teman-teman

Wednesday, August 24, 2011

saat izrael datang, mampukah kita minta izin?

Perbualan diantara adik dan abang


adik : abang tahu tak bila manusia yang tidak suka tutup aurat mula menutup auratnya dengan sempurna ?
abang : masa haji kot adik,
adik : salah... lepas haji belum tentu tutup aurat..cuba teka lagi,
abang : masa kawin???
adik : Salah jugak, teka la lagi
abang : apa dia dik?? abang tak tahu la.
adik : tadi ustazah cakap kat skolah , orang yang tidak suka menutup auratnya baik lelaki dan perempuan akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia DIKAFANKAN.. maka auratnya akan tutup buat selama-lamanya.


Ps : saat izrael datang, mampukah kita berkata, "ya izrael boleh tak tangguhkan dulu kematianku? aku nak tutup aurat dulu.." 


Tika itu sudah tentu tidak mampu lagi..

Terapkan lah semasa kecil

Dan masih belum terlambat bagi yang dewasa
Maaf pada yang terasa, tiada niat lain, melainkan saya sayang saudara saya.

Wassalam..

Monday, August 22, 2011

Rumusan ringkas Lailatul Qadr.

Assalamualaikum warahmatullah..

Sempena 10 malam Ramadhan yang terakhir, aku nak share sedikit ilmu yang pernah aku pelajari dari kitab I'anahtul Tholibin ketika di yaman dulu, tentang rumusan malam Lailatul Qadar, iaitu antara malam-malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu, kelebihan yang begitu besar, ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain.

Entri ini cuma menceritakan tentang rumusan ringkas, kalau ingin mengetahui lebih mendalam apa itu Lailatul Qadr, boleh baca disini

RUMUSAN:
Jika awal ramadhan pada hari :- 
Ahad / Rabu maka jatuh lailatul qadr pada malam 29 ramadhan- 
Isnin maka jatuh malam 21- 
Selasa / Jumaat maka jatuh malam 27- 
Khamis maka jatuh malam 25- 
Sabtu maka jatuh malam 23 

(kitab I'anahtut Tholibin : 257 juz : 2)
P/s : siapa yang ada kitab tu boleh selak tengok..sekadar rumusan..di ulangi RUMUSAN.

Peringatan : Di dalam bulan ramadhan ada satu malam nilainya menyamai dengan seribu bulan itulah dia malam Al-Qadar. Tak perlu di hitung tak perlu di tunggu bila hadirnya. Beribadatlah dengan ikhlas. Tak perlu berkira-kira, ada rezeki hadirlah ia. Diulangi beribadatlah dengan Ikhlas, tak perlu berkira-kira.. 
[syafiq]

I'anahtul Tholibin

Wednesday, August 17, 2011

Perkara biasa pada siang dan malam bulan Ramadhan

Assalamualaikum kawan-kawan
nak tengok transformers tak?
tengok bawah ni.. XD

FOKUS DEKAT PERUT


Ni entri paling pendek kan? :P

Tuesday, August 16, 2011

Open your heart open your mind..

Assalamulaikum saudara saudari yang sebaik-baik ciptaan.

Jom luangkan masa 5 minit, hayati dan bawa jiwa kita sepenuhnya membaca apa yang ternukil ikhlas ini.

Diceritakan pada suatu hari, sedang kita berjalan dalam keadaan yang lapar, kita terjumpa beberapa biji buah yang belum pernah kita lihat. Buah itu pula sedang masak mekar dan kelihatan manis. Kita tentu terliur hendak makan buah itu. Tiba-tiba, datang monyet merampas dan melarikan buah itu daripada tangan kita, lalu memakannya diatas pokok. Selepas makan, monyet itu rebah ke tanah dan mati.

Adakah kita fikir kita masih patut makan buah yang menarik itu?

Selain akal, kita juga dihadiahkan keupayaan. Seperti kisah buah yang menarik dan monyet tadi, kita boleh menggunakan keupayaan kita bagi menahan diri daripada memakan buah itu. Tapi jika apabila kita degil tidak mahu menggunakan upaya, hendak makan juga walaupun ia berbahaya, maka kita terpaksa menanggung sendiri akibatnya.

Cuba lihat beberapa jenis haiwan yang ada disekeliling kita. Kucing, ayam, kambing dan lembu memilih dahulu makanan mereka. Mereka menghidu-hidu dahulu makanan yang kita berikan kepada mereka. Mereka pun tahu memilih mana yang baik dan mana yang buruk bagi diri mereka. Misalnya, kucing yang baik dan dipelihara rapi biasanya memilih makanan yang bersih-bersih. Tetapi lihat kucing liar yang jahat. Kadangkala, kucing sanggup memakan anak mereka sendiri yang masih kecil.

Kita manusia yang lebih mulia daripada haiwan kerana DIA telah memberi kita akal dan menjadikan kita makhluk yang paling elok dan berupaya. Dengan kelebihan kita itu, kita dapat mengambil faedah daripada kejadian Allah yang lain secara maksimum, demi survive hidup didunia. Kita juga mampu memahami petunjuk-petunjuk yang Allah berikan kepada kita secara maksimum juga, demi survive hidup di Akhirat kelak.

Kita bukan seperti kapas yang melayang-layang tanpa arah tujuan, yang semata-mata mengharapkan angin membawa diri kita ke mana-mana. Kita adalah manusia yang serba lengkap dengan akal dan upaya. Kita mampu memilih arah kita sendiri dengan mencari petunjuk Allah dengan ikhlas. Kita mampu menentukan sama ada hendak berbahagia dengan memilih yang baik, ataupun menderita dengan memilih yang buruk.

Tapi apa yang kita dapat lihat sekarang diakhbar? cuba kita lihat muka depan sahaja dah cukup, dah cukup menggambarkan ummati yang dilafazkan disaat akhir nafas baginda, lebih memilih kearah keburukan daripada yang baik, mana pergi sifat nilai murni kita? adakah sifat nilai murni manusia terhakis oleh akibat peristiwa masa yang berputar terlalu cepat? Dengan bunuhnya, dengan simbahan asidnya, rogol, penindasan, pergaduhan, ragut dan pelbagai jenis bentuk jenayah lagi. Nauzubillah.

Ya memang benar orang baik dan orang jahat sentiasa ada sejak dahulu sampai sekarang. Malah sentiasa ada sampai Hari Kiamat. Sudah begitu Tuhan tentukan. Tetapi yang jahat itu ada yang jahat kerana tidak tahu dan ada juga yang jahat kerana degil. Yang tidak tahu perlukan pembimbing dan yang degil pun memerlukan pembimbing juga. 

Jika zaman dahulu itu logik, tetapi dizaman sekarang? Baginda adalah Khotimul Anbiya' yang telah menyampaikankan segala jenis ilmu dan mewariskan Quran dan dakwah Hadis. Dizaman sekarang tokoh agama dan guru-guru yang boleh membimbing pun ada, gunakan akal dan upaya itu untuk mencari, jangan biarkan diri ibarat kapas, kapas yang tiada hala tuju pun tidak menyakiti, adakah ingin menjadi lebih teruk dari kapas?

Yang paling sedih kisah tentang seorang makcik murtad yang kuat mencarut itu, apakah kesudahan hidup dia pun kita tidak tahu itu antara urusan dia dengan Allah, dihinanya islam, dihinanya Rasulullah, jika kita dapat lihat dari zaman sirah nabawiah lagi baginda sering diuji, dihina dan disakiti.

Salah seorang sahabat baginda berkata " masih terbayang dalam dalam ingatan saya, baginda itu dipukul oleh kaumnya sehingga berlumuran darah. Baginda mengesat sahaja darah pada mukanya sambil berdoa, 'Ya Allah, ampunkan dosa kaum saya kerana memang mereka tidak mengetahui' : Direkodkan oleh Muslim & Bukhari daripada Abdullah b. Mas'ud.

Pernah suatu masa, Rasulullah begitu sedih kerana diejek dan ditentang oleh orang-orang jahat yang degil. Semasa beliau bersedih, datang malaikat Jibril dan berkata kepadanya, " Allah yang maha mulia mendengar apa yang dikatakan oleh orang-orang kepadamu dan mendengar maklum balas mereka pada ajakanmu. Allah menghantarkan kepadamu malaikat penjaga bukit supaya kamu boleh menyuruhnya apa-apa yang kamu mahu kenakan pada mereka."

Jibril pun memanggil malaikat penjaga bukit itu. Malaikat itu memberi salam kepada beliau. Kemudian dia berkata "wahai Muhammad, Allah mendengar kata-kata orang-orang kamu kepadamu. Saya adalah malaikat penjaga bukit. Tuhan saya menghantarkan saya kepada tuan supaya tuan boleh perintah kepada saya. Apa yang tuan mahu? kalau tuan mahu, saya boleh boleh terbalikkan kedua-dua buah bukit besar di Kota Mekah ini keatas mereka."

Tetapi Rasulullah tidak mahu. Beliau masih berharap ada anak cucu mereka yang menentang itu menjadi orang beriman pada suatu hari nanti. Biarlah mereka yang degil. Mungkin anak cucu mereka pada masa akan datang tidak begitu. Rasulullah tahu, selepas beliau meninggal dunia, kerja-kerja mengajak orang supaya beriman kepada Allah akan terus dilakukan oleh umatnya.

Rasulullah bertugas mengajak dan mengajar orang ramai tanpa upah dan tanpa cuti. Beliau tidak mengajar perkara yang susah. Beliau hanya mengajar kita supaya hidup sebagai orang yang baik.

Soal makcik yang kuat mencarut itu biarkan dia, doakan semoga dia mendapat hidayah, abaikan sahaja dia dengan wordpress dia, biar dia terus-terusan memperbodohkan diri pada umum, insyaAllah ada petunjuk pada dia..

nyanyian anak Yusuf Islam a.k.a Cat Steven

Sunday, August 14, 2011

Gelisah kerana sebiji kurma

Assalamulaikum warahmatullah, sahabat

Suatu petang, sesudah aku pulang dari pejabat JPJ atas tujuan memperbaharui lesen aku yang dah mati, terdetik hati nak singgah ke bazar ramadhan sekejap atas gara-gara keinginan yang teramat sangat nak makan puding roti, akhirnya aku pun menukar haluan ke destinasi pekan kecil daerah Taiping. Ini bermakna sebelum ke JPJ aku memandu dalam keadaan lesen yang mati la kan?
Sesampai je di bazar ramadhan tergamam tengok ramainya orang, nasib baiklah tak susah bagi aku nak cari parking, keluar je dari kereta aku terpandang sebuah kedai, betul-betul dihadapan tempat aku park kereta. Depan mata je, kedai tu bernama IKHWAN.

Memandangkan hari masih awal jam pun baru menunjuk kan baru pukul 5 lebih kurang, akhirnya aku masuk dalam kedai itu, lupa nak gitau, kedai tu sebenarnya kedai buku, seronok tengok buku-buku yang banyak dan tersusun rapi, rambang mata.

Dan kemudian aku tertarik dengan satu buku, Collection of Islamic True Story tajuk muka buku itu, selak-selak tengok isi buku itu apa yang tertulis, ye la orang kata jangan judge book by its cover kan, so aku nak judge la apa yang ada disebalik cover book itu. 

Terjumpa satu tajuk yang menarik minat aku. "Gelisah kerana sebiji kurma".  iya, mata aku terus menatap di situ dan membacanya, tak adil la kan kalau aku sorang je yang baca dan tahu isi nya. Biar aku ceritakan balik ya.


Gelisah kerana sebiji kurma

Suatu malam Rasulullah tidak boleh tidur dan membolak balik tubuhnya diatas katil penuh gelisah. Isteri Nabi bertanya : "Wahai Rasulullah' Engkau tidak tidur semalaman?"

Rasulullah menjawab : "Aku terjumpa satu biji kurma di jalan, lalu aku pungut buah itu dan aku makan daripada nanti busuk dan terbuang sia-sia. Namun kini aku merasa gelisah, kerana siapa tahu kalau buah kurma yang aku makan tadi termasuk salah satu dari harta sedekah."
                                                                                                        (Short story about Rasulullah Hikayat-i Sahabah, Zakaria)


Selesai baca terus aku berselawat ke atas Rasulullah, kagum dengan sifat baginda, jika direnung diri sendiri terasa diri ni kerdil, aku kalau jumpa pokok cherry jangan kata sebijik, senang cerita aku tinggal yang tak masak je la buah-buah cherry tu di pokok. 

By the way banyak lagi tajuk-tajuk yang menarik. Antara-antaranya Pemberian bahaya Ali, Sepotong roti, Suara hak wanita, Rabi'ah dan musim bunga. Pokoknya banyak cerita-cerita pendek yang menarik ada dalam buku ni.

Selesai membacanya terus aku ke kaunter wat bayaran.

Sampai je kat rumah, laa kenapa tak ingatkan? kan dah lupa nak beli puding roti. (senyum pejam mata)


Sekian


Saturday, August 13, 2011

Thanks Allah for what u have 'n' Trust Allah for what u need

Thanks Allah for what u have

Apabila kita mendapat perkara yang kita hajati, tentu kita nyatakan rasa gembira kepada orang yang terdekat dengan kita. Kita beritahu kepada ibu bapa dan kawan-kawan kita. Kadang-kadang semasa bercerita kegembiraan itu, kita hampir-hampir mengeluarkan air mata kerana apa yang kita peroleh itu bermakna bagi diri kita.

Sebenarnya kita gembira kerana Tuhan memberikan rasa gembira itu kepada kita. Dia mengetahui isi hati kita dan dia ingat kepada kita walaupun kita tidak begitu ingat kepadanya. Apa yang kita harap-harapkan sekian lama tercapai juga akhirnya kerana dia mengizinkan kita mencapainya. Tidak sepatutnya kita tidak luahkan rasa gembira kepada dia yang menunaikan hajat kita.

Cara kita meluahkan rasa gembira dan terima kasih itu kita namakan sebagai bersyukur. Luahkan rasa syukur kita itu dengan mengucapkan alhamdulillah, iaitu segala puji bagi Allah. Lanjutkan luahan rasa syukur kita tu dengan azam kita akan terus berusaha menjadi hambanya yang baik dan taat.


Trust Allah for what u need

Kata orang, langit tidak sentiasanya cerah. Ada kalanya kita berharap panas sampai ke petang, tiba-tiba Allah turunkan hujan. Begitu juga dengan hidup kita. Ada kalanya kita kecewa dan bersedih kerana pelbagai perkara. Kadang-kadang kita dimarahi keluarga kita, kadang-kadang ada kawan yang mengejek serta men'down'kan kita, kadang-kadang ada orang yang menzalimi kita dan kadang-kadang pula kita tidak mendapat apa yang kita hajati.

Allah tahu apa yang terdetik dalam hati kita walaupun kita tidak meluahkan isi hati kita kepada sesiapa. Dia tahu masanya kita bersedih. Dia mendengar apabila kita mengadu dan berdoa kepadanya. Sedangkan kita pula, kadang-kadang tidak tahu hendak mengadu kepada seiapa.

Oleh sebab itu, kita cuba ingat Allah semasa sedih dan kecewa. Cara kita mengingat Allah adalah dengan berdoa dan reda dengan apa yang menimpa kita. Berdoalah supaya kita mampu bersabar dan mohon Allah gantikan apa yang kita tidak dapat sekarang dengan perkara yang lebih baik pada masa hadapan. Kita reda dengan apa yang dia berikan kepada kita kerana kita tahu dia mahukan yang terbaik buat kita. Kita ni milik Allah dan kita akan kembali kepada Allah pada suatu hari nanti.

Thanks Allah for what u have and Trust Allah for what u need ♥♥♥

Thursday, August 11, 2011

Analogi buat aku.. (bila waktu diambang akhir)

tekan play untuk baca entri ini

Bila diperhatikan, ramai orang yang memalingkan muka, menganjakkan hati, serta memindahkan kelopak mata hitam dari terus menjiwai agama. Sebahagian besar kita tenggelam dalam kehidupan mewah yang sering menimbulkan fitnah. Yang terdapat di surat khabar, majalah dan alat informasi lainnya, yang didapati hanya acara pertandingan bola sepak, kesenian, iklan komersial, ekonomi dan politik.


the past mistake teach us a lesson

Pabila memandang ke jalan raya. Yang dapat dilihat ialah orang-orang yang bergegas dengan kepentingan masing-masing. Yang ditawarkan di pasar ialah barang-barang produk baru dan yang menipu. Yang dibicarakan di majlis-majlis ialah perbualan tentang harta dan kesenangan.

Walaupun urusan dunia juga penting tetapi jangan sampai membelakangi agama sehingga menjauh dari ia..

Kerana itu, kita harus boleh menjadi orang yang berbeza dari mereka yang menjauhkan ia. Ya kamu semua benar. Aku pun berusaha demikian untuk menjadi orang yang berbeza, meski pun sekarang aku masih termasuk di antara mereka. Ya Allah, ampuni aku.

sekian..



Spontaneous Thursday #Kuih

Kuih Paling Gangster=Kuih Lompat Tikam
Kuih Paling Sexy=Puteri Mandi
Kuih Paling Keji=Taik Itik
Kuih Bajet Cute=Cek Mek Molek
Kuih untuk Awet Muda=Seri Muka
Kuih Paling Alim=Kuih Ketayap
Kuih Paling Malas=Jeput Malas
Kuih Penyakit Lelaki Kronik=Batang Buruk
Kuih Suka Pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam Zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampret
Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi=Kuih Bau-Lu
Kuih Paling Lembab= Kuih Siput
Kuih 1Malaysia= Kuih telinga Keling
haha jumpa kat fesbuk member :P

Tuesday, August 9, 2011

Kita rasa dekat, tapi adakah sebenarnya jauh?

Ada dua orang yang tinggal berjiran di dua buah rumah sebelah menyebelah. Daripada segi jarak dan kedudukan rumah, mereka sebenarnya sangat dekat. Malangnya, mereka tidak pernah bertemu walaupun di pintu pagar. Mereka juga tidak cuba bertanya khabar dan tidak cuba berkenalan. Oleh sebab itu, hubungan mereka menjadi sangat jauh. Semakin mereka tidak peduli antara satu sama lain, hubungan mereka semakin jauh.
Thanks Allah for what u have, and trust Allah for what u need

Walaupun Allah menyatakan dia dekat dengan kita, namun amalan kita yang buruk dapat menjauhkan kita daripada Allah. Oleh sebab itu, kita cuba berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan perkara yang Allah suka dan menahan diri daripada melakukan perkara yang Allah benci.

Bagaimana seperti kita hidup berjiran, begitu jugalah hubungan kita dengan Allah. Allah dekat dengan kita, tetapi apabila kita malas mengerjakan sembahyang, tidak mahu berpuasa dan suka membuang masa, kita menjadi jauh daripada Allah.

Amalan-amalan yang baik itu mendekatkan diri kita kepada Allah. Amalan buruk pula menyebabkan kita semakin jauh daripada Allah.

sekian.

Monday, August 8, 2011

puisi cinta

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan. Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
 
 
cuaca dirumah saya hujan, kesan desiran hujan memujuk saya untuk jiwang harini (^^)v

Sunday, August 7, 2011

GIVEAWAY COOKIES ALEPRIDZ

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni mesti semua dah terasa bahang keceriaan menyambut syawal kan? Syawal tak lengkap jika tiada cookies raya ye tak? so sempena ramadhan ni saya nak join la GA yang di anjurkan oleh En. Alepridz ni, walaupun tiada rakan-rakan yang sudi tag saya, sedih.. T_T tak kisah la nak join jugak!~ haha (^_^)v
http://www.alepridz.com/2011/08/giveaway-cookies-alepridz.html
Begini bubble commic saya
Sekian..

Ok jadi saya nak tag 

Yang tak di tag pun boleh join, di alu-alukan..Sorry tak ter tag sebab boleh pengsan kalau tag semua.. haha (^^)v

K.A.L.A.U. jika bersungguh-sungguh

Si dia sudah lama terbaring di katilnya kerana sakit berat. Sudah banyak wangnya habis untuk berubat. Sudah ramai doktor pakar yang mahir datang merawat dan pelbagai rawatan alternatif sudah dicuba. Namun sayang, penyakitnya tidak sembuh-sembuh juga.

Pada suatu hari, salah seorang kawannya datang membawa doktor. Kata kawannya itu, doktor yang datang itu adalah doktor paling bagus. Aneh, hanya selepas sebulan berubat penyakitnya sembuh. Dia dapat bangun dan ketawa ceria seperti biasa.

Dia memberitahu kawan-kawannya, "Kalau bukan kerana doktor yang mahir itu, tentu saya masih terlantar di katil kerana sakit."

Tanpa disedari, Dia mengucapkan kata-kata mensyirikkan Allah. Apatah lagi apabila dia benar-benar yakin, doktor itulah penyebab dia dapat sembuh sepenuhnya. Hanya sebab ubat-ubatnya yang mujarab itulah dia dapat kembali seperti sedia kala.

Dia sebenarnya sembuh dengan izin Allah. Allah mengizinkan dia sembuh apabila berubat dengan doktor yang terakhir itu. Doktor-doktor yang datang sebelum itu bukanlah tidak pandai, tetapi Allah tidak izinkan dia sembuh dengan rawatan daripada mereka. Sedangkan, sudah ramai pesakit lain yang Allah izinkan sembuh apabila mendapat rawatan daripada mereka.

Apabila Allah masih tidak izinkan dia sembuh, doktor terakhir itu pun tidak dapat merawat penyakitnya. Dia tetap berada di katilnya sehingga tiba masa yang Allah tentukan.

Usaha, ikhtiar dan tawakal itu atas diri kita sendiri yang mengusahakan, tetapi Allah tetap yang memberi jawapan.

Tawakalna alaAllah..

sekian

Saturday, August 6, 2011

Tak tergambar oleh sebarang huruf

Cuba kita pejamkan mata. Bayang kita tidak ada. Kita tidak dilahirkan oleh ibu kita ke dunia..

Apabila kita tidak ada, orang pun tidak menyebut nama kita. Tidak ada ibu bapa, teman-teman dan saudara mara kita. Apabila kita tidak ada, kita tidak mendapat peluang merasai luas dan indahnya hidup di dunia ini.

Kita tidak kenal bagaimana rupa kita sendiri. Kita tidak tahu apa itu sekolah, apa itu pantai dan apa itu coklat. Kita tidak tahu rasa manis, masam, masin dan pahit, Kita tidak tahu erti gembira dan duka. Kita tidak tahu makna ketawa dan makna kecewa.

Walau apa sekalipun yang kita hadapi dalam hidup ini, kita tetap berasa syukur, terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah, kerana Allah memberi peluang kepada kita menjadi manusia yang hidup di bumi.

Apabila kita berasa sedih, kita masih berpeluang memandang lautan yang indah ciptaan Allah. Apabila kita berasa kecewa, kita masih boleh mendengar suara deru angin dan kicau burung yang seolah-olah sedang memujuk kita.

sekian..

Friday, August 5, 2011

Entri Khas Untuk Segmen Tauladan Jom Ingat Pesanan Ibu Ayah

Assalamualaikum warrahmatulah..

Akhirnya Segmen Tauladan : Jom Ingat Pesanan Ibu Ayah dah selesai.. Alhamdulillah ramai jugak yang join, seperti yang telah saya nyatakan dalam entri segmen, tujuan segmen ini diadakan atas sebab untuk kesedaran dan moga kita sentiasa mengingati segala pesanan ibu bapa kita, mungkin diantara kita ada yang ibu bapanya berada jauh atau dekat yang hidup atau yang telah pergi menyahut seruan illahi.. jadi dengan segmen ini.. inilah masa yang terbaik untuk kita cuba mengingati apa segala jenis bentuk nasihat yang pernah mereka ucapkan dulu.. 

Disamping itu kita sama-sama boleh mengeratkan silaturrahim.. mungkin ada yang kita terlupa pesanan-pesanan mereka.. dengan cara ini usaha kita untuk cuba mengingati balik pesanan-pesanan itu..kita juga boleh share.. apa yang berkaitan dengan nasihat kita boleh ambil dan dijadikan sebagai tauladan.. ini senarai-senarai mereka yang join..boleh la kita terjah blog mereka..ada pesanan-pesanan yang kelakar, ada yang sebak bila baca, ada yang menghidupkan suasana di kampung dan juga bandar, saya sendiri teruja membacanya..btw terima kasih di ucapkan sekali lagi pada mereka yang join, syukran jazilan wa marhaban bikum.. :)


1.http://miox09.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

2.http://farra-laiyin5606.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

3.http://choclateloverz91.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

4.http://noonaqq.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

5.http://iniportakygpunye.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

6.http://puterishafieza.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

7.http://thinkart-feza.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

8.http://nurdano.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

9.http://syieda90.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

10.http://nadiapeace.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

11.http://miracleara.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

12.http://greencisplatin.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

13.http://snfajariah.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

14.http://nourulsyarfieqa.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

15.http://nieysah-hanisah.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

16.http://review-gitarputeh.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html
(campur pesanan atuk dengan nenek)

17.http://cinqleafclover.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

18.http://www.sayabintang.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html
(siap ada lukisan kartun yang comel)

19.http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

20.http://nilamsuhana87.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

21.http://mysuperduperhero.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

22.http://tumpahan-cat-berwarnawarni.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

23.http://cucutunteja.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

24.http://www.sitisafiyyah.com/2011/08/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

25.http://kerdipanrohani.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesan-ibu.html
(thanks auntie sebab sudi join jugak)

26.http://wonderfullythought.blogspot.com/2011/08/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

27.http://cintatulip.blogspot.com/2011/08/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

28.http://taknaksayur.blogspot.com/2011/08/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

29.http://madnip.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesan-ibu.html

30.http://najilaa.blogspot.com/2011/08/segmen-teladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

31.http://bybycadfillah22.blogspot.com/2011/08/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

32.http://shafikamokhtar.blogspot.com/2011/08/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

33.http://najwaothman.blogspot.com/2011/08/segmen-taulan-jom-ingat-pesan-ibu-dan.html

34.http://zakiepurvit.blogspot.com/2011/08/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html
(entri akak ni dapat sambutan entrinya best)

35.http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/?p=8171

36.http://ibusumaiyah.blogspot.com/2011/08/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

37.http://missctf.blogspot.com/2011/08/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

Terima kasih kepada semua :) 

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday # . . .

I'll be back soon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...