teman-teman

Sunday, July 31, 2011

Ramadan tiba

Assalamualaikum wbt

Khas untuk pembaca dan follower SyafiqMokhtar.. Selamat menyambut ramadhan Al-mubarak ^_^

Jom dengar lagu ni.. serius best! tak tipu..






Senarai Blogger yang join Segmen Ilmiah

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah senarai-senarai blogger yang join SEGMEN ILMIAH haritu.. terima kasih sebab sudi join, tak sangka segmen yang pertama kali buat haritu dapat sambutan. terima kasih tak terhingga.. jom menimba ilmu dan terjah mereka.


















































  
selesai blogwalk dan menimba ilmu, sila baca pesanan di sini  

Terima Kasih pada semua yang join :)  
 

Saturday, July 30, 2011

SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH

SEGMEN TUTUP

Assalamualaikum w.b.t

Sewaktu kita kecil , remaja dan dewasa mesti ada je pesanan dari ibu dan ayah kita kan? contohnya sewaktu kita kecil ibu dan ayah kita selalu pesan, contoh:-

-jangan mandi malam, nanti kena paru-paru berair.
-kalau keluar rumah jangan lupa pakai selipar. nanti terpijak benda-benda tajam.
-belajar rajin-rajin.
-jangan tinggal solat, solat itu tiang agama.

So mesti semua ada yang dapat pesanan-pesanan dan nasihat begitu kan?btw segmen ini bukan sewaktu kita kecil je..remaja dewasa pun boleh.. jika ada yang berminat jom sama-sama kita memeriahkan segmen ni. contoh dan syarat ada dibawah.

1- Buat entri bertajuk " SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH "
2- Sertakan gambar yang ada di bawah ini dan link ke entri segmen ini. (kali ini tak pakai header)
3- Sertakan sekurang-sekurangnya 2 jenis pesanan dan nasihat.(lebih lagi baik, tak mampu 1 pun boleh)
5- Tag rakan-rakan atau follower anda (linkkan), tidak kesah berapa orang
7- Tutup bila-bila masa.
8- Semua entri segmen sila pastekan diruangan komen ini ye. selesai ^^

______________________________________________________________________
Contoh :

SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH

http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com
1.Umi dan abah kata : "Belajar rajin-rajin, kalau boleh kami nak syafiq mendalami ilmu agama dan pandai mengaji, kami perlukan anak-anak yang pandai mengaji, andai kata suatu hari nanti kami dah tiada, kami perlukan anak-anak untuk mengajikan AL-Quran  kepada kami.. Suatu hari nanti Syafiq pun bakal ditempat kami, dan Syafiq pun akan mengharapkan perkara yang sama seperti yang kami harapkan sekarang ini.

2.Umi dan abah kata : Jangan tinggal solat, solat itu tiang agama.

Saudara dan Saudari yang di Tag 
sipolan.
sipolanah.

______________________________________________________________________ 

P/s : Tujuan segmen ini adalah bertujuan untuk kesedaran dan sentiasa mengingati segala pesanan ibu bapa kita, jika ibu bapa kita jauh sekarang ini, inilah masa yang terbaik untuk kita cuba mengingati apa segala jenis bentuk nasihat yang pernah mereka ucapkan dulu.. Disamping itu kita sama-sama boleh mengeratkan silaturrahim.. dah join? linkkan di ruang komen ini ye.. Jika ada kekhilafan dari saya juga boleh di linkkan disini juga. :)


wassalam.

Thursday, July 28, 2011

Pencipta

Pernahkah di alam nyata ini, kita lihat sebatang pokok yang keras batangnya membelah diri sendiri?
Kemudian berlari ke sana ke mari mencari paku lalu memaku badannya sendiri. Akhirnya kayu itu duduk diam apabila siap menjadi kerusi?

Cuba kita fikirkan tentang hal ini pula. Andaikan pada suatu hari, kita sesat dalam perjalanan. Tiba-tiba kita terjumpa sebuah rumah di daerah sepi tanpa penghuni. Apabila kita melangkah masuk ke dalam rumah itu, kita dapati semua perabotnya tersusun rapi. Lantainya tersapu bersih dan tingkapnya terbuka luas. Makanan diatas meja pula siap terhidang. 

Pada masa itu, adakah kita fikir semua yang ada di dalam rumah itu tersusun sendiri? Dapatkah kita menerima apabila ada orang mendakwa, semua yang tersedia di dalam rumah itu wujud secara kebetulan?

Kita sukar menerima ada dakwaan ruang rumah yang tersusun rapi tidak ada penyusunnya. Kita juga susah percaya sebatang pokok mampu mengubah dirinya sendiri menjadi kerusi. Dan yang paling sukar bagi kita hendak menerima dunia yang rapi ini jika tidak ada pencipta dan tidak ada pentadbirnya.

Laut yang berombak dan angin yang bertiup itu bergerak dalam sistemnya sendiri. Begitu juga dengan planet dan bintang yang bertaburan di angkasa. Semut-semut yang berjalan perlahan di bumi juga sentiasa berada dalam sistem mereka sendiri yang teratur rapi. Semut sangat kecil tetapi begitu pandai beratur dalam barisan yang panjang, mengangkut makanan dan membina sarang.

Malah, jantung yang berdegup dalam badan kita juga berdegup mengikut sistem yang ditetapkan. Kita sendiri tidak mampu mengawal jantung itu walaupun jantung itu jantung kita. Kita tidak tahu berapa kali ia berdegup dalam sehari. Selagi kita tidak duduk, mendengar dan membilang degupan itu satu persatu.

Alam semesta membuktikan ada pencipta....

"Katakanlah Allah itu satu" (surah Al-Ikhlas ayat 1)

sekian..

Wordless Wednesday # Colour?

Walaupun harini hari khamis, tapi nak post WW jugak.. ^^


Nak cerita, tapi tak boleh, sebab wordless. hehe

*ukhuwah tidak membezakan warna, saya sayang negara saya* :)

Pesanan buat sahabat-sahabat yang join segmen berkongsi hadis

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih sebab menyertai..semoga kita sama-sama dapat manfaat dari segmen ni.. amin :)

secara rasminya segmen dah tutup jam 11.00 tadi :)

dan ini adalah entri khas untuk segmen:
Alhamdulillah..segmen yang kali pertama yang sy buat baru-baru ni, mendapat sambutan, akhirnya segmen tutup, setelah 2 hari tarikh yang dibuka. Banyak ilmiah dan manfaat yang kita dapat dari segmen itu.. dan sy sangat berbesar hati.. syukur Alhamdulillah. InsyaAllah jika ada masa kelapangan lagi sy akan buat segmen berbentuk ilmiah secara lain pula.

Berbalik pada tajuk entri ini.. sy lihat kebanyakan hadis-hadis yang dikongsi rata-ratanya datangnya dari pelbagai sudut, ada yang dari kitab-kitab..ada yang datangnya dari google (paling banyak), dan ada yang sememangnya yg sudah mempelajarinya..setelah mendapat pandangan dari sahabat sy, dan akhirnya sy sangat bersetuju.. segala pandangan yg disuarakannya sangat bernas, dan sy sangat menerima dengan lapang dada disetiap inci pandangannya itu.. terima kasih buat sahabat sy itu.

Patut lah diingati, tidak semua apa yang ada pada google dan setiap sumber kita dapat dari internet itu tepat, diulangi "tidak semua"..dan sekarang pun semakin banyak hadis palsu yg boleh didapati di google.. jadi sebagai langkah berhati-hati, dan kebaikan, diharap tidak semua hanya main copy paste.

Pernah sy suarakan pendapat ini kepada ustaz sy, ketika sy belajar dahulu, soalan sy begini "mengapa terjadinya kefahaman baru? seperti golongan yg menafsir hadis melalui ayat.. ustaz sy kata Al-quran dan Al-Hadis itu bahasanya tinggi..tidak semuanya boleh ditafsir sambil tutup mata dan minda.." 

Nampak? Jadi untuk kebaikan bersama dan tujuan baik, lebih baik kita menitik berat tentang copy paste ini, untuk sebagai secara ringkasnya, sy senaraikan point ini sebagai langkah untuk kita sama-sama mudah memahaminya..

1. Jangan menterjemah ayat atau hadis menurut pemahaman kita sendiri.
2. Berhati-hati tulis hadis copy paste jika tidak pasti sama ada ia sahih atau tidak
3. Bahaya bila bercakap tanpa pengetahuan
4. Jika seseorang meminta kita soalan dan kita tidak tahu jawapannya, maka kita boleh membuat penyelidikan bagi tentang itu dan mengetahui, tetapi jangan kita berani cuba menjawab ia jika kita tidak tahu jawapannya

Mari kita fikir adakah jika Allah menghantar mesej kepada manusia, Allah akan hadir dalam apa-apa cara untuk difahami oleh orang biasa? Selain dari Taufiq dan Hidayah.. perkara yang paling tepat adalah mencari ilmu..

mari kita luangkan masa lihat video ini 


Sy suka buat perbincangan dan perkongsian ilmiah secara usrah atau lebih di fahami secara berjemaah..jika ada pendapat atau pandangan yang ingin dikongsi boleh sertakan pendapat dan pandangan diruang komen ini..yang baik dari pada yang Maha Esa, yangg buruk dari kekhilafan saya sendiri.. terima kasih pada yang join segmen,jika ada peluang saya buat segmen lagi, mungkin cara lain pula.. walopun tiada hadiah, tapi apa salahnya untuk ilmiah pada kita sendiri kan? wallahhua'lam dan sekian.. korang semua memang terbaik.. (nak nangis)
 

Tuesday, July 26, 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

 TUTUP
[ entri khas sila ke sini ]

Assalamualaikum Warahmatullah..

Sempena suasana Ramadhan kian terasa ini apa kata join segmen SyafiqMokhtar. Kali pertama Syafiq buat segmen. harap ada sahabat-sahabat secara ikhlas join segmen ini.. Bila lagi kita nak tambah ilmu kan? tidak perlu yuran pun. Ulama' salaf pernah berpesan "Tuntutlah ilmu dari semenjak buaian hingga ke liang lahad."

Caranya Mudah :

1- Buat entri bertajuk " SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA "
2- Sertakan header ini dan link ke entri segmen ini.
3- Sertakan sekurang-sekurangnya 2 potong hadis serta di "Riwayatkan Oleh" siapa. Jika tidak mampu, 1 Hadis pun memadai. :) 
5- Tag rakan-rakan atau follower anda (linkkan), tidak kesah berapa orang
7- Tutup bila-bila masa.
8- Semua entri segmen sila pastekan diruangan komen ini ye. selesai ^^

______________________________________________________________________
Contoh :

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS SAMA-SAMA
http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com
1.Sabda Rasulullah s.a.w:  “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

2.Sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa keluar(berusaha)  mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di  jalan Allah sehingga dia kembali´.
(HR. At Tirmizi)


Saudara dan Saudari yang di Tag 
sipolan.
sipolanah.


P/s : Hadis yang terhimpun disetiap entri kawan-kawan yang join bolehla kita terjah sambil bawak pensil/pen dapat kita tulis dalam buku kecil kemudian di hafal serta dijadikan amalan. Alhamdulillah tambah lagi ilmu kita. :)
(kepada semua yang menyertai akan di senaraikan dalam satu entri khas)

sekian

Saturday, July 23, 2011

permintaan yang berterusan

Ketika kita merasakan yang langit tidak sentiasanya cerah, percayalah bahawa langit juga tidak sentiasanya gelap..


Ada masanya kita menghadapi perkara-perkara susah dan menyedihkan. Semua usaha dan ikhtiar yang kita lakukan tidak menampakkan hasil. Kita sudah lakukan semua perkara yang sepatutnya, tetapi hasilnya masih tidak seperti yang kita harap-harapkan.

Pada masa itu kita tidak lagi meminta kepada kenalan ataupun ahli keluarga kita kerana kita yakin mereka pun tidak dapat menolong kita. Malah, kadang-kadang mereka pun menghadapi masaalah yang sama seperti kita. Oleh sebab itu, kita terus menadah tangan, berdoa dan mengharap kepada Tuhan supaya menghilangkan semua beban susah yang kita tanggung itu.

Susah dan senang adalah perkara lumrah bagi manusia. Apabila ditimpa susah, dengan sendirinya, tanpa disuruh-suruh oleh sesiapa, kita mencari-cari Tuhan. Biarpun kita tidak pernah bertemu dengan Tuhan, kita tetap yakin dan percaya kepada kuasa Tuhan. Kita yakin, apabila semua jalan sudah tertutup, hanya Tuhan tempat kita berdoa dan bergantung harap. Itu adalah fitrah "rasa perlu kepada sesuatu" yang Allah ciptakan dalam diri setiap manusia. Fitrah manusia yang paling asas adalah rasa "bertuhan" kerana manusia perlu bergantung harap kepada Tuhan.

Dalam surah al-Naml ayat 62, ada dua soalan yang ditanya kepada manusia. Pertama, siapakah yang memperkenankan doa orang yang kesusahan? Kedua, siapakah yang menjadikan manusia sebagai orang yang memakmurkan bumi ini?

Soalan-soalan ini mencabar manusia supaya akur akan adanya Allah, Tuhan yang maha berkuasa. Oleh sebab itu, tanpa dipaksa-paksa, kita sendiri berulang-ulang kali meminta kepada Allah. Allah memberi, kemudian kita terus mengadu dan meminta perkara lain pula. Begitulah seterusnya sehingga akhir hayat kita sebagai makhluk ciptaan Allah.

P/s: Sekiranya disaat kita susah dan merintih kesedihan kita mampu bersujud, menadah tangan, menangis dan meminta kepada Tuhan. Apalah salahnya disaat bahagia kita, kita juga mampu bersujud dengan perasaan yang lapang dada dan penuh rasa bersyukur sambil mengucapkan Alhamdulillah..

Sekian..

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday # T.W.I.N


Tak ingat tahun bila gambar ni.. ini gambar aku ngan kembar aku time kecik-kecik dulu.. ramai orang kata.. syafiq kecik-kecik comel je..dah besar comot je tengok.. hahaha T_T (tawa dalam tangisan)

*dulu kecik-kecik aku pernah tanya umi.. 

Aku : umi, "macam mana syafiq boleh kembar? apasal jat, sabil, k.ita, k.syahnaz (adik beradik aku) tak kembar pun?

Umi : Tu la tandanya kebesaran Allah s.w.t, siapa pun tak leh nak duga.. :)

Allah Taala A'lam dia lebih mengetahui..

Sekian..


**UPDATE** nak tau lebih detail cuba tengok entry ni 

Tuesday, July 19, 2011

Mengharap

Bagaimana cuaca ditempat anda harini? Sekarang cuba kita lihat cuaca diluar, dan lihat suasana cuaca sekeliling kita.. jika ditempat aku.. MasyaAllah.. indahnya..

sekadar hiasan, lukisan sendiri dengan hasil sokongan aplikasi paint. [1st time lukis]

Jika diceritakan tentang cuaca, ada orang suka cuaca panas, kerana kerjanya memerlukan cuaca yang elok. Bagi jurubina, hujan dan ribut selalu mendatangkan masaalah kepadanya..kerana kerja-kerja di tapak binaan menjadi sukar apabila cuaca buruk.

Ada juga orang suka kepada hujan dan panas sekali gus. Bagi pekebun, panas dan hujan yang silih berganti diharap-harapkan. Panas terik tanpa hujan merosakkan tanaman..begitu juga apabila hujan turun tanpa henti.. Tanaman memerlukan cahaya dan air secara sederhana untuk hidup subur.

Namun, siapakah yang dapat menghalang hujan dan panas?

Walaupun jurubina tidak suka kepada hujan, dia tidak dapat menghalang hujan. Walaupun pekebun tidak suka kepada musim kemarau yang panjang, dia sendiri tidak dapat meredupkan awan ataupun menurunkan hujan. Jurubina dan pekebun hanya dapat meramal cuaca yang akan datang. Mereka bergantung harap sepenuhnya kepada Tuhan yang berkuasa menurun dan menghentikan hujan. Mereka tidak dapat mencari orang bijak pandai bagi menghenti kemarau ataupun menghentikan hujan lebat kerana hanya yang berkuasa dapat melakukannya

Sekarang cuba kita bayangkan suasana di tepi pantai pula. Semasa laut tenang tidak bergelora, kita berasa seronok bermain ditepi pantai. Pasirnya halus, langitnya cerah dan ombaknya lembut menyentuh kaki kita. Tetapi, apabila ombak besar melanda, kita tidak dapat berbuat apa-apa bagi menghalang ombak itu. Kita hanya mampu menyediakan siren amaran supaya orang ramai segera menyelamatkan diri mereka. Dalam peristiwa ombak tsunami, ramai orang mati kerana tidak sempat melarikan diri. Bukan api sahaja yang semasa besar menjadi lawan, tetapi air juga begitu. Air yang lembut dan sejuk dapat membunuh semasa ia dalam keadaan banyak dan menghempas kuat.

Apabila kita tidak mampu menghalang banyak perkara dalam hidup kita, maknanya di sebalik kehidupan kita ini ada kuasa yang maha hebat. Kuasa itu yang menjadikan air sebagai perkara yang kita perlukan setiap hari dan kuasa itu juga yang menjadikan sebagai perkara yang menakutkan apabila dia mahu. Kuasa itu yang mencipta, merancang dan menyusun segalanya mengikut kehendaknya sendiri. Kuasa itu adalah Tuhan kita, Allah.

Jadi tidak semua perkara yang kita harapkan dapat di-gapai..Itu sebab pentingnya redha dan percaya akan rukun iman yang ke6, kadang Allah sembunyikan matahari, dan memberikan kita hujan ribut dan petir, kita merintih takut, sebenarnya DIA nak hadiahkan pelangi yang indah pada kita.. Sesungguhnya DIA tau apa yang terbaik untuk kita..

Tidak semua mimpi dan harapan akan terwujud sesuai dengan keinginan kita

Sekiranya Allah cepat makbul doa kamu maka ketahulilah bahawa Allah menyayangimu, sekiranya Allah melambatkan makbul doa kamu sesungguhnya Allah ingin mengujimu dengan sesuatu DAN sekiranya Allah tidak langsung memakbulkan doa kamu sesungguhnya ketahuilah bahawa Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kamu.

sekian.

Thursday, July 14, 2011

Kalau ini lah yang dijadikan tiket..

Rasanya pernah kah kita terfikir..mampukah kita memilih rupa bentuk kita?
Gambar tiada kena mengena..comel pulak bila letak pic ni ^^
Lelaki atau perempuan, berhidung mancung ataupun tidak, berkulit cerah ataupun gelap, itulah ciptaan Allah buat kita. Kita sendiri tidak berkuasa penuh pada pada tubuh badan kita. Kadang-kadang, banyak perkara yang tidak kita inginkan tetap ada pada diri kita.


Ada orang cuba menukar jantina kerana tidak berpuas hati dengan jantina mereka.. katanya "mereka iaitu masyarakat yang lain tidak memahami naluri kami". Ada yang melakukan pembedahan kerana mereka tidak puas hati dengan bentuk mata dan hidung mereka Ada juga orang melakukan pembedahan berulang kali apabila usia semakin tua bagi membaiki kedut-kedut yang muncul pada kulit.

Walau apa pun usaha dilakukan, mengubah rupa bentuk asal tidak kekal, malah mengundang bahaya. Kita tidak dapat menambah tangan yang sudah sedia ada dua ataupun menambah lagi mata supaya menjadi empat. Kita tidak akan mampu melawan tua. Mahu ataupun tidak, hampir semua orang mesti melalui tempoh tua sebelum meninggal dunia.

Dalam surah al-Qasas, ayat 68 Allah sendiri memberitahu kita dia menjadikan apa yang dia inginkan dan menentukan pilihan sendiri. Semua makhluk ciptaan Allah tidak mampu memilih bentuk kejadian mereka.

Apabila kita sendiri tidak mampu memilih perkara yang ada pada diri kita sendiri, tentu ada kuasa yang menciptakan dan menentukan rupa bentuk kita. Diala yang membentuk rupa kita semasa kecil, dia juga yang membentuk rupa kita selepas kita dewasa. Kuasa itu adalah Tuhan kita iaitu Allah yang mencipta manusia dan seluruh alam ini.

Kacak? Jelita? Hodoh? Stylo? Hot? Cerah? Gelap? Sawo matang? Kuning langsat? atau apa saja bentuk fizikal kita..Itu dan Ini? Bukanlah tiket ke surga neraka bagi kita di negeri kekal akan datang seperti yang telah termaktub didalam rukun iman ke 5.

Syukuri apa yang ada kita hanyalah anugerah  [D` Masive]
sekian...

Wednesday, July 13, 2011

Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique'

http://www.abdulfarique.com

"Dimana bumi kupijak disitu langit kujunjung..alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan ohoowoo.."
 
Ehem2x! inilah lirik yang dapat dipetik dari lagu semerah padi yang dipopularkan oleh m.nasir suatu ketika dahulu.. nak tau sebab apa aku nyanyi lagu ni?
 
Dalam keadaan was-was aku menceburkan diri dalam kontes yang agak susah bagi aku..iaitu mengkritik dan mengutuk blog..seperti sedia maklum aku seorang blogger yang amat kerdil macam orang kerdil citer snowhite dalam dunia blog,sepatutnya aku ini amatlah tidak layak dan sememangnya tidak layak untuk mengkritik mahupun mengutuk..

Dan aku ni seolah-olah mengundang bahaya menceburi kontes ini..mungkin tindakan aku ini ibarat seorang askar yang kehabisan peluru sedang mengepam tayar basikalnya yang pancit..ok tak payah ingatkan aku..aku tau tak lawak.. TETAPI!

heh! ingat aku peduli ke semua itu? ternyata aku memang tak peduli..kerana sememangnya aku memang ada point pun nak kritik blog si Abdul Farique ni.. di ulangi "Aku Memang Ada Point" (imaginasi kan ayat ini bergema-gema seperti bercakap didalam gua) untuk kesan yang lebih dramatik..

Nak tau apa dia?? lets go bebeh! check this out.. detective conan DeSapikMota cuba merungkai mengkritik tentang masaalah ini.

1. kritikan aku yang pertama ialah.. header Abdul Farique.. korang nampak apa aku nampak? aku rasa korang tak nampak.. tapi!!?? aku nampak.. hehehe (gelak sinis ala-ala ketua gagak itam) tau apa dia?? POKOK!

Korang cuba telitikan apa yang kurang pada pokok ni?? iyaa.. itu jawapannya..pokok ini ada sedikit kecacatan..even header ini kartun tapi disebabkan pokok ini tumbuh kat atas lalang ia tak nampak berapa logik.. header ni nampak ada sikit kecacatan gara-gara pokok ini..sepatutnya pokok ini di editkan dibelakang lalang supaya ia lebih tampak natural..
 

2. kritikan kedua ialah.. bloglist.. di bahagian The Laki-Laki nak tau kenapa aku kritik + kutuk?
 
cursors dalam bulatan merah tu aku dah letih dah tolak ke atas, ke bawah, ke atas ke bawah..kemudian aku cuba la pergi ke senarai bloglist The Gadis-Gadis pulak.. tapi jawapannya tetap hampa..malah kecewa..tau kenapa? blog aku tak tersenarai..ok fine! fine! fine! :majuk (lari sambil minum air kotak coklat)

 
3. kritikan ketiga ialah.. tentang entry wordless wednesday terbaru Abdul Farique.. bagi sesiapa yang pernah tengok entry si Abdul Farique yang baru-baru ni mesti dapat memahami jiwa aku yang susah hati dan risau teramat sangat sehingga aku mandi tak basah tido tak nyenyak gara-gara melihat entry wordless wednessday beliau..

nampak?? so korang tau kan sebab apa aku risau? tengok uncle tu selamber yaya selamber papa :gitar je tido macamtu kat atas motor..bahaya tau..mana la tau tiba-tiba ada angin ribut yang kencang, atau uncle tu tido mimpi hantu atau mimpi dikejar anaconda.. mau tak terjatuh ditimpa motor? ditimpa tangga pun tak teruk macam ditimpa motor..

ok so ini je kritikan dan kutukan yang mengikut terma dan syarat yang dituntut.. sekian terima kasih.. by the way lastly.. Abdul Farique... Ampunnnn!~~ aku ikut syarat je..jangan tacink dengan kutukan dan kritikan ini..  hahaha dan tak lupa tahniah wat kontes yang sangup menerima kritikan orang..bukan semua orang mampu menerima kritikan.. teringat kata-kata Fadzilah Kamsah "Insan yang cemerlang selalu menerima pandangan orang lain

peace yaw! :)

P/s : Tapi ada jugak pujian yang patut diberi..contohnya.. Abdul Farique pandai balut hamper.. :hoho

sekian wassalam

kena Tag sorang.. sapa aku nak tag ni.. tag yuyu zulaikha dia marah tak?
selamber je la tag dia. eh hermm tak berani la plak.. tag abg nukilan ni je la..haha

Wordless Wednesday #Pergilah Sejauh Mana Pun

Wednesday, July 6, 2011

Mari kita fikirkan sejenak siapa kita?

Assalamualaikum wbt.

    Pernah tercapai dek fikiran kita tak? sedar-sedar, kita sudah pun berada didunia. Sedar-sedar, kita dikelilingi oleh orang-orang yang kita kenal seperti ibu bapa, ahli keluarga dan sahabat handai. Kita tidak dapat mengingat, bilakah masanya kita minta dilahirkan ke dunia. Kita juga tidak dapat mengingat perkara yang berlaku semasa kita baru dilahirkan. Kita juga lupa apa yang berlaku pada kita semasa berada dalam kandungan ibu selama sembilan bulan. Kita tidak tahu apa yang berlaku sebelum kita wujud di dalam rahim ibu.

    Siapakah yang mencipta kita daripada tidak ada kepada ada? Siapakah yang menjaga kita semasa berada dalam tempoh kita "tidak sedar" dalam kandungan ibu kita? Siapakah yang menumbuhkan tulang dan daging pada badan kita? Siapakah yang mendegupkan jantung dan memanjangkan rambut kita?

    Kita sendiri tidak mengetahui sepenuhnya seluruh episod hidup kita. Semasa kita berada dalam kandungan ibu, segala yang berlaku bukan dalam kawalan kita ataupun ibu kita. Ibu kita sendiri tidak tahu anak yang dikandungnya itu lelaki ataupun perempuan sehingga dapat dikesan dengan alat khas. Itupun bukan 100% benar.

    Begitu juga semasa kita masih bayi. Kita sendiri tidak ingat, adakah kita pernah berniat hendak belajar duduk, belajar merangkak dan belajar menyuap makanan sendiri. Kita hanya dapat melihat wajah dan
perbuatan kita semasa kecil dalam rakaman yang penah dirakam oleh ibu bapa kita. Menurut ibu bapa kita, mereka pun tidak mengajar kita cara hendak duduk dan merangkak. Tiba masanya, mereka dapati kita sudah pandai. Siapakah sebenarnya yang mengajar kita?

    Apabila kita tidur ataupun tidak sedarkan diri, perkara yang sama juga berlaku. Semua organ masih berfungsi dengan baik dalam masa kita kita tidak sedar apa-apa. Apabila kita sedar, kita dapati kita masih hidup seperti biasa. Mata masih dapat melihat, telinga masih dapat mendengar dan lidah masih dapat berkata-kata.

hebatkan?

 
P/s : Lihat bertapa maha bijaksananya Allah S.W.T..sedangkan kita pun tidak mampu berfikir bagaimana kewujudan kita di muka bumi apatah lagi kewujudan Allah S.W.T..Kita tidak perlu tau bagaimana Allah itu wujud..tapi kita kena tau yang Allah itu benar-benar wujud.. 

Wujud = Sifat pertama dalam SIFAT 20

wallah hu alam

Monday, July 4, 2011

Cepatnya masa berjalan

Assalamualaikum..

5 tahun yg lepas,waktu aku dekat yaman..nama aku kena panggil dalam announcement dari pejabat DAR-Al Mustafa (tempat belajar aku d Tareem Yeman) katanya aku dapat kiriman fedEX dari kakak aku..time tu aku dengan kawan2 tengah borak kat luar musolla(tempat solat) biasala dengan geng2 kaki fly aku tu la yg aku ada cita dalam entry aku hampir kena tembak ngan polis arab tu,hehe.. waktu mula2 aku dengar nama aku tu.. cuak jugak, eh apahal "suun tulab"(pengurus pelajar) panggil aku ni? aku ada wat hal ke? rasanya aku xnakal pun..lalala ^_^

Lepas aku amik kiriman tu je terus aku cari port kosong sambil bersila aku koyak2 kertas tu bagai musang kelaparan..haha xla..aku bukak la pembalut tu penuh behati-hati.. eh ada balang besar..isi balang tu adalah serunding daging..hehe febret aku tu..kat yeman mane ade jual.. :P pastu adala kad ucapan,ngan sampul surat..

aku pun bukak la sampul surat tu..ada not 50$usd,4,5 keping gambar..sambil tersenyum aku tgk gambar kakak aku ngan husband dia..yg paling terharu ada gambar bayi yg sempurna sifat..sihat dan gebu..oo jadi ni la anak buah baru aku..comel..Mohd Danish Bin Borhan.. korang kenal Danish? nak tau ada dalam entry ni..

Pejam celik pejam celik dah besar anak buah aku..cepat betul masa berlalu..semalam besday Danish..dah 5 tahun umo dia..intro entry yg panjang lebar kat atas  ni, aku cuma nak cerita pasal besday Danish je..semalam..biar gambar kat bawah ni je la bercerita ye.. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...