yang baik seperti minyak wangi yang selalu wangi.

Apabila kita berkawan baik dengan orang yang ada impian yang sama dengan kita, hendak taat pada Allah dan hendak berjaya, kita saling mengingatkan antara satu sama lain. Dengan cara itu, kita sentiasa ada motivasi.

Uhibbukum Fillah wa Ukhuwah Fillah.

Sekian dan Wassalam..


Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #Friends

Cinta & Kawan
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??
Kerena CINTA itu buta…
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apa lagi dalam telaga yang gelap…
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia…
kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERARTI….

Walau kita punya couple, teman MASIH paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman MASIH paling berharga.
(story from google)

Monday, September 12, 2011

Kita tidak pernah dapat apa yang kita minta dan apa yang kita harapkan, adakah kita tidak disayangi?

Pernah tak jauh disudut hati kita tertanya-tanya, mengapa ada doa tidak ditunaikan? Tanpa berselindung saya mengaku yang saya pernah..

Yang sebenarnya.. Sayang tidak bererti memberikan apa sahaja yang diminta.

senyumlah dengan apa yang kita miliki sekarang.

Apabila seorang ibu sayang anaknya, dia tidak memberikan semua perkara yang anaknya minta. Apabila anak berumur tiga tahun menangis hendak bermain gunting tajam, si ibu tentu tidak memberikan gunting itu kepadanya. 

Namun, apabila anaknya yang berumur 10 tahun minta dibelikan gunting bagi menyelesaikan tugasan sekolah, si ibu pasti menunaikan kehendak anaknya tanpa banyak soal. Sebagai ibu dan orang dewasa, dia tahu siapakah yang lebih berhak diberikan gunting, walaupun mereka berdua sama-sama anak kandungnya. Si ibu ataupun bapa tidak memberi gunting kepada anak berumur tiga tahun kerana sayang kepadanya.

Ada kalanya, kita tidak mendapat perkara yang kita harap-harapkan. Kita tertanya-tanya sebab Allah masih belum mengabulkan doa ataupun permintaan kita. Kita juga tertanya-tanya, mengapa orang lain dapat, sedangkan kita tidak dapat. Puas kita berusaha, tetapi masih tidak berjaya sepenuhnya. Masih ada hajat yang belum kita capai. Masih ada perkara yang kita rasa belum berpuas hati.

Kalau semua orang kaya-raya dan tidak pernah jatuh sakit walaupun sedikit, bangunan hospital dan klinik-klinik tidak akan wujud. Tidak ada orang perlu bersusah payah belajar dan bekerja sebagai doktor, jururawat, ahli farmasi dan saintis yang mencipta alat perubatan dan ubat-ubatan. 

Tidak ada juga pengusaha dan penanam pokok-pokok herba yang berkhasiat. Sebenarnya, manusia yang jatuh sakit melibatkan ramai manusia lain dan mempunyai rahsia sendiri yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Allah tidak memberi semua perkara yang kita minta bukan kerana perkara yang hendak diberikan itu tidak cukup. Allah itu maha kaya, maha pencipta dan serba ada. Bukan juga kerana dia tidak sayangkan kita kerana dia maha penyayang kepada semua makhluk ciptaanya.

Sayangnya Allah kepada kita tidak sama dengan kasih sayang sesama manusia kerana sifat kasih sayang yang ada pada sesama manusia itu hanya tempias daripada kasih sayang Allah.

Rasulullah pernah berkata, "Pada hari Allah mencipta langit dan bumi, Allah yang maha tinggi mencipta 100 perasaan belas kasihan. Setiap satu perasaan belas kasihan itu memenuhi lapisan antara langit dan bumi. Kemudian Allah jadikan satu daripadanya sebagai perasaan belas kasihan di bumi. Dengan belas kasihan itu, ibu menyayangi anaknya, dan binatang buas serta burung-burung saling menyayangi sesama mereka. Apabila berlaku Hari Kiamat, Allah sempurnakan belas kasihan yang selebihnya" Hadis ini direkodkan dari Muslim.

Allah tidak memberikan sesetengah perkara kerana dia maha bijaksana. Dia lebih tahu apa yang baik buat kita kerana dia yang menjadikan kita. Dia memberikan kepada kita pada masa yang paling sesuai bagi kita menerimanya.

Wallah hu alam. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...